Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Masalah Keletihan – Tips Sihat Ceria https://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 Tips Atasi Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga https://www.celikvitamin.com/v2/tips-atasi-keletihan-penat-kurang-bertenaga/ https://www.celikvitamin.com/v2/tips-atasi-keletihan-penat-kurang-bertenaga/#respond Fri, 19 Jul 2013 04:02:45 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1334 Read more →

]]>
fatigue celikvitaminMasalah keletihan, cepat penat dan kurang bertenaga adalah sinonim dengan golongan dewasa yang bekerjaya. Lebih-lebih lagi jika usia semakin menginjak lebih dewasa. Saban hari masalah letih, penat dan kurang bertenaga ini semakin lama semakin kronik. Ada yang sehingga memberikan kesan kepada prestasi kerja malah lebih sedih lagi bila balik ke rumah tidak dapat melayan anak-anak dan isteri kerana terlalu penat, mahu berehat dan masuk tidur awal. Masalah cepat letih ini jika tidak ditangani dengan sempurna akan mendedahkan diri kepada risiko serangan penyakit. Apa tips yang boleh diamalkan untuk atasi keletihan, penat dan kurang bertenaga ini?

Hakikatnya, ada pelbagai tips atau petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Perkara asasnya, anda perlu tahu bahawa sebenarnya pengurusan tubuh ini memang berkait rapat dengan diet yang anda amalkan. Jika anda faham konsep ini, anda akan tahu masalah ini akan selesai hanya dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan tubuh.

Justeru, di sini penulis ingin berkongsi dengan pembaca, 4 jenis makanan yang boleh membantu mengatasi masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga:

Oatmeal atau mil oat

oat celikvitamin

Oatmeal atau mil oat lebih dikenali sebagai makanan super kerana keberkesanannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Justeru itu, ramai pengamal perubatan dan ahli nutrisi menyarankan para pesakit kencing manis untuk makan oat. Ini untuk membantu mengawal kadar gula darah supaya berada di paras normal. Kandungan serat yang tinggi dalam oat merupakan satu keperluan yang kritikal bagi pesakit diabetes. Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.

 Yogurt

Teksturnya lembut yogurt memudahkannya untuk diproses dengan cepat oleh tubuh dan ditukar menjadi tenaga jika dibandingkan dengan makanan padat lain. Ramuannya yang terdiri dari probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang membantu menguatkan ekosistem usus supaya kekal sihat. Probiotik melindungi usus dari pathogen dan membantu tubuh dari diserang bakteria berbahaya.

yogurt celikvitamin

Kajian terbaru dari Universiti Toronto memberikan menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Bayam

Bayam sangat kaya dengan kandungan nutrient penting yang sangat membantu menghilangkan kepenatan. Bayam juga tidak hanya menjadi sumber utama bagi zat besi malah mengandungi magnesium dan kalium yang tinggi. Zat besi adalah nutrien yang memainkan peranan secara langsung dan penting bagi melenyapkan keletihan. Antara faktor yang menyebabkan keletihan adalah kadar zat besi yang rendah dalam tubuh sama ada dari aspek fizikal dan metal serta anemia.

bayam celikvitamin

Kekacang dan biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

kekacang celikvitamin

Supplemen dan Vitamin yang Membantu Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga:

Cubalah kombinasi supplemen seperti berikut:

Vitalea Iron Formula

B-Complex

Vitamin C

Ostematrix (Calcium-Magnesium)

Energizing Soy Protein

Supplemen ini sangat sesuai diambil oleh Ibu Mengandung & Ibu Menyusu serta sesiapa sahaja baik lelaki mahu pun perempuan. Jangan Bimbang! Ianya semulajadi,selamat dan mendapat endorsement dari FDA.

Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.

Bila anda sihat, orang yang sayang disekeliling anda juga bahagia! Bagi yang sudah berumahtangga, pasti suami anda akan terkejut kerana anda kekal bertenaga sepanjang hari! Semakin hari para suami semakin sayang!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/tips-atasi-keletihan-penat-kurang-bertenaga/feed/ 0
Fenomena ‘kena tindih’ dari kajian saintifik https://www.celikvitamin.com/v2/fenomena-kena-tindih-dari-kajian-saintifik/ https://www.celikvitamin.com/v2/fenomena-kena-tindih-dari-kajian-saintifik/#comments Thu, 18 Jul 2013 06:23:48 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1294 Read more →

]]>
Kita seringkali membaca atau mendengar pengalaman menggerunkan sama ada dari bahan bacaan atau dari pengalaman dari teman-teman kita sendiri tentang fenomena ‘kena tindih’ sewaktu tidur. Malah, ada antara kita yang pernah mengalami sendiri pengalaman ‘kena tindih’ sewaktu tidur.

Mengikut kepercayaan masyarakat, pada kebiasaannya fenomena ‘kena tindih’ ini seringkali dikaitkan dengan gangguan dari makhluk halus.

Namun begitu, pernahkah kita terfikir apakah penjelasannya fenomena ‘kena tindih’ ini dari perspektif sains? Tentu ada kajian yang pernah dibuat. Apakah sebabnya dan bagaimana mengatasinya? 

Apakah Sebenarnya Yang Berlaku?

Mengikut pemahaman masyarakat, fenomena kena tindih ini terjadi apabila seseorang individu itu tidak dapat menggerakkan seluruh tubuh dan kadang-kadang seperti terasa ada ‘sesuatu’ beban yang ditindih di atas tubuh sehingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh dan tak boleh bergerak walaupun menggerakkan hujung jari! Ada sesetengahnya dikatakan melihat makhluk-makhluk halus yang menindih tubuh mereka. Jujurnya kalau ditanya sesiapa yang membaca artikel ini, pasti ada yang pernah mengalaminya.

Daripada kajian tentang fenomena ini, fenomena ‘kena tindih’ ini dari segi saintifiknya dinamakan sebagai “sleep paralysis” atau pun istilah melayunya adalah “lumpuh dalam tidur”. Keadaan ini terjadi apabila seseorang itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak dapat menggerakkan tubuh buat sementara.

Keadaan lumpuh sementara ketika tidur ini biasanya terjadi ketika 2 keadaan iaitu bila mana transisi kita dari sedar dan mula mahu tidur (hypnagogic paralysis) atau pun bila mana kita baru-baru hendak terjaga dari tidur yang lena (hypnopompic paralysis).

Dalam keadaan normal, manusia akan mengalami beberapa peringkat tidur. Bila tubuh mula masuk ke peringkat REM (Rapid Eye Movement) iaitu tidur yang nyenyak (peringkat ini bebola mata manusia bergerak-gerak). Otak akan memberikan isyarat kepada tubuh agar berehat dan “switch off”. Jadi, tubuh kita akan “switch off” untuk tidur. Dalam pada itu, otak manusia juga seperti tubuh, ada butang “switch off” yang dipanggil sebagai Reticular Activating System (RAS). Justeru, bila otak kita sudah “switch off” tubuh kita selepas itu otak akan “switch off” RAS ini.

Selepas peringkat ini, tubuh badan manusia akan berada dalam keadaan yang dipanggil fungsi automatik (automatic function) iaitu hanya organ seperti jantung sahaja yang berdegup untuk pernafasan. Diibaratkan, kalau komputer, pada masa ini dalam keadaan ‘hibernate’ dan hanya ‘screen saver’ yang muncul di skrin komputer.

hibernatewinB

Seterusnya, apabila kita bangun dari tidur, RAS ini akan di ‘switch on’ kembali dan kita dalam keadaan sedar sepenuhnya TETAPI kadang-kadang otak tidak memberikan isyarat kepada tubuh untuk ‘switch on’ kembali dan bangun dari lena menyebabkan tubuh kita berada dalam keadaan lumpuh seketika iaitu sebelum otak kembali ‘switch on’ badan kita.

Memang agak menakutkan keadaan ini tetapi itulah hakikatnya dari segi sains. Keadaan paralisis itu tidak semestinya terjadi sepenuhnya, ada masanya hanya sebahagian sahaja. Dalam sesetengah kes, ada individu yang boleh menggerakkan ibu jari walaupun tubuh lumpuh seketika.

Paling terbaiknya, kadangkala ‘sleep paralysis’ ini datang dengan pakej halusinasi sama ada dalam bentuk audio (dengar bunyi pelik-pelik) atau visual (lihat benda bukan-bukan) mahu pun tactile (deria sentuhan terasa ada sesuatu menindih).

Antara penyebab yang boleh mencetuskan keadaan ‘sleep paralysis’ ini termasuklah

  • Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
  • Jadual tidur yang tak menentu (irregular sleep clock)
  • Tidak cukup waktu tidur (sleep/rest deprivation)
  • stress yang difikirkan dalam otak seperti masalah keluarga atau kewangan.
  • Pertukaran gaya hidup secara mendadak. Contohnya  aktiviti harian tak banyak fizikal seperti duduk pejabat sahaja tetapi besoknya aktiviti fizikal yang mendadak seperti mendaki gunung atau kayuh basikal 100 Kilometer!
  • Orang yang ader penyakit narcolepsy

Langkah pencegahah yang boleh dilakukan

Walaupun banyak faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mengalama ‘sleep paralysis’, ianya boleh dielakkan dengan melakukan kecil kepada gaya hidup iaitu dengan mengekalkan jadual tidur yang tetap dan mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi bebas dadah untuk mendapat tidur yang nyenyak, seseorang itu boleh mengurangkan peluang mengalami fenomena ‘kena tindih’ ketika tidur. 
Beberapa kajian menunjukkan fenomena ‘sleep paralysis dan ‘insomnia’ dikaikan dengan kekurangan MAGNESIUM. Magnesium ini adalah mineral yg membantu otot dan saraf kita lebih untuk lebih tenang sekaligus tidur dengan lebih lena.
Bagi orang yang lebih berusia, menurut kajian juga penambahan supplemen magnesium memberikan impak kepada peningkatan kualiti tidur iaitu dengan mengurangkan paras hormon kortisol yang mengganggu untuk tidur yang lena. 

Pada kebiasaannya, pakar-pakar kesihatan akan menyarankan agar anda mengambil segelas susu sebelum tidur untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti. Bagi anda yang selalu mengalami masalah ditindih atau sleep paralysis ini mahupun anda yang mengalami insomnia, anda mempunyai pilihan untuk tidur yang lebih lena dengan mengambil supplemen semulajadi bebas dadah keluaran Shaklee iaitu Ostematrix.

Menurut kajian oleh James Penland dari Human Nutrition Research Centre di North Dakota, pemgambilan diet yang mempunyai magnesium yang tinggi dan aluminium yang rendah akan meransang tidur yang lebih lena. Namun, perlu diingat pengambilan magnesium dan kalsium perlu seiring dan seimbang bagi memberikan kesan kesihatan optimum kepada setiap individu. Justeru, kalsium dan magnesium ini perlu di ambil bersama-sama untuk hasil yang optimum.

Ostematrix celikvitamin

Anda juga boleh mengambil minyak ikan terbaik Shaklee iaitu Omegaguard sekiranya anda ada asthma yang mengganggu tidur lena anda. Bukan itu saja, ia membuatkan badan yang cergas dan otak yang cerdas.

Jika anda ada lebihan wang yang disimpan untuk membeli kasut baru, apa kata kali ini anda laburkan untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan kesihatan yang lebih baik?  Anda perlu terus kekal sihat dan cergas untuk keluarga tersayang!
 
 Sekiranya anda mempunyai kemusykilan hubungi saya untuk konsultasi percuma.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=400 height=225 center=1 ]

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/fenomena-kena-tindih-dari-kajian-saintifik/feed/ 1