Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Pelancaran #iReachFit2K16 Dan Aktiviti Homeparty iReach

Posted on 2 March, 201612 June, 2017 by Adilah Manaf

Inilah salah satu sebab kenapa saya suka berada dalam kumpulan besar iReach. Pemimpin-pemimpin dalam kumpulan iReach sangat kreatif dan sentiasa hadir dengan pelbagai idea yang segar. Saya pernah menulis tentang Kalau-Anda-Ingin-Berbisnes-Shaklee-Sertai-Kami-Dan-Kami-Bongkar-Rahsia-Ireach-Untuk-Anda!. Ternyata ianya valid sampai ke tahun ini. Yeay!

Dalam muzakarah iReach (nama mesti mau ciri islamik hokay!) baru-baru ini, kami telah sebulat suara bersetuju untuk menganjur dan memperkenal pelbagai inisiatif baru dan segar untuk tahun 2016. Ini semua demi memacu pertumbuhan dan perkembangan bisnes Shaklee supaya jenama Shaklee kekal sebagai peneraju dalam dunia vitamin tanahair. Macam wakil rakyat pulak. Hikhikhik.

HomeParty iReach Sebagai Pencetus Ukhuwah Antara Pengedar Dan Pelanggan

Salah satu perkara yang kami titik beratkan adalah hubungan yang mesra antara pengedar dan para pelanggan kami. Justeru, kami anjurkan Homeparty iReach ini sebagai usaha untuk merapatkan ukhuwah antara pengedar Shaklee dan para pelanggan.

Buka itu sahaja, kami mahu ianya sesuatu yang bermakna tanpa omong-omong kosong. Kami mahu para pelanggan di luar sana tahu betapa terbaiknya produk Shaklee ini. Paling penting apa yang membuatkan ramai orang diluar sana memilih jenama Shaklee.

ATAS: Penerangan Tentang Supplemen Shaklee & Ujikaji Tindakbalas Supplemen BAWAH : Demo Bagaimana Sayur Yang Dicuci Dengan Basic H Kekal Malar Segar Untuk Tempoh Yang Lebih Lama.

Homeparty iReach ini untuk kali pertama ini diadakan di ibupejabat Shaklee, The Pinnacle, Sunway. Namun, jangan bimbang. Program ini akan diadakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak.

Pengisian aktiviti ini sarat dengan demonstrasi untuk membuktikan keberkesanan produk. Dikelolakan oleh pemimpin-pemimpin iReach sendiri.

Peserta Mendengar Dengan Penuh Khusyuk Penerangan Yang Diberikan. Steady-lah Abang Yang Dukung Anak Tu!

Sebagai pelengkap, semua peserta akan didedahkan tentang mesin Karada dan berikan peluang untuk mencuba sendiri mesin Karada ini.

Apakah bendanya mesin karada ini. Ha! Jangan tak tahu. Ia adalah mesin canggih untuk:-

  • Memberikan penerangan tentang status kesihatan seseorang individu
  • Menimbulkan keinsafan (hehe) betapa berisikonya kita untuk terdedah penyakit berbahaya
  • Membekalkan informasi tentang tubuh kekurangan nutrisi atau pun tidak.

Ramai yang mencuba mesin karada ini pada hari tersebut dan anda boleh lihat sendiri. Jelas timbulkan riak-riak keinsafan pada wajah masing-masing. Terutama apabila mengetahui usia tubuh (body-age) berbanding usia sebenar dan paras lemak dalam tubuh. 

Kelihatan Terpancar Jelas Riak-Riak Wajah Keinsafan Dalam Diri Selepas Mencuba Mesin Karada. Hihihi. Mereka Sudah Berkarada. Anda Bagaimana?

Ada yang umur 35 tapi body-age 64 tahun. Ada yang keseluruhan tubuh diselaputi oleh 60 peratus lemak! Sedangkan julat normal adalah di bawah 20 peratus. Oh-My-Gosh! Bayangkan jika anda tak tahu tentang perkara ini. Mungkin nyawa dalam bahaya!

Semua konsultasi dan pemeriksaan kesihatan yang bertaraf premium 15 bintang ini, kami sediakan secara PERCUMA sahaja dan EKSKLUSIF hanya untuk para pelanggan kami kerana kami SAAYAANG semua pelanggan kami. Chewaah!

Jika anda berminat untuk hadir aktiviti HOMEPARTY ini. Boleh isikan borang di bawah dan kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam untuk sebarang informasi.

Link: Program HomeParty iReach

#iReachFIT2k16: Pencetus Budaya Gaya Hidup Sihat Seisi Famili

Perjuangan sebenar adalah pelaksanaan kata-kata. Klise tak bunyinya?

Ini ialah inisiatif kami untuk memastikan para pengedar kami terutamanya memberikan teladan terbaik dalam membudayakan hidup sihat seisi famili. Untuk mengajak orang lain berubah dan hidup sihat, kita perlu buktikan terlebih dahulu komitmen kita. Itulah mesej yang ingin kami sampaikan kepada semua.

Master Coach Kamaruddin Mahad Memberikan Penerangan Secara Jelas Tentang Bagaimana Melakukan Senaman Dengan Cara Yang Betul. Fungsi Setiap Senaman Itu Turut Dirungkaikan. Perkara Ini Sangat Penting Bagi Memastikan Senaman Itu Efektif Dan Mengelak Sebarang Kecederaan.

Memang betul. Tidak cukup hanya dengan aktiviti homeparty semata-mata. Untuk itu kami dengan berbesar hati melancarkan pula program #iReachFIT2k16.  ini juga adalah sebagai ‘follow-up’ atau kesinambungan kepada aktiviti Homeparty iReach. 

Program ini diterajui oleh jurulatih kecergasan iReach sendiri. Objektif utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu mempromosikan budaya gaya hidup sihat seisi famili. Saya pernah menulis betapa kita sangat terdedah dengan sumber penyakit berbahaya seperti kanser.

Aktiviti Wajib Setiap Kali Selesai Majlis. Ritual Bergambar Beramai-Ramai! Kelihatan Jelas Wajah Ceria Dari Para Peserta Seusai Bersenam.

Program ini dirangka supaya kita semua dapat mengamalkan nilai-nilai hidup yang sihat dan mementingkan keluhuran moral. Pelbagai program telah diatur untuk  #iReachFIT2k16 antaranya Larian Amal, Jom Kurus Sebelum Raya!, Program Eat Clean, Detoks Parasit, Jom Cergas iReach, hiking Broga/Ledang dan sebagainya.

Ok! Jangan salah-faham. Program ini bukan sahaja menumpukan kepada akviti kecergasan individu sahaja. Kita ingin membudayakan kehidupan sihat MELIBATKAN FAMILI. 

Biasanya, program-program lain di luar sana hanya menumpukan kepada individu. Inilah kelebihan bisnes Shaklee. Kami bawa famili terlibat sekali dalam semua aktiviti. Pendek kata, kalau ibubapa panjat Bukit Broga, anak-anak akan ikut sekali supaya mereka terdedah dengan budaya hidup sihat tanpa dadah ini di peringkat rebung lagi. Kita mahu memupuk nilai-nilai kekeluargaan dan habiskan masa berkualiti bersama-sama.

Jom Semua! Jadikan Shaklee Sebagai Jenama Supplemen No. 1 Famili Anda!

Bagi yang masih belum mencuba kehebatan dan keunggulan produk Shaklee, inilah masa yang sesuai untuk anda cuba. Ramai para pelanggan kami yang setia dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya kerana ianya semulajadi, selamat dan berkesan! 

Sekadar peringatan, pilihlah pengedar yang bertanggungjawab dan bertauliah yang mampu membimbing dan memberikan panduan kepada anda untuk mendapatkan manfaat optimum.

Jika anda berminat untuk menjadikan bisnes Shaklee sebagai punca pendapatan sama ada sambilan atau sepenuh masa. Pilihlah kumpulan yang mampu memberikan sokongan, inisiatif dan latihan padu sehingga anda juga mampu melakar sejarah sebagai Master dalam Shaklee Malaysia.

Kami berada dalam kumpulan yang betul. Anda pula bagaimana?  

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2025 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb