Sendi lutut adalah anggota yang sangat berharga. Ia membantu kita berdiri dan bergerak. Jika lutut kita sakit, akibatnya susah untuk melakukan sebarang aktiviti.
Ada pelbagai punca mengapa radang ini terjadi, namun mengikut statistiknya lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Hakikatnya, ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita.
Kali ini, saya ingin berkongsi hasil kajian saya dari sumber yang ‘reliable‘ tentang makanan yang pantang dimakan jika anda sakit lutut. Ambillah masa untuk baca dan faham betul-betul apa yang ingin disampaikan. Saya pun tidak mahu menghabiskan masa anda dengan informasi yang tidak berfaedah.
Berpantanglah Dari 7 Makanan Ini Demi Kesihatan Sendi!
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 8 makanan yang perlu diambil untuk meredakan radang sendi. Para pengkaji menyarankan untuk kita mengambil makanan anti-radang dalam diet seharian dan mengehadkan makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi.
Sebelum saya teruskan dengan 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi. Lihat video kawan baik saya ini. Muda-muda dah sakit sendi. Apa yang dia buat untuk kembali sembuh?
Berikut adalah 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi:
1.0 Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan
Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.
Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.
2.0 Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita
AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.
3.0 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi
Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.
Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.
4.0 Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak
Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.
Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.
5.0 Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!
Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.
Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.
6.0 Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet
Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.
7.0 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun
Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.
Biarlah Saya Berterus-Terang Sahaja Dengan Anda…
Saya telah pun bergiat aktif sejak 2011 dalam memberi kaunseling dan menyebarkan kebaikan tentang kepentingan supplemen kepada ribuan pelanggan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh para pelanggan adalah sakit sendi atau otot terutamanya lutut termasuklah nenek saya.
Ada yang menghubungi saya kerana kasihan pada ibu dan bapa di kampung yang menderita sakit lutut sehingga tak boleh berjalan dan bersolat. Ada pakcik dan makcik yang setiap bulan membeli supplemen sendi ini dengan saya kerana keberkesanannya.
Setiap kali saya diajukan tentang permasalahan ini, tanpa ragu-ragu saya akan kemukakan kombinasi sakit sendi berikut sebagai cadangan untuk mereka yang ingin meredakan sakit sendi:
Ini sebab utama kenapa anda patut ambil supplemen ini:
- Advanced Joint Health Table™ (AJHT) menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil ramuan terbaik seperti Boswellia bagi menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang-belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.
- Omega Guard™ mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Glukosamina. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.
- Ostematrix™ berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas!
Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun jenama ini berada di pasaran.
Ini pula screen-shot sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk supplemen ini:
Kenapa Anda Perlu Membuat Pilihan Dengan Berhati-hati?
Kebanyakan dari ubat sakit lutut yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi steroid. Jika ubat yang anda makan itu serta merta meredakan sakit sendi dan otot itu adalah petanda ubat itu berkemungkinan besar mengandungi steroid. Jika berterusan mengambilnya dalam masa beberapa hari, berat badan akan meningkat mendadak dan pipi menjadi tembam. Ini sangat bahaya untuk buah pinggang dan berpotensi menyebabkan tulang reput.
Saya pernah membaca kisah dari Dr.Zubaidi Haji Abdullah tentang seorang pesakit wanita berusia lingkungan 50-an yang terjatuh dari kerusi dan tidak semena-mena patah tulang punggung. Apabila dibawa ke hospital untuk x-ray didapati beliau mengalami masalah osteoporosis akibat daripada pengambilan ubat herba yang dipercayai bercampur dengan streoid untuk melegakan sakit sendi lutut beliau.
Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat atau supplemen. Jangan sebab ianya mungkin murah dan memberi kesan semerta tetapi jangka masa panjang membawa mudarat kepada kesihatan kita.
Jika anda inginkan manfaat maksimum, boleh dapatkannya sekarang dari saya.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
mostly org sarankan ambil glukosamine utk sakit lutut. betul tak?
Fungsi glukosamina adalah dalam penghasilan bendalir sebagai pelincir untuk tulang rawan. Semakin meningkat usia, semakin kurang pengeluaran glukosamina oleh tubuh.
Glukosamina ini memang terkandung di dalam supplemen Advance Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee. Sangat disaraankan untuk diambil bagi mereka yang menderita sakit lutut dan sendi 🙂
Doc pun sarankan glukosamine…
minyak ikan…
sy br xray pd 22bb 9 2016 yg lalu..masaalah yg sama.
Gabungan glukosamin dan omega-3 adalah pilihan yang lebih baik. Boleh cuba ambil Set Sendi Shaklee 🙂
Info yang sangat berguna! Semoga dapat membantu lebih ramai orang yang menderita sakit lutut, InsyaAllah! Keep it up sis. 🙂
7 senarai makanan yang disenaraikan adalah makanan yang kurang menyihatkan. Memang patut dielakkan oleh sesiapa pun.
Terima Kasih atas Perkongsian. Produk Shaklee memang antara yang terbaik
Kebanyakan makanan harian saya boleh menyebabkan sakit lutut. Kena tukar gaya pemakanan ni. Nice sharing sis =)
Salam…. sakit lutut memang memeritkan, rasa amat sakit dan sukar untuk bergerak kemana-mana. Mungin produk Shaklee adalah permakan tambahan yang baguskan?
Produk shaklee mungkin berkesan untuk mengurangkan lutut yang sakit
Kalau orang yg ada gout boleh ambil tak supplement nih. Saya takut supplement ni dibuat daripada sumber laut seperti cengkeram dsb.
Tiada masalah untuk diambil tuan sebabnya takde kena mengena dengan haiwan laut bercengkerang 🙂
Memang kena jaga pemakanan kalau dah mengidap sakit lutut.Kalau tidak sakitnya makin menjadi-jadi.
menarik, sarat dengan fakta. 🙂
Terima kasih luangkan masa jenguk blog saya ni 🙂
Penat juga mencari info yang baik & praktikal berkaitan sakit lutut ni. Ada rezeki lebih insyaallah nak cuba produk Shaklee ni juga. Mudah mudahan.
Dialu-alukan tuan. Kalau ada sakit lutut jangan tunggu sampai kronik ye 🙂
sakit lutut boleh terjadi x kira muda @ tua…
mcm mana cara pengambilannya dan ada healing crisis x
Encik Najib minta PM/Whatsapp saya untuk konsultasi 011 1569 0082 (Adilah) Tqvm 🙂
Assalam….macamana nak dapatkan product ni…berapa harga ke tiga product ni.tq.
Waalaikumussalam En Mat Hussin
Minta contact no saya 011 1569 0082 kalau nak cepat 🙂
Good Info sis
Please sms t price of t product
Can you sms me first at 01115690082? I dont have ur phone no sis 🙂
Assalamualaikum wrb. Saya Abdul Rashid Salleh. Umur 60 tahun +.
1. Sewaktu muda sangat dalam sukan lasak.
2. Sakit lutut bermula 58 tahun. 3. Sekarang hanya lakukan senaman berbasikal 1 jam seminggu dan senaman biasa.(mudah) sahaja.
4. Bagaimana hendak menjadi ahli?
5. Insya Allah sy akan mencuba produk ini. Moga berkesan buat tubuh saya. Aamin.
6. T/k & Wslm.
Wsalam tuan. Terima kasih luang masa untuk membaca artikel di blog ini.
Perkara biasa apabila semakin meningkat usia, lutut semakin bermasalah. Apatah lagi kalau kita ni ahli sukan yg sentiasa menggunakan lutut pada tahap optimum. Ada beberapa supplemen yg boleh diamalkan utk mengembalikan kekuatan lutut.
Perlu juga diingat. Kebanyakan produk atau ubat untuk sakit lutut di pasaran tiada sijil KKM dan mengandungi bahan terlarang dan berbahaya. Jadi, pilihlan jenama Shaklee yg memang diperakui oleh KKM. Lebih2 lagi ianya selamat,semulajadi dan berkesan!
Belum cuba belum tahu. Sudah cuba baru tahu!
Kalau tuan nak daftar ahli dan dapatkan kelebihan/penjimatan sebagai ahli, saya boleh bantu.
Minta tuan contact atau whatsapp ke 01115690082 . Tq.
Adilah Manaf 🙂
Berapa harga set ni
Pm sy puan d 01115690082
Regards,
Adilah Manaf 🙂
Kalo selalu amek glucosamine, dlm shaklee apa yg sama dgnnya
Gabungan glukosamin dan omega-3 adalah pilihan yang lebih baik. Boleh cuba ambil Set Sendi Shaklee 🙂
Tumpang tanya. saya ni tatau lah nak dikatakan sakit lutut atau tak.. tapi kaki kanan.. kalau duduk bersila dlm 5 minit ja.. pastu bangun.. terasa sakit sgt kat area belakang lulut. susah nak tegakkan semula kaki dari kedudukan bersila tadi tu. adakah saya ada masalah sakit lutut kalau simptom mcm ni? tapi.. lutut saya tak sakit pun. cuma bahagian belakang lutut ja.
Untuk kepastian seeloknya berjumpa doktor.
Kalau ambil set shaklee ni, berapa lama tempoh yg diperlukan utk rasa kesan positif? Saya mengalami sakit lutut yg agak kronik dan memerlukan penyembuhan yg segera kerana saya bekerja. Tkasih.
Bergantung kepada individu puan. Berbeza utk setiap individu.
menarik info ni tq tau
menarik
Bagi mereka yg berpenyakit Kancing Manis dan Darah tinggi. Rutine harian nya makan pil bagi dan malam.. ada efek apa apa tak…
Tiada masalah cuma jarakkan pengambilan dalam 2 jam antara ubat dan supplemen. Kalau rasa ragu-ragu boleh refer pada doktor yang bagi preskripsi.
Assalammualaikum.
Saya nak tanya. Saya berumur 41 tahun dan terasa lutut saya sakit, pedih dan amat sakit bila bangun, melutut dan berjalan. Selain itu, saya juga memderita sakit tumit hampir setahun.
Selain set diatas, apakah yg diperlykan utk legakan sakit tumit saya. Terima kasih.
Betul sangat.
Memang kena jaga pemakanan dan juga lifestyle kita kan.
Thank you for the tips.
Menarik ni . Info sangat berguna.
http://www.ommasihat.com/2018/05/tips-kekal-bertenaga-di-bulan-puasa.html?m=1
Assalamualaikum adakah produk ini senang untuk didapati di pasaran?
Mudah puan. Boleh dihantar ke depan pintu lagi dgn Shaklee.