Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Saya pernah berkongsi dengan para pembaca tentang 10 TIPS Merangsang Kehamilan sebelum ini. Buat kali ini saya ingin berkongsi tips mudah hamil dengan GLA Complex Shaklee. Tujuan saya tidak lain adalah untuk berkongsi dengan pasangan yang telah berumahtangga (sama ada yang masih baru atau yang sudah lama) namun masih lagi belum mendapat zuriat.

Alhamdulillah, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, Insha-Allah. Salah-seorang yang mendapat manfaat darinya adalah kakak ipar saya sendiri yang baru sahaja menimang cahayamata setelah hampir 6 tahun menanti dengan penuh kesabaran. Saya akan berkongsi testimonial daripada beliau sedikit masa lagi dengan para pembaca semua.

GLA Complex

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?

Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?

Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!

Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.

Jika anda ada apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya sekarang!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

6 comments for “Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

  1. ida
    February 25, 2016 at 2:38 am

    saya telah berkahwin hampir 2 tahun….pada tahun pertama perkahwinan sy mengalami kguguran..usia kandungan dlm 7w lbih…baru2 nie sy hamil kli ke-2 tpi mgalami kguguran jga pda usia kndungan yg sma…sy x pasti ape msalah yg sy hadapi…sy ingin mendapatkan zuriat dan sy berharap produk shaklee boleh membantu masalah sy…

    • Adilah Manaf
      March 8, 2016 at 12:18 pm

      Saya bersedia membantu memberi konsultasi kepada Puan Ida.
      Mohon Puan Ida hubungi saya segera di 011 1569 0082

  2. nieyna
    October 30, 2014 at 6:14 am

    Saya sekarang tengah cuba makan ubat ni.. GLA COMPLEX … Suami pun mkan ZINC COMPLEX ..harap2 lah menjadi…

    • Adilah Manaf
      November 4, 2014 at 3:06 pm

      Saya doakan menjadi. Aamiin.

  3. nor anisah
    January 29, 2014 at 1:43 pm

    saya ada masaalah fibroid 2 biji dan cys 1, masih kecil lagi. piriot normal x de senggugup. tapi saya masih belum hamil selepas setahun berkahwin.. boleh sarankan saya menggunakan produk yang mana satu sebab banyak sangat produk shaklee yang ada..

    • Adilah Manaf
      February 1, 2014 at 9:21 am

      Saya akan emel kepada puan 🙂

Leave a Reply to nieyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *