Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ambil Ubat

Posted on 25 May, 201517 October, 2022 by Adilah Manaf

Sebenarnya ada banyak cara semulajadi untuk kita merawat sakit kepala tanpa perlu kita telan ubat. Namun, sebelum itu kita perlu mengetahui, bukan semua pening kepala mempunyai simptom yang sama.

Sebelum saya berkongsi tips atasi sakit kepala secara semulajadi, ada baiknya jika kita belajar dulu untuk membezakan jenis-jenis sakit kepala dan simptomnya. Juga siapakah yang berisiko untuk mengalaminya.

Jenis Jenis Sakit Kepala

Apakah dia sakit kepala? Ia seperti satu soalan yang mudah tapi sebenarnya sakit kepala ada beberapa jenis dan ia memberi kesan berbeza kepada setiap individu. Penting untuk kita tahu perkara ini.

1.0 Sakit Kepala Akibat Ketegangan (Tension Type Headache)

Sakit kepala jenis ini hampir pernah dialami oleh setiap orang dalam kehidupan. Sesiapa yang berdepan dengan sakit kepala jenis ini biasanya akan sakit sekali-sekala. Tetapi, ada individu yang diserang oleh sakit kepala jenis ini hampir setiap hari dan ini boleh dikategorikan sebagai kronik.

Antara simptomnya termasuklah tekanan atau ketegangan otot pada kedua-dua belah kepala atau belakang kepala. Rasa sakit yang konsisten tetapi tidak menekan/terlalu sakit namun berdenyut-denyut.

Ianya tidak seteruk migrain dan tidak menyebabkan muntah-muntah atau loya tekak. Juga tidak mengganggu aktiviti harian. Pakar kesihatan berpendapat ia terjadi disebabkan oleh kontraksi antari tengkuk dan otot kulit kepala (termasuklah bila kita stress) dan berkemungkinan juga berlaku perubahan bahan kimia dalam otak.

2.0 Sakit Kepala Akibat Hormon Tak Stabil

Sakit kepala jenis ini adalah kerana hormon yang tak stabil biasanya bila datang bulan dan sudah tentulah menyerang wanita sahaja. Ia mungkin bermula sebelum haid atau semasa sedang datang bulan. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan haid.

Antara gejala-gejala yang dialami adalah rasa berdenyut-denyut, kesakitan pada satu bahagian kepala, mual, muntah-muntah dan sensitif kepada cahaya, bunyi serta juga sentuhan.

3.0 Sakit Kepala Berkelompok (Cluster Headache)

Sakit kepala berkelompok biasanya kerap dialami oleh lelaki berbanding wanita. Apabila diserang rasanya amat-amat tegang dan rasa sakit kepala yang teruk kadang-kadang sehingga 30 hingga 45 minit sekali menyerang. Paling dahsyat sekali ia boleh menyerang beberapa kali dalam sehari.

Sakit kepala ini biasanya datang secara mengejut dan membuat pesakit rasa sakit tiba-tiba. Rasa sakit yang menyucuk-nyucuk di bahagian sebelah kepala atau sekeliling mata. Ada individu yang kena sakit kepala ini mata berair dan jangkitan selesema yang teruk. Sakit kepala akan berulang dalam tempoh masa tertentu dan menyerang dibahagian yang sama.

Bila diserang, para pesakit berasa sangat tak selesa kerana bila berbaring pun tidak dapat berehat. Penyebabnya masih belum diketahui tetapi ada pakar yang berpendapat ia adalah genetik.

4.0 Sakit Kepala Akibat Sinus

Apabila sinus yang menjadi radang (inflames) kerana disebabkan oleh jangkitan, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kepala. Ia biasanya datang dengan demam dan boleh didiagnosis oleh gejala-gejala atau kehadiran nanah dilihat melalui mikroskop optik fiber di klinik.

Sakit kepala akibat jangkitan sinus boleh dirawat dengan antibiotik, serta antihistamin atau dekongestan.

5.0 Migrain

Migrain adalah jenis sakit kepala dalam kelasnya tersendiri kerana ‘intensity’  kesakitannya serta kesan yang dialami ke atas tubuh badan pesakit.

Ia dapat didiagnos dengan beberapa kriteria berikut:

  • Sekurang-kurang pernah mengalaminya sebanyak 5 kali
  • Sakit kepala yang berlanjutan antara 4 jam ke 72 jam.
  • Sekurangnya 2 daripada 4 simptom ini iaitu; sakit sebelah bahagian kepala, sakit berdenyut-denyut, kesakitan sederhana sehingga sakit yang teramat, kesakitan yang mengganggu untuk melakukan aktiviti harian.
  • Sekurang-kurangnya ada 1 daripada beberapa ciri ini iaitu rasa loya tekak atau muntah. Ataupun sekiranya tak ada rasa loya atau muntah mungkin rasa sensitif pada bunyi dan cahaya.

Bila Kita Perlu Berjumpa Doktor?

masalah tidur

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya keadaan tidak reda atau anda rasa diserang migrain.

Namun begitu, sekiranya ada ciri-ciri berikut, anda perlu juga perlu segera berjumpa doktor.

  • Terdapat perubahan dalam jenis sakit kepala yang biasa dialami.
  • Sakit kepala yang tak hilang-hilang dan semakin kronik dari hari ke hari.
  • Sakit kepala yang timbul bila melakukan aktiviti fizikal seperti hubungan intim.
  • Sakit kepala yang menyerang selepas mengalami kecederaan atau penyakit.
  • Sakit kepala yang disertai oleh demam panas, sakit tengkuk, tanda-tanda strok seperti kesukaran bercakap, kebas dan lemah atau penglihatan kabur.
  • Sakit kepala yang semakin kronik sehingga bersin dan batuk.
  • Sakit kepala yang baru menyerang apabila umur sudah melepasi 50 tahun. Tak pernah alami sakit sebelum ini. 

Rawati Sakit Kepala Menggunakan Kaedah Semulajadi

1. Ambil Masa Untuk Rehatkan Tubuh

Sekiranya kita diserang sakit kepala. Rehatkanlah tubuh daripada melakukan sebarang aktiviti.

Tubuh anda mungkin memerlukan rehat. Berbaringlah seketika di tempat yang tenang dan bebas dari sebarang gangguan. Sekurang-kurangnya 30 minit sekalipun. Jika di rumah boleh berbaring di bilik tidur, sekiranya di pejabat mungkin anda boleh berehat di surau dengan kebenaran bos.

2. Letakkan tuala Basah Di Dahi

Ambil sehelai tuala bersih dan rendamkan dalam air sejuk kemudian letakkan di atas dahi anda.

Berbaringlah seketika di sofa sambil menutup mata. Cara ini mampu untuk mengecutkan salur darah supaya aliran darah ke kepala dapat dikurangkan. Ia akan mengurangkan tekanan kepada kepala dan ambillah masa untuk berehat sehingga anda rasa segar.

3. Ambil Minuman Elektrolit

Bila kita sakit kepala mungkin juga petanda kita kekurangan air dalam tubuh. Atasinya dengan mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari iaitu lebih kurang 2 liter air sehari.

Anda juga sangat disarankan untuk mengambil minuman elektrolit seperti Performance Drinks Shaklee kerana ianya bebas gula dan tidak berkarbonat. Sesuai untuk tubuh berbanding jenama lain yang di pasaran yang tinggi gula dan berkarbonat.

4. Lakukan Urutan Dengan Minyak Panas

Ini adalah kaedah yang popular iaitu mengurut kepala dengan menggunakan minyak panas. Minyak panas mengandungi menthol dan bahan eucalytus yang melegakan otot kepala. Urut perlahan dengan tenang sehingga anda berasa lega.

5. Kurangkan Pengambilan Garam Dan MSG

Ini adalah cara semulajadi yang paling bagus. Mulai sekarang anda boleh kurangkan makan garam dan Monosodium Glutamat. Bahan ini boleh menjadi pencetus kepada migrain atau lain-lain sakit kepala.

Pengambilan garam melebihi satu sudu teh sehari mendedahkab diri anda kepada risiko penyakit darah tinggi!

Kenapa Sakit Kepala Datang Menyerang Setiap Kali Hormon Tak Stabil?

Nak tahu Supplemen Apa Yang Perlu Diambil Untuk Atasi Sakit Kepala?

Hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

2 thoughts on “Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ambil Ubat”

  1. Anyss says:
    4 June, 2015 at 1:43 pm

    assalamualaikum,

    migrin mcm dah jd mkanan ruji dah…kalau tak sakit mcm pelik pulak

    Reply
  2. Daud Mohamad says:
    27 July, 2015 at 9:39 pm

    dulu selalu gak sakit kepala berdenyut2 skg alhamdulillah sejak makan supplemen dah lama x sakit.

    Reply

Leave a Reply to Anyss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2025 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb