Sesungguhnya obesiti atau kegemukan ini adalah masalah kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sudah tentu kerana variasi makanan yang menyelerakan namun tak sihat. Biasanya kita tak mampu untuk menahan nafsu makan. Tambahan pula, dengan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan senaman.
Obesiti terjadi apabila berlakunya penambahan lapisan lemak pada perut, lengan mahu pun peha. Justeru, ia memberi impak besar kepada 5 organ tubuh sehingga berpotensi menjejaskan fungsi anggota tersebut.
FAKTA MENAKUTKAN!
- Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah rakyat yang gemuk berlebihan atau obesiti antara negara-negara asia yang lain.
- Berdasarkan sumber jurnal perubatan Britain, The Lancet, 44 peratus lelaki di negara ini menghadapi masalah obesiti dan 49 peratus perempuan juga bermasalah yang sama.
- Malaysia dikategorikan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya obesiti. Diikuti oleh Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).
- Kementerian Kesihatan menyatakan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami obesiti dan terdedah kepada risiko penyakit kencing manis.
- Hakikatnya, sekali kita menghadapi obesiti, ia akan menghantui kita seumur hidup jika tidak berubah.
5 Organ Ini Paling Teruk Dirosakkan Oleh Masalah Obesiti!
1.0 Jantung
Oksigen diperlukan oleh sel lemak dalam tubuh untuk terus bekerja dengan baik. Jika kita obesiti, jantung akan dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah lebih banyak ke seluruh arteri.
Diburukkan lagi dengan masalah lemak yang berlebihan berkumpul dalam dinding pembuluh darah, maka salur darah menjadi semakin sempit menyebabkan ruang darah untuk bergerak lancar mengecil dan memaksa jantung bekerja lebih daripada normal.
2.0 Usus Besar
Para penyelidik sehingga kini belum menemui kaitan antara sel kanser dengan obesiti dengan jelas kecuali untuk risiko kanser usus atau kanser kolon.
Lelaki dan wanita yang bermasalah obesiti akan berisiko tinggi untuk diserang kanser kolon kerana biasanya golongan ini lebih banyak makan daging merah dan daging proses. 2 makanan ini adalah faktor utama yang mencetus polip kolon iaitu simptom awal penyakit kanser kolon.
3.0 Otak
Otak adalah CPU kepada tubuh manusia. Salingkaitan antara otak dan fikiran telah lama terbukti oleh pelbagai kajian oleh penyelidik. Berdasarkan satu sumber penyelidikan telah menemui kaitan langsung antara fungsi kognitif dengan masalah obesiti. Menurut penyelidikan itu, masalah obesiti menyebabkan fungsi kognitif semakin menurun.
Secara hipotesisnya, obesiti telah menjejaskan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan isyarat kepada organ tubuh. Rosaknya hubungan ini bukan sekadar memutuskan kabel sarah, malah dibimbangi akan melemahkan proses penghantaran isyarat oleh otak secara keseluruhannya.
4.0 Kulit
Antara gangguan obesiti kepada kulit adalah wujudnya ‘stretch mark‘ yang kelihatan janggal di tubuh. Ramai yang menganggap ini perkara remeh. Ketahuilah bahawa, gangguan stretch mark ini berisiko untuk menyebabkan lebih banyak penyakit lain yang tak diingini.
Misalnya, perubahan hormon yang berkait dengan obesiti berisiko menyebabkan penebalan, acanthosis nigricans dan warna kulit di bahagian leher menjadi lebih gelap atau membengkak. Kulit menjadi seperti tertarik dan menyebabkan radang atau iritasi kepada kulit.
Penjagaan kulit bukan sekadar menjaga kulit muka untuk tujuan kecantikan sahaja. Ketahuilah kulit adalah organ pelindung utama kepada tubuh. Justeru, kulit yang meregang kerana obesiti mengundang pelbagai risiko penyakit lain.
5.0 Paru-Paru
Lemak yang berlebihan dalam tubuh mendedahkan paru-paru kepada risiko yang tinggi diserang penyakit. Satu kajian pada 2010 menunjukkan, sel lemak yang berlebihan dalam tubuh akan mengurangkan kapasiti udara yang diperolehi oleh organ secara keseluruhan.
Golongan obesiti ini juga berisiko untuk mengalami ‘sleep apnea’ atau nafas terhenti ketika tidur. Jika tidak diatasi segera, kurangnya oksigen masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan pengentalan pembuluh darah dan boleh membawa maut!
Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang ‘Amazing’!
Lelaki di atas telah membuktikan tiada yang mustahil jika kita berazam bersungguh-sungguh untuk hidup lebih sihat dan ceria.
Jika anda salah seorang yang menghadapi risiko obesiti, kolestrol, hypertension atau kencing manis, bertindaklah sekarang! Fikirkanlah orang yang tersayang disekeliling anda.
Percayalah! Anda mampu lakukannnya!
Hubungi saya untuk mencari penyelesaian!
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf