Mengapakah Saya Cepat Letih Ketika Hamil?
Pertamanya, anda perlu tahu keletihan adalah perkara normal untuk ibu hamil.
Bila kita mengandung, sistem tubuh kita mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini yang menyebabkan ibu hamil sering berasa cepat penat. Dulu, boleh bergerak lincah menjadi ‘multi-tasking’ bukan saja di pejabat malah di rumah. Tapi sejak hamil, ianya hampir mustahil untuk bergerak aktif.
Sepanjang tempoh hamil, terutamanya dalam trimester pertama, tubuh kita bekerja lebih daripada biasa. Pada ketika ini plasenta terbentuk sebagai sumber pemakanan kepada bayi dalam kandungan. Hormon dan metabolisma tubuh kita juga berubah dengan ketara. Selain itu, kadar gula dan tekanan darah dalam tubuh juga selalunya akan lebih rendah dari paras normal. Kesemuanya ini adalah penyebab kenapa ibu mengandung cepat letih.
Sebelum kita teruskan dengan Berapa Lama Keletihan Ini Akan Berlanjutan, izinkan saya berkongsi satu video menarik dari kawan baik saya, Ainul Mustafa.
Rahsia Ibu Hamil Kuat Siap Boleh Panjat Candi Borobudur!
Berapa Lama Keadaan Keletihan Ini Akan Berlanjutan?
Sebenarnya, ia berbeza untuk setiap individu. Pada kebiasaannya, bakal-bakal ibu ini akan mengalami keadaan cepat penat ini dalam tempoh trimester pertama dan trimester ketiga.
Dalam trimester yang pertama, kepenatan adalah salah-satu daripada tanda-tanda awal mengandung. Wanita yang hamil juga pada peringkat awalnya rasa loya tekak, hilang selera makan dan muntah-muntah.
Jangan tak tau, ada yang terganggu waktu tidurnya kerana simptom-simptom ini sehingga menyebabkan tubuh kurang rehat kerana tidur yang tidak cukup.
Apa yang perlu kita buat? Cubalah dapatkan rehat yang secukupnya pada awal-awal kehamilan. Jika anda tidak berupaya untuk bekerja, mintalah cuti rehat dan berikan masa untuk tubuh berehat.
Tubuh kita sedang berusaha keras untuk membiasakan diri dengan keadaan kehamilan ini.
Kita akan dapat merasakan mabuk-mabuk semasa hamil ini akan mula beransur-ansur kurang apabila masuk ke minggu ke 14 hingga minggu 16 kehamilan. Tetapi, ada juga ibu-ibu yang mengalami mabuk ketika hamil ini sehingga ke minggu yang ke 20 atau lebih.
Bersabarlah wahai sang ibu! Percayalah semangat keibuan itu akan mengatasi segalanya!
6 Perkara Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengatasi Mabuk Hamil Ini
1.0 Peka dengan isyarat yang diberi oleh tubuh
Cubalah untuk rehatkan tubuh dan tidur lebih awal di waktu malam. Kita perlu lebih tidur di waktu awal kehamilan. Dapatkan rehat yang secukupnya dan tidurlah ketika ada peluang tanpa rasa bersalah!
Semasa bekerja, jika dapat melelapkan mata 15 minit pun boleh memberikan kesegaran kepada tubuh. Tidurlah seketika di meja kerja atau ambil sedikit masa makan tengahari untuk berehat.
2.0 Ubah Jadual Bermula Sekarang
Cubalah untuk mengubah jadual bersesuaikan dengan keadaan kita mengandung. Kita boleh kurangkan kerja-kerja di rumah dengan meminta tolong suami untuk melakukannya. Minta suami untuk bantu menguruskan rumahtangga dalam waktu-waktu ini dan jangan lakukan kerja-kerja berat.
Yang penting, anda dapat kurangkan waktu menguruskan kerja-kerja rumah bagi merehatkan badan.
3.0 Pastikan Jaga Makan
Pastikan tubuh mendapat diet yang sihat lengkap dengan karbohidrat, kalsium, protein dan sebagainya untuk memastikan tubuh mendapat tenaga yang secukupnya dan nutrien yang diperlukan.
Cuba sasarkan untuk makan lebih banyak buah dan sayur dari biasa iaitu sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
4.0 Amalkan Senaman Ringan Untuk Kecergasan Tubuh
Buatlah senaman ringan untuk memberikan kecergasan kepada tubuh. Walaupun kita tak suka bersenam tetapi percayalah dengan senaman ringan amat membantu.
Bersenam dengan berjalan-jalan atau berenang akan membantu kita untuk tidur lebih lena di waktu malam disamping memudahkan kita untuk proses melahirkan anak nanti.
5.0 Bertahanlah Wahai Bakal Ibu Yang Kuat!
Bertahanlah untuk tempoh-tempoh awal kehamilan ini. Apabila kandungan telah masuk ke trimester kedua dan berdoalah agar keadaan akan bertambah baik.
Amalan rohani seperti zikir dan solat adalah terapi terbaik dan memberi lebih kekuatan untuk menghadapi tempoh ini.
Beritahulah suami jika ia adalah pengalaman pertama anda berdua. Ia adalah tempoh yang mengundang kesabaran suami dan memerlukan sokongan beliau sepenuhnya!
Pengambilan Supplemen Membantu Ibu Hamil Untuk Lebih Kuat Dan Lebih Cergas Dari Biasa.
Ini bukan sahaja pengalaman dari Puan Ainul Mustafa dalam video di atas, tetapi pengalaman saya sendiri yang sudah merasakan sendiri betapa pentingnya pengambilan supplemen untuk kekal kuat dan cergas ketika mengandung.
Untuk makan dengan ‘proper’ ketika dalam keadaan mabuk hamil bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bila kita menghadapi alahan yang teruk dan sering muntah-muntah. Cubalah makan sedikit demi sedikit tetapi kerap. Jangan biarkan perut kita kosong. Perut kosong akan buat kita cepat letih.
Ambillah supplemen tambahan untuk ibu mengandung untuk membantu tubuh kekal cergas, sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan ini.
1. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER PERTAMA
- Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN ZAT BESI)
- B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
- Vitamin C
- Ostematrix (Calcium-Magnesium)
2. KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA
- Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON) ,
- B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
- Vitamin C
- Ostematrix (Calcium-Magnesium)
- Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Terima kasih atas info yang telah diberikan. Sangat bermanfaat buat ibu-ibu hamil kat luar sana
betul tu…kadang2 bila mengandung nie memang tak larat nak buat apa pun… Selamat la ada suplement shaklee…membantu sgt2… 🙂
Setuju… memang tak dapat dielakkan letih lebih sikit waktu mengandung tapi kadang-kadang rasa macam tak best pulak kalau orang stereotype “Ala dia mengandung la tu letih tu, menyusahkan je…” huhu so ambil supplemen inshaAllah boleh membantu.. 🙂
Ibu mengandung cepat letih. Bantuan suppliment banyak membantu kita kan.