Apakah Tanda-tanda Tubuh Kita Kekurangan Vitamin dan Zat Nutrient?
KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid
MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.
PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.
KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.
MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.
LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.
Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010
Sekiranya kawan-kawan mengalami simptom-simptom di atas dan merasakan tidak mampu mengadakan kesemua nutrien yang diperlukan dalam diet harian kawan-kawan, boleh hubungi saya untuk mendapatkan panduan suplemen yang bersesuai.
Supplement NATURAL adalah pilihan saya!
Tidak kepada sintetik!
Tidak kepada yang ada pewarna!
Tidak kepada perisa tambahan!
Apakah perbezaan vitamin SEMULAJADI, vitamin ORGANIK & vitamin SINTETIK? Klik SINI.
Sila baca DISCLAIMER.
Hubungi saya:
Fb: Adilah Manaf Celikvitamin
Fanpage: http://www.facebook.com/Celikvitamin
Email: adilahmanaf@celikvitamin.com
No. Hp: 011-15690082
Shaklee Independent Distributor No 866551
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya