Biasa menulis tentang hal-hal vitamin dan kesihatan kan, jadi hari ini saya nak ‘take a break’ sekejap. Hihi. Sekali-sekala kita kena ada ‘me time’ untuk diri sendiri. ‘Me time’ untuk saya adalah membaca.
Baru-baru ini saya ada terbaca tentang satu artikel dari blog bitofnews. Saya point-point dalam tu sangat bagus untuk dikongsi bersama-sama supaya ramai orang tahu.
At least, kita boleh baca dalam bentuk point-point penting kan memandangkan statistik membaca dikalangan rakyat Malaysia masih lagi menyedihkan (termasuklah saya).
Apa perkara Super-Mudah Kita Boleh Buat Untuk Jadi Lebih Bijak Dalam Jangka Masa Panjang?
1. Mulakan Dengan Baca Suratkhabar Setiap Hari
Mudahkan? Mulakan langkah jadi orang lebih bijak dengan baca suratkhabar setiap hari. Info dalam suratkhabar akan meningkatkan ilmu kita tentang dunia luar. Kita boleh belajar tentang budaya asing dan peristiwa yang jarang kita dengar atau lihat.
Percayalah! Kalau kita konsisten dengan tabiat ini, kita ada banyak perkara yang boleh dibualkan bila bersosial dengan ramai-orang seperti kenduri-kendara!
2. Sesatkan Diri Sendiri Dengan Sengajan Dan Cari Jalan Pulang!
Bunyi macam best-kan? Sekali-sekala kita mesti cuba keluar dari zon selesa. Pergi ke kerja dengan jalan yang kita tak ‘familiar’, pastikan kita sesat dan mula cari jalan untuk balik ke pejabat.
Mengembara dan mencari jalan pulang akan merangsang otak untuk berfikir. Orang biasa-biasa secara bosannya akan menggunakan jalan yang sama setiap kali pergi dan balik kerja. Minda seolah-olah telah set GPS secara automatik tanpa perlu berfikir Lama-kelamaan, keupayaan otak untuk navigasi semakin merosot kerana tidak dirangsang.
Untuk ‘reset’ dan rangsang otak, kita perlu keluar dari zon selesa dengan mencari jalan baru kita tak tahu untuk pergi dan balik kerja. Anda berpeluang jumpa macam-macam gelagat manusia di persekitaran baru.
3. Menulis 400 Patah Perkataan Sehari!
Yang ini point yang paling ‘win’. Rasa tak sia-sia menulis blog sejak dari 2012! Pahala pun dapat dan rupanya kita akan jadi lebih bijak berbanding orang sebelah (oppps!).
Ada sebab sebenarnya kenapa ramai orang yang berjaya, rahsia mereka ialah menulis setiap hari. Sama ada menulis status positif di Facebook, blog mahupun diari untuk diri sendiri. Proses menulis ini sebenarnya akan merangsang minda untuk menperjelas apa yang ada dalam benak kita ke dalam presentasi yang lebih konkrit.
Mungkin bagi yang baru bermula, ia memerlukan usaha yang lebih untuk menulis tetapi percayalah lama-kelamaan ia akan menjadi lebih mudah. Paling best, anda juga takkan rasa ragu-ragu dengan pemikiran sendiri.
4. Perhatikan Perkara Yang Berlaku Di Sekeliling Kita
Bila kita sibuk dengan rutin harian kita, kita tak ada masa untuk berfikir. Cuba ambil sedikit masa dari 24 jam anda setiap hari, untuk duduk di satu tempat, fikir dan perhatikan apa yang berlaku disekeliling anda.
Anda boleh duduk di kedai kopi atau perpustakaan dan cuba lihat kereta yang berlalu atau orang disekeliling. Anda akan dapati betapa menariknya ‘trend’ tabiat manusia ini.
5. Bersenam. Makan Makanan Sihat. Ketawa Lebih Banyak.
Tubuh sihat maka minda pun sihat. Bila kita bersenam, aliran darah ke otak akan meningkat dan memastikan otak kita berada dalam keadaan yang terbaik. Justeru, ketawa dapat meningkatkan daya fikir dan membuatkan otak sentiasa cerdas.
Selain itu, tips bila anda berhadapan dengan stress, langkah cepat untuk redakan stress ialah menguntum senyum. Senyumlah selebar-lebarnya. Bila kita senyum hormon ‘gembira’ melatonin akan dihasilkan untuk mengawal mood anda.
6. Buat Sesuatu Yang Berbeza Setiap Hari
Bila kita bercakap dengan orang yang sama, duduk tempat sama setiap hari dan buat perkara yang sama setiap hari, maknanya kita tak belajar sesuatu yang baru pun.
Jom ubah rutin harian kita. Selama ini kita pergi ke mana-mana naik kereta, apa kata kita naik komuter. Bersosial dengan rakan-rakan yang baru dikenali. Terokai perkara baru. Tapi jangan sampai mengabaikan kawan-kawan lama atau tinggalkan tabiat yang bagus. Ada berani?
7. Muhasabah Diri Buat Seketika
Muhasabah diri atau meditasi bukan saja boleh mengurangkan stress malah boleh merangsang daya pemikiran. Contohnya, muslim biasanya bermuhasabah dengan melaksanakan solat tahajud sepertiga malam. Waktu ini adalah tempoh waktu yang paling tenang untuk refleksi diri.
Meditasi dapat melatih minda untuk fokus dan bisikan-bisikan jahat yang melemahkan. Anda hanya perlu 5 minit sehari masa untuk diri sendiri. Tutup mata dan tenangkan fikiran. Cuba buat secara konsisten. Anda akan dapat rasa perbezaannya.
8. Siasat Sumber Maklumat Yang Kita Dapat
Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca. Jika kita berasa ragu-ragu dengan sesuatu seolah-olah ada yang tak kena, tolonglah siasat dulu sama ada sumber itu boleh dipercayai atau tidak.
Hakikatnya, setiap cerita itu mesti ada kisah disebaliknya. Biasakan diri untuk siasat dulu sesuatu cerita. Sama ada betul atau rekaan. Justeru, kita takkan mudah tertipu dengan media, iklan ataupun politikus!
9. Baca Lebih Banyak Cerita Fiksyen
Membaca jambatan ilmu sebab itulah aktiviti membaca selalu dicadangkan sebagai untuk menjadi lebih bijak. Namun, membaca cerita fiksyen sedikit berbeza dengan genre yang lain.
Dengan membaca cerita fiksyen, anda dapat memperkembangkan daya kreativiti. Fiksyen selalu akan membawa kita ke alam fantasi yang hanya wujud dalam minda penulis buku dan pembaca. Bila kita lebih banyak baca buku-buku fiksyen, kita akan dapati, cara berfikir kita akan menjadi lebih kreatif.
10. Berhenti Tengok TV!
Susahkan! TV dikatakan punca terbesar seseorang membuang masa dengan sia-sia. Jalan cerita sesuatu program itu selalunya direka untuk mendapat impak yang maksimum dengan usaha yang minimum. Semuanya nampak mudah dan ‘happy ending’.
Bila kita selalu berbaring atas sofa dan menonton TV dalam tempoh lama, anda akan rasa dungu dan bebal. Jangan biasakan menonton TV terlalu lama kerana otak kita akan menjadi malas untuk berfikir. Tubuh kurang senaman akan menyebabkan otak kurang cerdas.
11. Tontonilah TED: Banyak Idea Bagus Untuk Disebarkan
Laman TED.com mengandungi banyak video yang bagus-bagus untuk kita teroka perkara-perkara baru dalam hidup. Sama ada belajar bagaimana otak manusia berfungsi atau belajar berapa laju seekor harimau kumbang berlari, semuanya ada dimuatkan dalam laman TED.
Sekiranya boleh, semasa makan tengahari cuba luangkan 5 ke 10 minit untuk menonton video-video di laman TED. Percayalah. Ianya berbaloi!
12. Lawan Ketakutan Anda!
Salah satu dari pada halangan terbesar untuk pembangunan diri adalah rasa takut dalam diri sendiri. Kita bukannya hidup dalam zaman batu lagi. Tidak ada apa yang perlu ditakuti. Cuba buat jadual. Satu hari buat satu aktiviti yang anda takut nak buat. Contohnya, bungee jumping atau pegang ular dan lilitkan di badan (auww!).
Tak kisah walaupun perkara yang kita takut itu remeh bagi orang lain. Pedulikan apa pandangan orang lain yang tak relevan. Atasi ketakutan anda sekarang!
13. Kaji Arketaip Dan Simbolisme
Arketaip atau protoip ini merupakan model asal. Dalam konteks ini, kita cuba faham tentang cara asal otak kita berfikir. Memahami bagaimana dan kenapa otak kita berfikir dengan pola tertentu merupakan kunci utama untuk kita meningkatkan kemahiran berfikir.
Belajarlah mengkaji corak pemikiran bawah sedar kita dan dapatkan jawapan dari mana datangnya motivasi dan daya pemikiran kita itu terhasil.
Bak kata pakar psikologi terkemuka, Tuan Carl Jung:
“Bila kita rasa sesuatu dalam diri orang lain itu menyakitkan hati kita sebenarnya ia akan mengajar kita untuk memahami diri sendiri.”
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Shaklee ID : 866551
You should put at 1st Item – Baca Al_Quran secara tartil…
Yup. Of course.
But as i mentioned above, i’m translating and sharing this entry from blog bitofnews.