Risiko puasa ketika hamil

CELIKVITAMINKetahui risiko yang dihadapi oleh para ibu yang hamil untuk berpuasa. Dalam keghairahan kita menyambut ramadhan, lengkapkan dengan ilmu untuk mengelakkan risiko yang tak diingini. Bagi wanita mengandung yang mengalami alahan atau morning sickness, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang memberikan rukhsah atau kelonggaran bagi golongan ibu hamil ini untuk tidak berpuasa. Pertamanya bagi mereka yang menghadapi komplikasi penyakit yang kronik seperti kencing manis (diabetes mellitus),penyakit buah pinggang, tekanan darah tidak normal seperti hipertensi dan anemia ketika hamil. Ini kerana sesetengah penyakit yang disebutkan tadi, sebagai contoh diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat tepat pada waktunya bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk terjadi.

Golongan ibu hamil yang mempunyai masalah jantung, mengalami pendarahan semasa hamil serta menghadapi masalah tumbesaran bayi yang tidak normal atau terencat juga sangat tidak digalakkan untuk berpuasa. Begitu juga mereka yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah. Pada kebiasaannya ibu yang hamil disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya cecair dalam badan tidak berkuranga. Namun, bagi golongan ibu mengandung yang tidak dapat mematuhi arahan meminum air yang mencukupi iaitu sehingga 2 liter sehari turut dinasihatkan untuk tidak berpuasa. Bahkan mereka yang tidak mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat juga tidak digalakkan untuk berpuasa. Sekiranya ibu hamil menghadapi masalah kekurangan air dalam badan digalakkan untuk berbuka segera. Ini semua akan mempengaruhi keadaan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dipatuhi, bimbang akan menjejaskan si manja di dalam kandungan. Para ibu hamil boleh berwaspada dan seandainya air kencing berwarna pekat seperti teh O dan kuantiti yang sedikit maka ia memberika isyarat si ibu mengalami dehidrasi. Si ibu hamil boleh memilih sama ada untuk berbuka puasa dan mengawasi keadaan itu sendiri atau terus berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi.

Sources of Calcium

Para ibu yang mengandung perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya keadaan ibu dan anak dapat diawasi. Berterus-teranglah dengan doktor tentang sejarah penyakit dan tahap alahan anda agar doktor dapat memberikan justifikasi sama ada ibu hamil tersebut sesuai atau tidak untuk berpuasa. Barang diingat, berat badan ibu mengandung perlu sentiasa bertambah dan menaik supaya ianya akan tumbesaran kandungan kekal normal. Jika si ibu sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda risiko kehamilan, sebaiknya dapatkan nasihat pakar untuk mengetahui cara pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah. Oleh itu, itu amat kritikal buat ibu hamil untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan. Amalan pengambilan air yang mencukupi dengan mematuhi kuantiti air yang diperlukan dalam satu hari iaitu sekurang-kurangnya 2 liter. Biarpun si ibu hamil berpuasa, tiada masalah untuk mencukupkan jumlah liter air yan diambil kerana ada kaedah yang boleh diamalkan bagi melengkapkan 8 ke 10 gelas air dalam sehari itu. Rahsianya dengan memastikan anda mengambil air yang diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur iaitu cadangannya dengan minum tiga gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan tiga gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur.kurang-gula-celikvitamin

Dari segi pemakanan, pada kebiasaannya, makanan manis seperti kuih-muih menjadi pembuka juadah berbuka puasa membuatkan kita berasa kenyang. Perlu diketahui, hakikatnya makanan manis tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan. Dinasihatkan untuk mengurangkan makanan manis ketika berbuka kerana ia akan meningkatkan paras gula dalam darah dan kemudiannya turun secara mendadak lalu terjadinya simptom seperti pening-pening dan sebagainya. Makanan yang disarankan untuk berbuka adalah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur. Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur. Manan terbaik untuk bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti,

Akhir sekali, makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu mengandung perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin dan susu.

Ketahui rahsia kekal cergas walaupun berpuasa! ATAU

Tips hilangkan pening ketika hamil!

Hubungi saya untuk konsultasi percuma:

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=500 height=281 center=1 ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *