Setiap kali selepas banjir melanda. Ramai antara kita yang akan diancam oleh penyakit-penyakit pasca banjir. Ia menjadi beban dan masalah baru pula.
Dalam pada kita sibuk mengemas dan membasuh rumah akibat banjir. Perlu juga ambil cakna tentang penularan penyakit yang disebabkan oleh air banjir yang dicemari oleh bakteria berbahaya.
Kurangnya penyedian air bersih dan proses sanitasi yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan. Air banjir merupakan medium yang paling mudah untuk menjadi pusat penularan pelbagai penyakit melalui virus dan bakteria yang boleh menjejaskan fungsi organ tubuh.
8 Penyakit Yang Berisiko Tinggi Selepas Banjir
1. Jangkitan Pada Saluran Pembuangan
Infeksi pada saluran kencing akan menyebabkan gejala seperti demam, cirit-birit dan muntah-muntah. Biasanya jangkitan ini disebabkan oleh penularan kuman melalui air banjir. Kita berisiko diserang penyakit taun, tifus dan lain-lain.
Gejala ini mungkin disebabkan oleh kuman Escherechia Coli (E-Coli) yang banyak terdapat dalam limpahan air banjir. Jika kita sering buang air besar lebih dari lima kali sehari, perut rasa memulas, muntah, demam dan sakit kepala maka segeralah dapatkan rawatan dari doktor.
Air banjir juga mengandungi kuman tifus (Salmonella typhosa). Kuman tifus ini mencemari makanan dan minuman yang kita sentuh dengan dengan tangan. Dalam jangkamasa satu atau dua minggu setelah tercemar, penyakit ini akan menyerang. Gejalanya demam tinggi pada waktu malam, sakit kepala dan lidah keputih-putihan. Segeralah dapatkan rawatan doktor.
2. Penyakit Kulit Yang Kronik
Kulit merupakan salah satu organ yang terdedah kepada air banjir. Jika tak memakai kasut atau alas kaki yang sesuai, kulit boleh terluka kerana terpijak pecahan kaca, paku atau batu tajam. Keadaan yang kotor dan basah akan menyebabkan jangkitan pada luka, gatal-gatal dan iritasi pada kulit.
Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai luka yang agak teruk. Keadaan kulit lembab akak menyebabkam luka lambat sembuh. Selain itu, akibat terkena air kotor, kulit jadi terdedah kepada kulat (fungus). Kulat air mudah bersarang di celah-celah jari, lipatan kulit dan bahagian tubuh yang lembab.
Gejala penyakit kulit ini akan menyebabkan rasa kulit yang panas seolah terbakar, gatal, tumbuh bintil-bintil kemerahan pada kulit dan melepuh.
3. Infeksi Kepada Mata
Penyakit jangkitan kepada mata yang disebabkan oleh jangkitan moluskum kontagiosum dan konjungtivitis. Mata menjadi merah, pedih dan berair.
Cuba elakkan memegang atau menggosok mata jika terasa gatal. Jauhkan mata dari terdedah kepada percikan air banjir. Bawa ahli keluarga yang terkena sakit mata berjumpa doktor.
4. Infeksi Pada Saluran Pernafasan
Keadaan yang sejuk, basah, dan lembap akan menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan. Terutamanya yang mempunyai sejarah penyakit asthma dan sistem imun yang rendah.
Jangkitan pada saluran pernafasan ini akan menyebabkan demam, batuk, atau rasa lemah-lemah badan. Pada keadaan daya tahan tubuh yang lemah, kita akan akan terdedah kepada kepada pneumonia (radang paru). Berwaspadalah sentiasa. Panaskan tubuh dan kurangkan terdedah kepada udara sejuk.
5. Leptospirosis Atau Penyakit Kencing Tikus
Leptospirosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh kuman leptospira yang merebak melalui air kencing atau bangkai tikus. Haiwan lain seperti anjing, kucing dan kuda pun berpotensi menularkan penyakit ini.
Simptomnya antara lain tubuh panas, muntah-muntah, cirit-birit, dan sakit-sakit tulang. Jika lambat dirawat ia sangat berbahaya kerana akan menjejaskan fungsi otak atau meningitis, gangguan organ seperti hati dan buah pinggang. Penyakit ini boleh membawa maut.
6. Hepatitis A
Infeksi lain yang mungkin terjadi adalah Hepatitis A. Hepatitis A ini boleh menyebabkan jangkitan kepada kronik yang menjejaskan fungsi organ hati (liver).
Gejala yang timbul adalah kulit dan mata kelihatan kuning, mual, muntah, demam dan badan panas.
7. Demam Denggi Berdarah
Pada permulaan banjir, hujan lebat dan aliran air banjir masih deras menyebabkan jentil-jentik dan nyamuk aedes tidak dapat membiak. Namun, setelah hujan makin reda, air banjir masih bertakung, ketika inilah kes demam denggi akan merebak.
Ini kerana nyamuk aedes ini membiak dalam air banjir yang bertakung dan menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran akan dapat mencegah penyakit yang membawa maut ini.
8. Campak Dan Cacar Air
Gejala campak antara lain adalah batuk, demam yang tidak kebah-kebah dan timbul ruam kemerahan setelah beberapa hari demam.
Manakala, gejala cacar air ialah demam panas selama berhari-hari dan muncul bintik-bintik dibeberapa bahagian tubuh.
Untuk menghindari terjadinya penularan penyakit campak dan cacar air ini, sebaiknya segera dapatkan suntikan imunisasi untuk anak-anak mahu pun orang dewasa.
Tingkatkan Imunisasi Tubuh Bagi Mengelak Penyakit Selepas Banjir
Kita disarankan untuk mencegah sebelum mengubati. Kerana mencegah itu lebih mudah.
Justeru, perkara paling asas yang boleh dilakukan ialah meningkatkan sistem imunisasi kita dengan pengambilan beberapa supplemen berikut ini untuk mencegah penularan penyakit selepas banjir.
Perlu diingat, supplemen ini di bawah ini adalah satu pilihan untuk kita melindungi keluarga dari serangan penyakit.
Saya sendiri dan keluarga sudah 5 tahun mengamalkannya. Alhamdulillah. Kesihatan kami sekeluarga kini lebih baik berbanding sebelumnya.
1. Nutriferon Shaklee
Dapatkan meningkatkan sistem imunasasi tubuh dalam jangka masa 3 hari, nutriferon Shaklee adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun secara keseluruhan.
Melindungi dari influenza (selesema) kerana ia mengimbangi respon alergik persekitaran dan pencemaran udara, jerebu dan virus.
2. Vitamin C Shakee 500MG Sustain Released
- Mengurangkan simptom demam, batuk dan selsema.
- Membantu sel darah putih menentang bakteria dalam tubuh badan.
- Mengekalkan kolestrol baik kerana ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.
- Meransang pembentukan kolagen.
3. Garlic Complex
- Merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi.
- Bertindak sebagai antibakteria dan anti viral.
- Meningkatkan sistem imunisasi.
- Menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah.
4. Perfomance Drinks Shaklee
- Meningkatkan daya ketahanan badan.
- Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal.
- Mencegah dehidrasi dengan mengurangkan kehausan dan mengelakkan kekeringan bendalir dalam tubuh.
- Mengekalkan paras gula.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf