Tak lama dulu saya ada baca sebuah buku dari John Gray, tajuk buku tersebut adalah “Men Are from Mars, Women Are from Venus“. Agak dah lama juga saya baca buku tersebut. Sebelum buku itu, saya terlebih dulu baca buku “Why Men Dont Listen And Women Cannot Read Map“.
Penulisnya sama iaitu John Gray. Penulis ini menghabiskan masanya mengkaji tentang perbezaan lelaki dan wanita.
Sesungguhnya, sebelum saya membaca buku-buku tulisan beliau ini, saya memang tak faham kenapa penerimaan lelaki dan wanita terhadap sesuatu isu itu berbeza.
Perempuan Memang Kompleks Tapi Tak Mengelirukan!
Ramai orang percaya sebenarnya perempuan ini sangat kompleks dan sangat susah nak difahami. Tapi, saya berpendapat sebaliknya. Perempuan memang rumit tetapi dalam konteks yang mudah. Contoh, perempuan mahu dipuji cantik oleh suami tetapi selalunya berkias-kias supaya suami faham dan puji dengan ikhlas. Itu sahaja. Walaupun selalunya lambat (kadang-kala sampai 3 minggu lepas tu baru faham) tetapi kami tetap gembira. Kami tak minta lebih.
Lelaki? Memang Tak Kompleks Tapi Mengelirukan? Ya!
Lelaki memang makhluk yang aneh. Mereka mungkin kurang kompleks dalam sesuatu hal tetapi dalam hal-hal tertentu sangat menjengkelkan dan mengelirukan. Bagaimana mereka boleh menjadikan sesuatu isu itu terlalu mudah? Memang susah nak faham!
Biasanya, kalau suami saya marahkan sesuatu. Dia akan cakap “Ok! Give Me Some Space!“.
Bahagian ini, memang saya faham sebab saya pun sama memerlukan ruang untuk bertenang. Tetapi, ini bahagian yang saya susah nak faham. Bagaimana sejam kemudian atau kadang-kadang 5 minit kemudian, bila kita tanya kaum lelaki ini, “awak dah OK ke?” dan jawapan selalunya memang “Saya dah OK!”. Dan memang lelaki ini betul-betul cepat ‘cool’. Beberapa kali saya perhatikan, suami secara ajaibnya meredakan kemarahan dengan hanya menonton TV atau tidur sekejap.
Tapi, majoriti bagi kaum wanita, kami biasanya mengambil masa untuk kembali OK selepas marah atau merajuk atas sesuatu isu. Kadang-kadang kita memang tak faham bagaimana, lelaki ini cepat reda dan ‘cool’. Bila kita bertengkar tentang sesuatu isu dengan suami. Kita menjangkakan dia betul-betul marah dan kita harap dia akan dapat pujuk dalam sehari-dua. Tetapi, beberapa lama kemudian, seperti yang diberitahu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Disinilah kadang-kadang, lelaki ini memang tidak kompleks tetapi mengelirukan!
Hakikatnya, lelaki memang begitu. Saya sarankan anda baca buku tulisan John Gray ini untuk lebih memahami jiwa lelaki dan jiwa wanita. Kalau mahu dikupaskan di sini memang terlalu panjang kerana bukunya pun tebal.
Perkara asas yang boleh saya kongsikan dengan anda semua tentang lelaki. Bila mereka maksudkan tentang sesuatu, memang itu yang dimaksudkan. Tiada maksud lain.
Contoh, bila dia beritahu kita, “Awak makanlah dulu, jangan tunggu saya balik“.
Maksudnya secara jelas ialah suami mahu kita makan dahulu, jangan tunggu dia pulang dan dia tak kisah pun kalau kita tak tunggu!
Belajarlah untuk mengetahui yang lelaki ini memang tiada ‘double meaning’ seperti wanita. Mereka memang maksudkan apa yang dikatakan.
Panduan Berguna Buat Seorang Lelaki, Kod Bahasa Seorang Wanita
Baru-baru ini, saya ada terbaca di Facebook rakan, berkenaan dengan suatu seminar yang beliau sertai. Bagaimana beliau diajar untuk memahami tentang perhubungan sesama suami isteri.
Kadang-kala kita rasa kita tahu semua tentang pasangan kita. Tetapi percayalah. Semakin lama kita hidup bersama, semakin banyak perkara baru yang kita belajar tentang diri masing-masing. Asasnya, adalah memahami lelaki dan wanita memang dijadikan oleh Allah SWT berbeza.
Berbalik kepada cerita kawan Facebook saya tadi. Beliau ada berkongsi tips buat para lelaki di luar sana. Kod bahasa seorang wanita untuk difahami oleh seorang lelaki. Wanita bukanlah seperti lelaki. Setiap tutur kata sebenarnya mempunyai ‘double meaning’ untuk difahami.
Ini ‘screen-shot’ untuk anda!
- Saya Tak Kisah = Saya Nak Juga!
- Tengoklah = Saya Tak Mahu!
- (Suami balik kerja) Abg letih ye? = Jom Keluar
- Terpulang pada abanglah = Ikut Je Cakap Saya
- Sedap mee tu bang? = Nak rasa mee tu
- Saya nak tukar langsir = Tukar karpet, tukar sofa, tukar lain2
- Kalau abg lapar, makan dulu = Tunggu saya makan sekali
- Awak ni tak fahamlah = Tunggu saya tak abis cakap lagi
- Abang, hari ini hari apa? = Confirm abang lupa!
- Pergilah kalau suka = Jangan pergi walau saya suka
- Abang jahat! = Suka sangat cara abang usik!
Pelikkan? Tetapi itulah hakikatnya! Kami memang kaum yang kompleks!
Justeru, untuk merapatkan hubungan suami-isteri tidak kiralah sama ada yang masih baru atau sudah lama berumahtangga, terimalah dan hargailah perbezaan sesama pasangan anda.
Memang lelaki dan wanita dijadikan berbeza bukan sahaja secara fizikal tetapi mentaliti. Paling penting ialah ada sifat ‘give and take‘ atau tolak ansur dalam hubungan suami isteri.
Barulah bahagia sampai ke syurga!
Rapatkan Keintimanmu Buat Suami. Setiap Hari Adalah Malam Pertama!
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Shaklee ID : 866551
Menarik dan sangat best article ni. Lelaki dan perempuan di cipta oleh Allah berpasangan untuk saling melengkapi.
Tips Atasi Masalah Ulser Mulut
saya sgt berminat untuk mengetahui perihal ini..sebab saya nk mendalami perihal lelaki bagi melawan perasaan lumrah saya seakan perempuan