Vitamin Dan Supplemen Lengkap Untuk Ibu Hamil

Ibu yang hamil perlu mengamalkan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga untuk anak  dalam kandungan. Oleh itu, para ibu hamil sewajarnya menjaga pemakanan dengan makan mengikut keperluan dari seawal usia kandungan bagi memastikan berat badan dan kandungan adalah seimbang. Pengambilan vitamin dan supplemen yang lengkap bernutrisi perlu dititikberatkan. Tumbesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan juga bergantung kepada pola pemakanan ibu hamil tersebut.

fetus-celikvitamin

Kadar peningkatan berat badan yang sihat bagi seorang ibu hamil adalah 12.5 kilogram iaitu sepanjang tempoh hamil. Justeru, bagi mencapai berat badan yang ideal ini, si ibu disarankan untuk naik berat badan pada julat 0.5 kilogram atau 500 gram sahaja setiap bulan sepanjang 5 bulan pertama tempoh kehamilan. Namun begitu, amaun itu perlu naik pada kadar 500 gram setiap minggu bermula selepas tempoh 5 bulan pertama sehingga tiba waktu bersalin. Ini penting bagi memastikan si ibu dan anak mendapat nutrisi yang secukupnya bagi tumbesaran normal.

Menurut seorang pakar pemakanan di Malaysia, Puan Nor Lizawati Che’ Lah, ibu hamil tidak perlu memikirkan untuk memotong tahap kalori yang biasa diambil kerana bimbang akan mengganggu nutrisi lengkap yang diperlukan untuk perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan. Menurutnya lagi, si ibu tidak perlu ‘skip’ makanan dan jika si ibu mempunyai tabiat melambatkan sarapan pagi, ia boleh menjadi faktor si ibu penat dan gementar ketika hamil dan menyebabkan si ibu makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, si ibu boleh mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetap kerap sepanjang hari.

Di samping itu, i

bu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari individu lain. Kandungan nutrisi juga harus selari dengan keperluan bagi memastikan si ibu mengikut berat badan yang disarankan. Atas sebab inilah, si ibu yang hamil diberikan supplemen. Ini bukan sahaja untuk tumbesaran dan kebaikan kandungan tetapi juga menghindarkan risiko semasa bersalin.

andungan khasiat juga harus selari dengan keperluan supaya bakal ibu sentiasa dalam keadaan berat badan yang ideal serta mengikut berat badan yang disarankan. Nutrisi yang penting untuk ibu dan bayi ialah vitamin E, C, A, B12, asid folik, kalsium dan zat besi boleh didapati dalam makanan harian.

Vitamin A dapat membantu perkembangan sel, merangsang sistem imuniti dalam badan dan perlu dalam pembentukan hormon. Vitamin A juga membantu tumbesaran bayi membabitkan kulit bayi, mata, jantung, saluran kencing dan pembentukan organ serta membantu pertumbuhan tulang bayi. Kekurangan vitamin A pula boleh menyebabkan anak lahir cacat dan boleh mengganggu penglihatan si bayi

Vitamin B12 berfungsi menggalakkan pembentukan sel darah merah untuk bayi dan ibu. Kandungan nutrisi itu berfungsi membantu penyelenggaraan sistem saraf pusat yang boleh diperoleh daripada susu, sumber tenusu, daging dan ikan.

Vitamin C – Bagi membina plasenta yang kuat serta mempromosi pembentukan gusi, tulang, sendi dan gigi bayi. Vitamin tersebut boleh didapati pada buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, paprika hijau, strawberi dan tomato.

Vitamin D juga sangat penting bagi penyerapan kalsium ibu dan bayi. Ia terdapat dalam keju, mentega, marjerin dan juga bijirin.

Vitamin E yang boleh didapati dalam kekacang, jagung, sayuran dan gandum dikatakan dapat membantu mencegah keguguran serta kemampuan untuk menyembuhkan tisu kulit rosak .

Asid folik dalam kekacang dan buah sitrus juga mampu memberi kebaikan kepada ibu dan bayi kerana membantu pertumbuhan sel dan perkembangan embrio. Untuk bayi pula asid folik berfungsi mengembangkan sistem saraf pusat pada awal kehamilan, selain membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang si bayi.

Zat besi dapat menyokong wanita hamil menambahkan volum darah selain membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah ibu dan bayi.

Kalsium juga dapat membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat kepada ibu serta janinnya. Kurangnya kalsium boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot dan mungkin boleh mendapat osteoporosis. . Bayi berpotensi untuk mendapat kecacatan saraf sementara kekurangan kalsium pula boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot.

Kesimpulannya, pemakanan begitu penting bermula di awal usia kehamilan. Si ibu perlu memastikan setiap makanan yang dinikmati bukan saja untuk diri sendiri sebaliknya boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Namun begitu, adalah sukar untuk ibu yang bekerjaya untuk mendapatkan nutrisi secara optimum dari pemakanan sehariannya. Oleh itu, sebagai vitamin tambahan bagi memastikan ibu mendapat nutrisi yang lengkap boleh mencuba kombinasi supplement Shaklee untuk ibu mengandung. Sejajar dengan itu, ibu hamil juga tidak seharusnya bulat-bulat bergantung kepada vitamin tambahan sahaja kerana fungsinya sebagai pelengkap. Ibu hamil wajib menjaga pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi seperti yang disarankan di atas.

set-mengandung-pantang-shaklee-celikvitamin


signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

4 comments for “Vitamin Dan Supplemen Lengkap Untuk Ibu Hamil

  1. January 14, 2015 at 7:09 am

    Semasa mengandung dulu, Folic Acid yang doktor beri memang saya paksa telan pada permulaan yang akhirnya saya simpan sampai tamat tempoh. Sebab nya ada perasaan tidak boleh terima tablet tu. Terima kasih beri info ni. dapat juga idea nak cari ganti supplement folic Acid nanti. Thanks for the info.

    • Adilah Manaf
      January 28, 2015 at 3:45 am

      welcome 🙂

  2. August 16, 2013 at 8:25 pm

    Dulu saya pernah menulis mengenai hal nie.. tapi time tu x cukup maklumat…
    artikel nie benar2 menjelaskan isu mengenai hal nie..
    terima kasih atas penulisan awak…

    • Adilah Manaf
      August 18, 2013 at 3:02 pm

      welcome dear.

Leave a Reply to Promosi Jubah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *