Apabila anda mengamalkan Diet Omega, salah satu faktor penting dalam diet omega adalah pengambilan makan yang berserat tinggi agar segala lemak yang telah diemulsikan atau dipecahkan oleh Omega dapat dinyah keluar dari sistem badan.
Antara makanan yang berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkan Alfalfa sekiranya anda sukar untuk mencukupkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian anda.
Fakta menarik dipetik dari sumber mengenai bagaimana fiber juga mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Bagaimana Fiber Mengurangkan Kolesterol?
Mesti ramai yang pernah tengok iklan satu brand Oat di kaca TV yang memberitahu beberapa orang rakyat Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kolesterol sebanyak beberapa peratus, tu kan? Betul ke claim mereka tu? Secara literalnya, betul. Oat mengandungi fiber yang tinggi. Fiber adalah sejenis bahan gentian atau selulosa yang berupaya mengurangkan kolesterol dalam darah kita.
Sebelum itu, jom kita kenali fiber. Fiber atau selulosa adalah bahan gentian dalam tumbuhan yang tidak dicerna dan diperlukan untuk kesihatan.
Fiber, tak seperti elemen makanan yang lain yang dicerna dan diuraikan. Misalnya gula diuraikan kepada bentuk ringkas iaitu glukosa, fruktosa dan galaktosa untuk diserap oleh tubuh.
Fiber tidak berubah hinggalah ia tiba di usus besar. Di sini fiber dibahagikan kepada dua – fiber yang diperlukan untuk peristalsis usus bagi penyahtinjaan; dan fiber berlebihan.
Enzim-enzim di dalam kolon kita menguraikan fiber berlebihan kepada asid lemak dan gas. Oleh itu tak hairan kalau banyak sangat ambil fiber, atau pertama kali mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak dari sebelumnya, kita mengalami masalah angin.
Fiber di dalam usus (yang diperlukan) bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis.
Rajah di atas menunjukkan bagaimana fiber bergabung dengan cecair hempedu dalam usus kecil, selanjutkan kolesterol dijana keluar dari saliran darah.
Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan fiber, serta anda boleh amalkan pengambilan Alfalfa yang kaya dengan fiber serta sekali-sekala bersihkan usus dengan Herb-Lax. Usus yang sihat tunggak kesihatan.
Bacaan lanjut:
1. Diet Omega (SIRI 1): Konsep & Asas Berdiet Melalui Supplement. Klik SINI.
1. Diet Omega (SIRI 2): Signifikan air kepada diet dan pengambilan supplement. Klik SINI.
3. Diet Omega (SIRI 4): Bagaimana Omega-3 & Omega-6 Membantu Anda Utk Kurus. Klik SINI.
Sila baca DISCLAIMER.
Hubungi saya:
Fb: Adilah Manaf Celikvitamin
Fanpage: http://www.facebook.com/Celikvitamin
Email: adilahmanaf@celikvitamin.com
No. Hp: 011-15690082
Shaklee Independent Distributor No 866551
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya