Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

(Video) Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement Supaya Susu Mencurah-curah?

Posted on 11 September, 201317 June, 2021 by Adilah Manaf

Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan.

Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.

(Video) Dia Peer Counselor & Sangat Skeptikal Pada ‘Milk Booster’…


Pertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. 

Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?

Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:

“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”

Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.

baby-picture_surprisedKonsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.

Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini.

Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.

Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Justeru, di sinilah perlu difahami secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.

Mommy & Baby

Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.

Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari.

Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.

Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Tepuklah dada dan tanya diri sendiri.

Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan penulis dan saudara-mara yang telah mendapat manfaat dari Shaklee Breastfeeding Set ini. Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

3 thoughts on “(Video) Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement Supaya Susu Mencurah-curah?”

  1. Faiz Saaid says:
    13 September, 2013 at 4:48 am

    wah blog dah makin cunz, best best

    Reply
  2. Pingback: Set Terbaik Untuk Ibu Hamil | Healty Vita Garden
  3. mama mia says:
    8 November, 2014 at 12:29 am

    haah betul tu.blog sangat teratur dan kemas..thumbs up

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb