Apa Maksud Detoks Untuk Buang Toksin Dari Tubuh?

Dalam zaman moden ini, pelbagai cabaran kesihatan perlu dihadapi oleh kita. Saban tahun, kerakusan manusia meneroka hutan tanpa kawalan, kononnya atas nama pembangunan menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Begitu juga sampah-sarap yang memenuhi sungai mengganggu ekosistem. Pencemaran berleluasa tanpa terkawal sehingga mengancam kesihatan tubuh!

Ini antara penyebab bagaimana tubuh terdedah kepada ancaman toksin yang mengancam nyawa!

Kita Hidup Dalam Dunia Yang Sangat Beracun!

Tahukah anda, kita semua hidup dalam dunia yang sangat beracun dan penuh pencemaran. Racun atau toksin ini tersebar melalui beberapa saluran dalam tak kita sedari memasuki tubuh. Kita rasa kita sihat tetapi sebenarnya tubuh kita sangat terdedah kepada toksin.

Pencemaran udara sepertu jerebu meningkatkan risiko untuk kita diserang dengan penyakit lelah, masalah pada saluran pernafasan, iritasi pada mata dan kulit. Paling menakutkan racun toksin yang memasuki tubuh ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas.

5 Saluran Utama Toksin Yang Memasuki Tubuh

Seperti yang telah dinyatakan, tanpa disedari sebenarnya kita sangat terdedah kepada toksin yang sentiasa bersedia untuk menjejaskan kesihatan. Ada 5 saluran utama yang menjadi ‘highway’ utama racun dari persekitaran ini memasuki badan tanpa secara percuma tanpa perlu membayar tol!!

 

1.0 UDARA

Kontaminasi udara yang selalu terjadi hasil dari pembakaran terbuka seperti jerebu menyebabkan masyarakat kita mudah untuk dijangkiti penyakit semput, mata dan kulit diserang gatal-gatal, saluran pernafasan dijangkiti virus dan fungsi paru-paru terjejas.

2.0 AIR

Toksin juga memasuki tubuh melalui sumber air. Hujan asid, sisa dari tanah tercemar dan pelupusan sisa perkumuhan secara besar-besaran menyebabkan air tercemar. Air paip ke rumah kita juga berisiko tinggi mengandungi bahan kimia serta unsur besi yang berbahaya. Kesannya kepada kesihatan termasuklah kerosakan organ dalaman dan terbantutnya tumbesaran.

3.0 PEMAKANAN

Kita juga yang sering meracuni tubuh dengan memilih untuk makan makanan diproses, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Malah, racun serangga yang mengandungi bahan kimia dan toksin yang disembur pada sayur dan buah juga biasanya terhidang di depan mata untuk dimakan.

4.0 TUBUH BADAN KITA

Saban hari, tubuh kita sebenarnya menghasilkan toksin. Selaras dengan fungsinya untuk menjana tenaga bagi melaksanakan rutin seharian, bersenam atau aktiviti lain. Tekanan dan bebanan ini menyebabkan badan kita menghasilkan toksin dengan sendiri.

5.0 GAYA HIDUP

Gaya hidup tak sihat kita seperti merokok, minum arak berlebihan dan diet tak seimbang juga menjemput kehadiran mereka memasuki tubuh. Pendek kata, kita sebenarnya yang memilig untuk meracun tubuh kita sendiri dan mengakibatkan toksin menjadi lebih banyak dari sepatutnya.

Tubuh Kita Melakukan Detoksifikasi Setiap Masa

Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.

Paru-Paru – membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

Sistem Limpa – beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

Buah Pinggang – membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.

Sistem Penghadaman – meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

Tubuh Ibarat Ferrari Yang Perlu Di Servis Bila Tiba Masanya

Kalau tubuh boleh melakukan detoks dengan sendiri, jadi kenapa kita perlu melakukan detoks?

Perkara yang kita wajib tahu ialah dengan pengambilan nutrisi yang cukup, sistem tubuh akan lebih bertenaga dan kuat untuk kekal cergas, minda akan lebih fokus dan berat badan akan turun. Anda semakin kurus dan tampak lebih kacak, cantik, sihat dan segar!

Umpamakan diri kita seperti sebuah kereta ferrari yang hebat bergaya dan memerlukan minyak sebagai tenaga penggerak. Selepas beberapa ketika, sehebat mana pun ferrari itu tetap perlu diservis. Ada ‘part’ rosak yang perlu diganti, minyak hitam perlu ditukar, tayar botak perlu diganti bagi terus mengekalkan prestasinya ditahap optimum.

Samalah seperti tubuh kita, toksin akan memenuhi tubuh sekiranya kita tidak ‘servis’ tubuh dengan melakukan detoksifikasi dan kesihatan akan terjejas. Semakin banyak toksin dalam tubuh, semakin cerah peluang kita untuk diserang penyakit. Sistem tubuh dan organ berisiko tinggi untuk terganggu.

Kini kita dah tahu tentang detoks ini mustahak untuk tubuh terus berada dalam kesihatan yang optimum. Oleh itu, insaflah wahai umat! Jangan berhenti setakat ini sahaja.

Cabar diri sendiri untuk membaca tentang:

Detoks Cara Shaklee Yang Terbukti Berkesan, Selamat Dan Menyihatkan!

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk sebarang kemusykilan: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge