Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

5 Diet Untuk Tingkatkan Kepuasan Seks Bagi Lelaki

Posted on 12 August, 201417 June, 2021 by Adilah Manaf

Tingkatkan Keinginan Seks Anda Dengan Pemakanan Yang Betul

Seks adalah salah satu perkara paling asas hidup berumahtangga. Selain untuk zuriat, hubungan intim juga dapat merapatkan hubungan agar anda boleh lebih memahami pasangan anda.

Kekurangan nafsu, mati pucuk dan masalah seksual boleh menyebabkan kehidupan seks terganggu dan sekaligus menjadi punca keruntuhan mahligai perkahwinan yang dibina bersama.

 

Hanya dengan menjaga pemakanan, anda boleh mengekalkan keutuhan rumahtangga malah mungkin akan menyelamatkannya. Jangan pandang remeh. Ramai yang berpisah kerana luaran nampak bahagia tetapi kehidupan batin terseksa. Kehidupan cinta anda boleh dipertingkatkan supaya ianya sentiasa kekal hangat.

Berikut adalah 5 Diet dari segi pemakanan yang penuh dengan nutrien yang boleh menjadi keinginan seks anda terus membara dan juga boleh meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

1.0 Bawang Putih

Bawang putih adalah pencair darah semula jadi sering digunakan untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan penyakit jantung. Ciri-ciri antikoagulan membantu memastikan banyak aliran darah ke kawasan intim anda.

Anda dan pasangan boleh mendapat manfaat daripada bawang putih sebelum malam melayari bahtera cinta. Selamat mencuba!

2.0 Epal

Satu hari sebiji epal dapat memperbaiki kehidupan cinta anda. Epal, bersama-sama dengan buah beri, ceri, bawang dan anggur sangat kaya dengan quercetin. Antioksidan ini, yang dipanggil flavonoid, boleh memberikan kesan yang hebat kepada tubuh. Quercetin memainkan peranan dalam mengawal gejala Prostat dan cystitis celahan (IC), dan meningkatkan peredaran darah.

Gejala Prostat adalah radang pada kelenjar prostat, kadang-kadang menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit pada testis dan ejakulasi. IC pula berkaitan sindrom pundi kencing sakit, juga boleh menurunkan prestasi hubungan intim bagi lelaki dan wanita. 

3.0 Kekacang

Kekacang seperti gajus dan badam adalah penuh berkhasiat dengan zink. Zink sangat kritikal lebih-lebih lagi untuk lelaki bagi meningkat kemampuan seks dan meningkatkan bilangan sperma.Juga memastikan sperma yang dihasilkan adalah berkualiti.

Dalam banyak jenis kekacang, kacang Walnut adalah paling baik dan ranking pertama untuk kesan maksimum kerana kaya dengan omega-3.

4.0 Ikan Salmon

Salmon adalah kaya dengan omega-3 untuk jantung yang sihat. Selain salmon, tuna dan halibut juga berperanan dalam meningkatkan kehidupan seks anda.

Omega-3 boleh membantu mencegah masalah arteri tersumbat dan dengan itu meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan menjadi malam-malan anda sentiasa panas dan hebat!

5.0 Daging

 

Sertakan pelbagai menu daging dalam diet anda bagi membantu meningkatkan kehidupan intim. Daging lembu, ayam, dan kambing mengandungi carnitine, L-arginina, dan zink. Carnitine dan L-arginina adalah asid amino yang meningkatkan pengaliran darah.

Peredaran darah yang tak terganggu adalah penting untuk tindak balas seksual dikalangan lelaki dan wanita. Menurut NYU Langone Medical Center, kedua-dua nutrien ini berkesan untuk merawat mati pucuk bagi sesetengah lelaki.

Zink merupakan mineral penting yang dikenali untuk meningkatkan imuniti, tetapi juga memainkan peranan dalam fungsi seksual. Kekurangan zink boleh menyebabkan penyakit mati pucuk dan hormon rendah tahap pada lelaki.

Hidangkan beberapa protein berasaskan daging secara sederhana untuk mengelakkan risiko penyakit jantung bagi membantu melancarkan sistem untuk aktiviti dalam kamar tidur. Vegetarian boleh memilih bijirin dan kekacang serta dan produk tenusu sebagai pengganti daging.

Pilihlah Vitamin Cinta Untuk Buktikan Kelelakian Anda!

Atau pun anda dicadangkan untuk mengamalkan pengambilan supplemen Zink Complex Shaklee. Sebiji Zink Complex Shaklee mengandungi 15mg dan 115mg Calciume. Justeru, tak perlu bimbang sebab sebiji zink sehari sudah memenuhi keperluan tubuh.

Vitamin E khas untuk kesuburan lelaki. Vitamin Cinta ini penting untuk meningkatkan tahap kesuburan. Kajian membuktikan vitamin E adalah mustahak dalam melindungi kesihatan sel tubuh. Tubuh manusia terdiri daripada jutaan sel dan termasuklah organ pembiakan, telur dan sperma.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

1 thought on “5 Diet Untuk Tingkatkan Kepuasan Seks Bagi Lelaki”

  1. Mohd asri says:
    28 May, 2019 at 7:12 pm

    Untuk kebas kebas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb