Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Erti Hidup Pada Memberi

Posted on 23 July, 201417 June, 2021 by Adilah Manaf

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

 (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.”

Surah Al-Insaan, Ayat 8 dan 9.

Sesungguhnya erti hidup pada memberi. Dari saat-saat awal lagi saya niatkan untuk berbisnes Shaklee ini supaya saya boleh berkongsi kebaikan dengan ramai orang. Semakin banyak kita berkongsi, semakin murah rezqi dari pada Allah SWT. Kita sebagai umat Islam, wajib percaya setiap rezqi kita yang dikurniakan oleh Allah SWT itu, ada bahagiannya untuk golongan yang tak berkemampuan.

Alhamdulillah. Ramadhan 1435 Hijrah kali ini membuka lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga dan rakan-rakan kami kerana berpeluang meraikan anak-anak syurga dari Rumah Kebajikan Tengku Budriah, Cheras. Majlis ifthar anjuran bersama Geng Aku Sayang Bini (saya pernah cerita sebelum ini) dan iReach.

Seronok sangat bila melihat anak-anak di sini begitu teruja dijamukan dengan nasi arab dibawa khas dari Restoran Wadi Hadramawt, Jalan Ampang. Bukan selalu mereka dapat menjamah hidangan lazat sebegitu rupa. Subhanallah. Sangat bahagia menatap wajah-wajah anak-anak yang khusyuk menikmati hidangan yang tersaji di depan mereka.

Selepas selesai ifthar, kami sempat berjemaah beramai-ramai solat maghrib diimamkan oleh Ustaz Daud Mohamad, salah seorang pengedar Shaklee dalam group kami juga. Beliau adalah staff di sini. Berdoa panjang selepas maghrib mendoakan agar anak-anak dan keluarga yang hadir sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

 

Saya turut membawa nenek saya untuk turut hadir dan nenek saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anak-anak ini. Inilah kali pertama dalam hidup beliau dapat berdamping dan berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak istimewa ini. 

Tiada apa yang dapat saya zahirkan melainkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk menimba rezqi yang lebih supaya dapat berkongsi dengan yang lain. Saya setuju dengan pendapat seorang ustaz yang menyarankan umat Islam supaya mencari rezqi dengan berniaga kerana menurut beliau, rezqi lebih yang Allah SWT ganjarkan boleh kita infaq kepada saudara muslim kita yang memerlukan. Ramai antara sahabat-sahabat yang saya kenali yang istiqomah menyumbang kepada rumah kebajikan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan pun ada. Sejujurnya, penampilan mereka biasa-biasa sahaja tetapi saya terkesan dengan kemuliaan dan tawadhuk mereka.

Apalah salahnya jika kita boleh berkongsi lebih banyak dengan umat Islam diluar sana khususnya umat Islam di Palestine, Gaza, Mesir, Syria, Rohingya, Kashmir dan banyak lagi yang memang sangat-sangat memerlukan bantuan dan perhatian kita iaitu saudara seagama mereka.

Bukankah erti hidup itu pada memberi?

Hubungi saya untuk saya berkongsi caranya.

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb