5 Tips Cepat Dan Berkesan Untuk Tambah Berat Badan

Kebanyakan mereka yang saya menghubungi saya sering meminta nasihat tentang bagaimana cara untuk mengurangkan berat badan.

Namun begitu, ada juga beberapa pelanggan yang berhubung dan merungut kerana tak banyak informasi berkenaan tips untuk tambah berat badan atau ‘how to gain weight’. Jangan tak tahu, terlalu kurus juga tidak sihat dan akan mendedahkan kita kepada sindrom aneroksia. 

Masalah kurang berat badan juga akan menyebabkan seseorang itu stress dan berasa rendah diri dengan keadaan sekeliling.Ramai orang diluar sana berpendapat untuk menaikkan berat badan dengan cepat haruslah makan ais krim, pasta, roti, burger keju dan donat.

Itu adalah salah satu cara untuk menambah berat badan tetapi ia bukanlah cara yang terbaik dan menyihatkan.

5 TIPS DIET UNTUK TAMBAH BERAT BADAN 

Di sini saya ingin berkongsi LIMA TIPS CEPAT DAN HEBAT untuk mendapatkan berat badan idaman.

1. Jangan biarkan perut anda kosong tanpa makanan melebihi empat jam.

Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja.

Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual, kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang memerlukan bahan api untuk terus beroperasi. Hasilnya ialah keperluan tenaga terjejas termasuklah jisim otot.

Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3 ke 5 jam. Makanlah dengan konsisten kerana konsistensi adalah kunci utama.

2. Makan beberapa makanan sekaligus.

Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega. Sebagai pelengkap, segelas susu organik tanpa lemak atau segelas soya.

Pengambilan pelbagai variasi makanan akan meluaskan lagi spektrum nutrien untuk tubuh yang bekerja sepanjang hari.

3. Makan dengan sihat dan ambil makanan padat dengan khasiat.

Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan yang kecil.

Buah-buahan kering adalah contoh yang baik. Dengan air yang diserap keluar, jadi secawan anggur bertukar menjadi suku cawan kismis. Hanya pastikan mengambil buah-buahan kering tanpa gula tambahan atau pengawet. Lebih berkhasiat dan padat dengan nutrien yang diperlukan tubuh.

4. ‘Minum’ makanan anda.

Cecair tubuh sebenarnya tidak diganti dengan mudah seperti makanan pepejal. Jadi apabila anda cuba untuk menaikkan berat badan, cecair boleh ditambah dengan minum sebagaimana biasa kerana ianya takkan membuatkan anda berasa sendat atau kembung perut.

Pilihan terbaik termasuklah jus buah-buahan segar, susu organik atau soya dan smoothie. Smoothie adalah ideal kerana anda boleh mengambilnya dengan pelbagai makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak merah dan serbuk protein.

5. Makan tepat sebelum tidur.

Pada kebiasaannya, banyak proses penyembuhan, pembaikan dan pertumbuhan semula (regenaration) oleh tubuh berlaku semasa kita tidur. Ia adalah waktu yang sibuk untuk tubuh membina otot dan tisu.

Justeru, makanlah snek yang sihat sebelum tidur untuk memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas.

Paling bagus mungkin anda boleh makan semangkuk kecil pasta salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.

Tambah Berat Badan Dengan Set Weight Gain Shaklee

Kenapa anda perlu mengambil supplemen Set Weight Gain Shaklee ini? Sebenarnya kita memerlukan disiplin dan keazaman diri yang tinggi bagi memastikan tubuh mendapat cukup nutrien yang diperlukan dalam usaha kita menambah berat badan.

Namun, rutin harian kita yang sibuk kadang-kadang menyebabkan keperluan tubuh terganggu dan kita mengambil makanan dalam keadaan masa yang tidak menentu.

Set Weight Gain Shaklee ini diatur khas untuk bagi anda yang sibuk atau sukar untuk mengikut jadual pemakanan yang teratur.

Setiap supplemen yang dicadangkan ini mempunyai fungsinya tersendiri seperti tips yang dibincangkan di atas.

Namun, perlu diingat, supplemen bukanlah pengganti kepada makanan anda. Anda tetap perlu makan seperti biasa, supplemen bertindak sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan hasil yang anda idamkan.

Paling mustahak. Setiap supplement Shaklee adalah semulajadi, selamat dan berkesan!

mealshake shaklee celikvitamin Vitalea Shaklee Celikvitamin B Complex Shaklee Celikvitamin

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

21 comments for “5 Tips Cepat Dan Berkesan Untuk Tambah Berat Badan

  1. 28 June, 2015 at 4:03 am

    Saya ingin bagi badan saya besar

  2. 2 July, 2015 at 3:59 pm

    Tips menarik dan bermanfaat ni, boleh share dekat kawan-kawan nanti .
    noraizah recently posted…10 Sebab Suami Isteri Tidak Subur Dan Sukar Mendapat ZuriatMy Profile

  3. 6 September, 2015 at 7:34 pm

    Untuk menambahkan berat badan, kita memerlukan satu strategi yang rapi. Mula2 kita perlu ada diari pemakanan untuk mencatat apa menu makanan kita setiap hari. Melalui cara ini, kita akan dapat mengenalpasti jenis diet yang kita ambil dan anggaran kalori yang diambil dalam sehari. Akhir sekali, barulah kita dapat merancang menu baru untuk mencapai cita2 kita.
    Dr Muhammad Akbar bin Abdullah recently posted…7 Cara Menambah Berat Badan Dengan BerkesanMy Profile

  4. CATHERINE
    18 October, 2015 at 2:40 pm

    I nak naik badan I kurus sangat

    • 19 October, 2015 at 2:39 am

      Catherine,

      Call saya 011-15690082 (Adilah) 🙂

      • Dalilah
        9 January, 2017 at 9:07 pm

        May i know who you’re? It would be great if you can help me to gain weight 🙏i cant do it all alone 😞

        • 4 February, 2017 at 11:42 pm

          Of course you may. Feel free to contact me at 011-15690082. Adilah Manaf.

    • lupa pulak nama apa
      7 February, 2016 at 4:18 am

      Kurus lah ok..senang nak timang2..😂😂😂

  5. danny
    30 October, 2015 at 12:28 pm

    huhuhu.. lelaki umo 26 berat kurang 50.. amat memalukan

  6. pendek
    19 February, 2016 at 8:19 am

    Sy daa makan bnyak pown tetap kurus jgakk . hahah ! tetap tak bole nak gemok 😂

  7. waniey
    4 June, 2016 at 12:41 pm

    Brapa yew harga shaklee

  8. Nursyafizah
    12 June, 2016 at 2:47 pm

    Berat saya dari dye umur 15-18 tahun tetap sama ..saya da cuba mkn banyak tapi tetap same. Saya malu dengn kawan-kawan..kerna mereka sering cakap saya kurus nya kau..jadi saya nak naek kn berat badan dan saya nak badan saya berisi

  9. Fai
    23 July, 2016 at 5:08 pm

    boleh saya tahu berapa harga untuk satu set Weight Gain Shaklee ni? berat badan saya tak pernah berubah sejak saya berumur 14 sampai sekarang ni. Malu betul nak keluar dengan badan kurus nampak tulang, muka cengkung sampai orang label kan saya ni ambil barang terlarang(ice). Tolong saya ye. 012-7229151 (Fai). Ni Number saya

    • 29 July, 2016 at 1:08 am

      Pm saya puan di no 011 15690082.

      Regards,
      Adilah Manaf

      • Harun
        15 August, 2016 at 8:52 am

        Berapa harga 1 set penjagaan lutut

        • 13 October, 2016 at 1:42 pm

          Mohon encik harun PM saya di 011 1569 0082. Tq 🙂

  10. Nadiah
    18 August, 2016 at 7:41 am

    utk mkn tiap kali 4 jam tu, klau kita x sempat utk beli mknan berat, bole x kita setakat makan roti walaupon x kenyang?

  11. Haffizi
    2 November, 2017 at 8:30 am

    Saya share ye tips ni

Leave a Reply to Dr Muhammad Akbar bin Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge