Ini adalah panduan untuk ibu bapa dalam usaha kita untuk mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini atau dalam istilah inggerisnya dikenali sebagai ‘Hand, mouth and foot disease’ atau (HFMD).
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Lepuhan yang berisi cecair akan tumbuh di tangan kaki dan juga mulut kanak-kanak tersebut.
HFMD ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Ianya merebak dari seorang individu kepada individu yang lain sekiranya ada sentuhan secara langsung melalui air liur, najis, air liur mahu pun dari lelehan cecair lepuhan kanak-kanak yang dijangkiti itu. Biasanya, kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun sering dijangkiti penyakit ini kerana sistem imunisasi mereka yang tidak seperti orang dewasa.
Simptom-Simptom Dan Gejala HFMD
Ada beberapa simptom yang boleh diperhatikan untuk langkah berjaga-jaga bagi mencegah daripada merebak menjadi lebih kronik.
Antaranya termasuklah:
- Demam
- Sakit Kepala
- Hilang selera makan
- Ruam dengan lepuhan di kaki, tapak tangan dan kawasan lampin.
- Ulser menyerang tekak dan mulut
Sekiranya anak-anak kita mengalami gejala seperti ini, kita tak perlu panik. Apa yang perlu dilakukan ialah segera membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Elakkan juga untuk menghantarnya kesekolah atau nurseri bagi mengelakkan jangkitan merebak kepada kanak-kanak lain pula.
Lapkan setiap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan kain atau tisu bersih supaya tidak terdedah kepada adik-beradik lain di rumah.
Langkah Pencegahan Untuk Mengelak Dari Dijangkiti HFMD
1.0 Amalkan Kebersihan Persekitaran Rumah
Cuci permukaan meja, kerusi, alat permainan dan lantai yang berkemungkinan dicemari oleh air lepuhan atau najis pesakit HMFD sebersih-bersihnya.
2.0 Amalkan Etika Ketika Batuk Atau Bersin
Didik anak-anak untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin menggunakan sapu tangan atau tisu. Buangkan tisu telah digunakan ke dalam tong sampah. Cuci tangan dengan sebersihnya selepas itu.
3.0 Amalkan Kebersihan Diri
Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali sebelum menyediakan makanan dan setiap kali selepas ke tandas, menukar lampin anak dan mencuci najis anak-anak.
Elakkan Perkara-Perkara Berikut”
- Berkongsi berus gigi, tuala, selimut, gelas, sapu tangan, sudu dan garpu dengan pesakit HFMD.
- Membawa anak-anak ke pusat membeli belah, pasaraya, kolam renang dan stesen bas serta tempat tumpuan awam.
- Mencium, memeluk dan membelai pesakit HFMD.
Sayangilah Anak Kita. Tingkatkan Imunisasi Mereka.
Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak-anak. Namun, perlu diingat dalam rutin kita seharian yang sibuk, kadang-kadang kita terlepas pandang dan risiko anak kita untuk dijangkiti penyakit seperti HFMD ini memang sangat tinggi.
Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bekerja. Terpaksa hantar anak-anak ke sekolah, tadika dan nurseri. Biasanya, dipersekitaran ini mereka akan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit termasuklah yang berjangkit seperti HFMD ini.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kita mengambil Set Kanak-Kanak Shaklee Bagi Meningkatkan Imunisasi mereka melawan penyakit-penyakit yang tak diingini.
1. Meal Shakes – Sumber protein dilengkapi 19 vitamin dan mineral semulajadi. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein. Juga sesuai untuk meningkatkan selera makan anak.
2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi dan keupayaan otak kanak-kanak.
3. Vitamin C chewable – Di samping meningkatkan imunisasi, vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.
4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Satu-satunya produk yang dipatenkan untuk Shaklee bagi meningkatkan sistem imun. Sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan bagi kanak-kanak.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Sangat menarik untuk di coba, terimakasih banyak