Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Cara Mudah Hilangkan Eye Bag Di Mata Supaya Tak Jadi Panda

Posted on 22 May, 2015 by Adilah Manaf

Mata antara anugerah Allah yang paling berharga. Sebab itulah ada pepatah yang berbunyi ” dari mata turun ke hati. Memang benar rasa cinta dan kekaguman bermula dari jelingan mata yang mempesona! Ibarat panahan asmara menikam tepat ke hati. Chewaaahh!

Justeru amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan mata dengan tidak membiarkan mata dilingkari oleh eye bag atau mata panda seolah-olah seperti zombi pula.

Tahukah anda sebenarnya penjagaan mata ini boleh dilakukan dengan mudah dan semulajadi? Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang 2 tips berikut iaitu:

  • Tips Penjagaan Mata; dan

  • Cara Hilangkan Eye Bag Di Sekitar Mata 

Tips Penjagaan Mata Untuk Kekal Segar Dan Cantik

  • Amalkan pemakanan vitamin A untuk menghasilkan mata yang lebih terang. Bagi anda yang kurang gemar mengambil pil atau makanan tambahan boleh dapatkan khasiat daripada pemakanan diet yang kaya dengan vitamin A seperti betik, telur, ikan, susu dan lain-lain.
  • Cuci mata anda dengan menggunakan air yang dingin agar mata sentiasa segar dan bersinar.
  • Letakkan hirisan timun pada bahagian mata selama beberapa minit untuk kesegaran mata sepanjang hari.
  • Letakkan hirisan kentang pada bahagian mata untuk mengurangkan kesan lebam pada bawah mata.
  • Rendamkan kain tuala kecil dalam air semalaman dan gunakan kain tersebut untuk membasuh mata pada besok pagi.
  • Rendamkan kain kapas ke dalam air susu suam dan tutup bahagian mata selama 15 minit.
  • Jika mata anda merah dan terasa gatal-gatal. cuba urutkan kulit kepala dengan menggunakan susu masam kerana ia mampu memulihkan rasa gatal-gatal pada bahagian mata anda.
  • Untuk melegakan mata yang letih, celupkan sedikit susu sejuk menggunakan pad kapas lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit. Tenangkan diri dan nikmatilah kesegarannya.
  • Untuk mendapatkan kesegaran mata dan otot-otot mata yang maksima, tutup mata anda dan fikirkanlah sesuatu yang indah dan membahagiakan perasaan. Bayangkan anda sedang melihat kawasan yang indah, damai dan menenangkan mata. Buka mata perlahan-lahan dan cuba perhatikan keindahan alam sekeliling.
  • Rendamkan kain tuala yang kering ke dalam secawan air suam semalaman. Keesokan harinya letakkan kain tuala pada kain maslin lalu tambah secawan air lagi. Gunakan kain tersebut untuk membasuh wajah anda bagi mendapatkan kesegaran mata.
  • Basuh wajah sebelum tidur dan pastikan tiada lagi kesan solekan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah. Jika anda ingin mengenakan krim wajah pastikan anda hanya menggunakan krim malam sahaja kerana ia telah diformulasi khas untuk kegunaan waktu malam.

Cara Hilangkan Eye Bag Supaya Kembali Jadi Orang!

Eye Bag atau lingkaran hitam di bawah mata ini terjadi kerana kita mengabaikan tidur dan rehat yang mencukupi Bila kita tidak cukup tidur atau rehat, kita akan memaksa mata untuk bekerja lebih daripada biasa sehingga mewujudkan lingkaran hitam sekitar mata.

Berikut adalah cara yang mudah untuk kita cuba bagi mengatasi masalah ini.

  • Urut mata menggunakan krim badam selama 5 minit lalu lapkan dengan menggunakan kapas.
  • Lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndam dengan air susu untuk mengurangkan kesan lebam di bawah mata.
  • Basahkan kapas dengan air mawar lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.
  • Parut kentang dan ambil jusnya lalu disapukan kepada sekitar mata.
  • Bungkuskan kiub ais di dalam kain kapas bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan tekapkan pada bahagian mata selama 1 jam.
  • Urut bahagian lingkaran bawah mata menggunakan krim pemutih lembut untuk menghilangkan lebam bawah mata.
  • Sapukan jus timun pada bahagian mata setiap hari sebelum tidur.
  • Kisarkan isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon lalu sapukan pada bahagian lingkaran bawah mata sehingga kering.

Cubalah Eye Treatment Semulajadi Dari Shaklee Untuk Mata Yang Bersinar Dan Sihat!

Kita juga boleh berusaha untuk kembali mendapatkan mata yang sihat dan cantik dengan menggunakan krim Eye Treatment Shaklee yang sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan.

Langkah mudah ini dapat membantu kita mengurangkan kesan eye-bag dan lingkaran hitam di bawah mata dengan lebih cepat dan efektif. Mata yang kelihatan sembab juga dapat dihindari dan memberi gambaran segar dan cergas si pemakai.enfuselle-eye-treatment

Antara sebab mengapa anda disyorkan untuk mencuba Eye Treatment Shaklee ini adalah ia mengurangkan kehadiran garis-garis halus yang tidak dikehendaki serta menegangkan kedutan sekitar mata.

Paling penting ianya paraben free dan dirumus khas oleh pakar mata Shaklee dengan formula botani anti-penuaan dan vitamin C yang telah diuji dan terbukti secara klinikal berkesan menghilangkan kedutan dan garis-garis halus di sekitar mata.

Mata adalah antara aset utama kita yang berharga. Mata yang segar akan memberikan impresi yang positif kepada kenalan anda.
Usah biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian yang tuntas!
Mengapa tunggu lagi. Dapatkannya sekarang dan kembali dengan jelingan maut anda yang mempesona! 

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

6 thoughts on “Cara Mudah Hilangkan Eye Bag Di Mata Supaya Tak Jadi Panda”

  1. sue says:
    27 April, 2016 at 3:32 pm

    Asalam. Brp harga eye treatment ni ye? Terima kasih.

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      13 October, 2016 at 1:45 pm

      Mohon Puan Sue PM saya 011 1569 0082 🙂

      Reply
      1. Isha says:
        2 November, 2016 at 4:06 am

        ********** wsp no sy sis

        Reply
        1. Adilah Manaf says:
          23 May, 2017 at 8:53 am

          Baik sis 🙂

          Reply
  2. cik bunga says:
    4 December, 2016 at 9:43 am

    Eye treatment tu klu dpatkan kat kedai biasa ad tak? Atau di guardian atau watsons?

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      7 December, 2016 at 10:27 pm

      Produk Shaklee hanya secara ekslusif boleh didapati daripada pengedar Shaklee berdaftar.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb