Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Breastfeeding/ Penyusuan Ibu/ Ibu Menyusu – Tips Sihat Ceria http://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.26 Tips Persediaan Puasa Ibu Menyusu http://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/ http://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/#respond Wed, 05 Jun 2013 11:30:57 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1249 Read more →

]]>
Breastfeeding celikvitaminSemasa saya habis berpantang, saya juga seperti ibu-ibu di luar sana yang pertama kali berpuasa selepas berpantang sambil menyusu anak. Mampukah saya berpuasa sambil menyusu anak? Dulu berpuasa fikir tentang suami dan diri sendiri sahaja. Kalau makan pun untuk diri sendiri. Tetapi kali ini saya perlu fikir untuk anak yang menyusu badan juga. Apakah persediaan yang saya boleh buat untuk menghadapi bulan ramadhan al-mubarak yang bakal menjelang?

Perintah berpuasa itu wajib ke atas setiap umat Islam. Biar pun begitu, ada rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada golongan ibu untuk tidak berpuasa bergantung kepada keadaan ibu dan bayi yang membolehkannya untuk tidak berpuasa. Namun, alangkah indahnya, jika bulan ramadhan kali ini, kita dapat berpuasa seperti orang lain, beribadah di malam hari, bertadarrus bersama suami tanpa rasa bimbang takut-takut tubuh tidak cergas, lemah dan susu ibu pula kurang.  Hakikatnya ibu selepas melahirkan zuriat mampu berpuasa asalkan dia mengatur diet yang seimbang bagi memastikan pengeluaran susu badan tidak merudum.

Sources of Calcium

Para ibu disarankan membuat jadual pemakanan yang sistematik dan efektif dengan mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat supaya si ibu dan anak konsisten mendapat sumber nutrisi yang diperlukan. Amalan sahur yang betul adalah wajib bagi para ibu yang menyusu anak. Ini kerana jika tidak bersahur ia akan mendatangkan gejala hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam badan menyebabkan tubuh menggeletar, denyutan nadi pantas, rasa cemas, tubuh, lemah, rasa loya-loya serta muntah-muntah. Kondisi akan lebih teruk sekiranya wujud simptom berikut iaitu sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, mudah terganggu, kurang fokus, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Oleh itu, para ibu yang baru lepas berpantang dan menyusu anak perlu memastikan diri sendiri patuh kepada jadual yang telah ditetapkan tadi bagi menghindari diri dari gejala hipoglisemia.

Tips yang membantu untuk para ibu:

  •  Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa dan bertawakallah banyak-banyak kepada Allah SWT.
  • Bersedia dari segi fizikal dan mental

Teruskanlah azam anda untuk menyusu anak kerana susu ibu adalah yang terbaik. Namun, sekiranya anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa dan menyusu anak maka dinasihatkan untuk berbuka agar tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Justeru, pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Simptom-simptom dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :

  • Terasa ingin pitam terutamanya selepas sesi mengepam dan menyusu anak.
  • Sakit kepala dan rasa seperti hendak demam.
  • Air kencing bertukar pekat dan berbau kuat.
  • Tekaka loya dan rasa ingin muntah.
  • Tubuh menggigil.
  • Tubuh terasa lesu dan otot sakit.
  • Emosi tak stabil dan mudah marah.

Masalah dehidrasi ini boleh dihindari sekiranya anda mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kapasiti cecair yang banyak. Tubuh memerlukan kadar minimum 2 liter air sehari bagi menjamin keseimbangan bendalir tubuh.

set-berpuasa-ibu-menyusu-celikvitamin

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana memastikan susu anda tidak merudum walaupun berpuasa boleh teruskan membaca artikel Persediaan puasa untuk ibu menyusu dengan Set Pilihan Shaklee.

Ketahui juga rahsia ibu menyusu kekal cergas dan tangkas walaupun berpuasa dengan meluangkan masa untuk membaca artikel Kebaikan Mighty 3 Gems untuk anda kekal cergas walaupun puasa!

mighty-3-gems-shaklee

Untuk sebarang konsultasi dan perkongsian secara percuma, Boleh hubungi saya!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=400 height=225 center=1 ]

Sumber : Majalah Pa&Ma

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/feed/ 0
Testimonial Produk Shaklee Breastfeeding Set http://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-produk-shaklee-breastfeeding-set/ http://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-produk-shaklee-breastfeeding-set/#respond Sun, 26 May 2013 14:32:29 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1156 Read more →

]]>
Dalam artikel saya sebelum ini, saya pernah berkongsi dengan anda kebaikan Shaklee Breastfeeding Set dan saya juga pernah menyatakan Shaklee Breastfeeding Set ini adalah pilihan utama ibu yang menyusu anak dan menjadi ‘top selling’ dalam carta jualan Shaklee saya. Namun, ianya tidak akan lengkap tanpa saya berkongsi testimonial Shaklee breastfeeding Set ini dengan para pembaca semua. Mustahak bagi saya untuk berkongsi testimonial Shaklee Breastfeeding Set ini untuk membuka hati para pembaca yang pertama kali melayari blog saya.

testimonial

Sebelum kita teruskan, sayugia diingatkan kepada pembaca budiman seperti yang pernah saya ulas dalam artikel ‘Benarkan Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplemen‘ bahawa Shaklee Breastfeeding Set ini bukanlah pil ajaib untuk menjadikan seseorang ibu itu ‘ada susu’ semata-mata namun ianya sebagai pendorong secara holistik atau ‘booster’ melangkau jauh dari sekadar menambah susu ibu.

Mari kita teruskan dengan sesi testimonial Shaklee Breastfeeding Set kita. Saya terbaca ada 2 kali nama saya disebutkan dalam posting di sebuah blog kepunyaan salah-seorang pelanggan saya iaitu Puan Aini. Dalam posting pertama beliau iaitu Shaklee, dia tolong buat promosi set breastfeeding Shaklee ini dalam blog dia secara percuma! Terima kasih! Hikhikhik.

testimonial-shaklee-celikvitamin-2

 Ini testimonial semasa dia awal-awal ambil produk Shaklee Breastfeeding Set ini. Bagi yang tak berapa jelas, saya ‘quote’ semula sedutan artikel Puan Aini.

Alhamdulillah…sekarang saya dah mula makan vitamin dari Shaklee..Dengan harapan kesihatan saya akan pulih dan bertenaga semula. Sejak akhir-akhir ni saya sedar yang badan saya kerap letih dan tak bertenaga. Paling membimbangkan, saya dah mula skip makan tengahari…Yela, dengan bebanan kerja yang tak menentu telah menyebabkan saya skip makan. Walaupun jadual mengepam saya masih konsisten tapi terfikir pulak takut mengalami masalah kurang susu pulak. Yela, untuk ibu yang menyusukan adalah WAJIB untuk makan dan tak boleh skip makan ni…saya pun dah mula risau & sedikit stress..sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti susu yang dipam…

Dulu, kalau pam sesi pagi saya boleh dapat dalam 5 Oz..tapi sekarang kadang2 je dapat 5 Oz..kebanyakannya cuma dapat 2-3 Oz je….macam-macam bermain kat otak ni..saya kena teruskan penyusuan ni…itu memang niat saya sejak mengandungkan azuin lagi….
Jadi lepas berfikir dan tengok testimoni-testimoni dari pengguna-pengguna Shaklee, terus terdetik nak cuba..apa salah mencubakan…terus saya bukak ‘inbox’ dalam facebook..pernah dapat email dari ‘Nur Adilah’…msj dia bagi tu masa saya tengah mengalami masalah susu merudum masa ‘period’…terus msj dia dan tanya pasal Shaklee ni…lepas chit-chat dengan Adilah, saya pun buat keputusan!!
Banyak set-set yang ditawarkan mengikut kepentingan si ibu….Set B, Set E, Set 3M la…tapi untuk permulaan ni saya nak cuba dulu…nanti baru top-up mana-mana produk yang berkenan dihati…
Yes! Saya amik Set E (Fullpack Set B & Ostematrix) 
Dalam posting kedua, iaitu lebih kurang dua bulan selepas itu, beliau berkongsi apakah hasilnya selepas beliau mengambil keputusan untuk mencuba Shaklee Breastfeeding Set. Alhamdulillah, hasilnya sangat memberansangkan. Biarlah testimonial beliau menceritakan semuanya.
testimonial-shaklee-celikvitamin-1
Memang agak mencabar terutama si kecil ni masuk ke satu tahun….susu kurang la yang saya selalu hadapi…terutama masa ‘period’….mula-mula saya ok lagi…tapi lama-lama dah jadi risau pulak…
Jadi, saya pun cuba la produk Shaklee….sebab masalah susu kurang masa period dan saya jugak selalu ‘skip’ makan….takut tak cukup zat pulak dan saya keletihan…itu la tujuan saya pilih Shaklee…
Sebelum ni memang saya tak amalkan apa-apa ‘supplement’ pun…bergantung pada pemakanan je….lepas tolak tambah bahagi darab…..hehehe, saya pun cuba Shaklee….dengan bantuan Adilah CelikVitamin, saya pun cuba Shaklee Set E…..
Hasilnya, sangat puas hati….
*Terasa semakin segar dan tak keletihan ketika bekerja
*Susu pun tak berkurang terutama semasa ‘period’
*Susu ada sikit pekat…kalau lepas makan alfalfa tu mesti susu kaler hijau-hijau sikit…..
*Azuin pun minum sekejap je…mungkin cepat kenyang kot….
Lepas sebulan guna Set E ni…saya cuba Energy Soy Protein (ESP)….yummy!!!
Saya minum sekali sehari setiap pagi sebelum pergi kerja…dalam pukul 6 pagi macam tu…..campur 3 sudu dalam 200ml air…pekat dan lazat…..
Sangat ‘yummy’…..Jadi, pagi saya jadikan ESP ‘my early breakfast’….sementara tunggu pukul 10.30pg untuk minum pagi…
Kesan pada susu, saya tak pasti pulak…sebab susu banyak lebih kurang makan Set E je….tapi yang saya suka sebab bagi saya tenaga la….
Yela, ibu menyusu ni kerap rasa lapar & letih….

 Video Testimonial Set Breastfeeding Shaklee Ini Pernah Menjadi Viral 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari mendapat ‘feedback’ positif seperti ini. Niat saya yang pertama adalah berkongsi kebaikan tentang kesihatan yang lebih baik.

Ada golongan ibu yang menyatakan bahawa dia tidak perlu ‘milk booster’, tidak perlu minum air berliter-liter, tidak perlu menyimpan stok susu kerana susunya sentiasa cukup. TETAPI, jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH kerana Allah SWT telah memberikan anda kemudahan tanpa sebarang masalah untuk menyusu anak. Susu anda banyak hingga tak perlu buat stok.

Pengalaman saya sebagai seorang Shaklee Independent Distributor, telah dihubungi oleh ramai ibu-ibu yang bercerita pelbagai kisah tentang kesedihan mereka kerana terlalu ingin menyusu anak seperti ibu menyusu yang lain tetapi bermasalah seperti susu berkurang, susu hampir tiada, kelemahan fizikal ibu, faktor sekeliling yang tidak membantu dan sebagainya. Kadang-kadang saya hampir menangis kerana tak tahan mendengar cerita ibu-ibu ini kerana saya pernah berada dalam situasi mereka.

JADI, bersyukurlah wahai para ibu yang tidak bermasalah dan berbaik-sangkalah kepada para ibu yang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak tersayang dan juga untuk kesihatan serta kecergasan diri sendiri!

Walaupun ramai ibu yang berjaya menyusukan anak tanpa masalah, tapi di luar sana lebih ramai ibu-ibu yang memerlukan pertolongan.

Jika anda ibu-ibu yang mengalami masalah seperti Puan di atas, boleh hubungi saya untuk mencuba!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=400 height=225 center=1 ]

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-produk-shaklee-breastfeeding-set/feed/ 0
Vitamin Untuk Ibu Menyusu Di Bulan Puasa http://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/ http://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/#respond Mon, 20 May 2013 01:29:48 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1100 Read more →

]]>
Menyusukan anak di bulan puasa merupakan satu cabaran yang hebat bagi insan yang bergelar ibu. Terutamanya, buat ibu menyusu yang pertama kali merasai pengalaman menyusu anak di bulan puasa. Bagi ibu yang berpengalaman dan tahu tips yang tepat biasanya tiada masalah untuk memastikan susu tetap konsisten. Malah ada ibu yang berpuasa stok susu badan tetap main bertambah. Dalam konteks artikel ini, ada ibu yang mengalami masalah, penghasilan susu merudum atau susu badan semakin kurang dan adakalanya kelihatan seolah-olah telah kering.KESUBURAN

Pertamanya, bagi para ibu yang mengalami masalah ini, anda tidak perlu panik dan mudah berputus asa. Ada pelbagai teknik dan kaedah bagi mengatasi situasi ini. Pendek kata, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

  • Dalam Islam, para ibu yang menyusu anak dan bimbang memudaratkan anaknya bila kadar susu merudum, anda diberikan ‘rukhsah’ iaitu kelonggaran untuk berbuka puasa. Dalam kes ini melibatkan stok susu EBM pun tiada.
  • Keduanya, anda boleh menambah sesi mengepam susu pada waktu malam dan siang.
  • Mengamalkan petua dan diet yang tertentu seperti makan kurma, minum air zam-zam dan seumpamanya.
  • Mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi untuk membantu tubuh kekal cergas semasa menyusu anak.

Terpulang kepada pilihan para ibu masing-masing kerana perkara yang paling mustahak adalah anak yang tersayang mendapat susu ibu yang secukupnya dan berkhasiat di bulan ramadhan al-mubarak.

Semenjak sebelum bulan puasa menjelang tiba lagi, ramai para ibu yang mencari Shaklee Breastfeeding Set*. Set cadangan penyusuan susu ibu ini disarankan bagi memenuhi keperluan ibu menyusu. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat manfaatnya dan susu badan bertambah setelah pengambilan set ini.

Termasuklah pengalaman peribadi penulis sendiri!

Berita baiknya pengambilan vitamin ibu menyusu ini bukan terhad untuk bulan puasa sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah susu badan kurang pun anda tetap disarankan untuk mengambilnya sama ada puasa atau tidak.

Apakah dalam set cadangan penyusuan ini? Berikut disertakan suplemen atau vitamin ibu menyusu yang terbaik untuk ibu yang menyusukan anak.

set menyusu dengan alfalfa

Set Vitamin Penyusuan Dengan Alfalfa

set-eufor-pack

Set Vitamin Asas Penyusuan Tanpa Alfalfa (dengan Ostematrix)

set-kalsium-shaklee

Set Vitamin Penyusuan Dengan Alfalfa Dan Ostematrix

set-triple-M-shaklee

Set Vitamin Penyusuan Premium Shaklee

Seterusnya, TERISTIMEWA di setiap kali bulan puasa ini dan juga pilihan popular ibu menyusu anak, ibu tidak menyusu anak dan ibu hamil disarankan juga untuk mengambil MIGHTY 3 GEMS.

mighty-3-gems-shaklee

Mighty 3 gems ini adalah HOT SELLING setiap kali puasa. Lebih-lebih lagi, PERFORMANCE DRINK, baik untuk seisi keluarga kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Testimonial ESP Shaklee Membantu Kekal Cergas Dan Bertenaga!

Alhamdulillah, penulis dan keluarga adalah peminat setia Might 3 Gems ini terutamanya Performance Drink. Biasanya, semasa bersahur, selepas makan kami sekeluarga akan minum segelas Performance Drink supaya dengan izin Allah, hari kami keesokannya akan tetap ceria, cergas dan bertenaga kerana kadar elektrolit dalam badan tidak berkurangan. Jika anda tidak sempat bersahur atau terlewat bangun sahur juga, memadai untuk mengambil Performance Drink.

Andainya, para ibu berazam untuk berpuasa penuh dan dalam masa yang sama bimbang atau ingin mengambil langkah persediaan supaya ‘supply’ susu badan tidak berkurangan, apa salahnya untuk mencuba set-set yang tersenarai di atas. Namun, secara peribadinya, penulis sangat menyarankan anda untuk mengambil Performance Drink di bulan puasa bukan sahaja bagus juga kita tetapi juga bagus untuk anak-anak yang baru hendak belajar berpuasa.

Nota : Shaklee Breastfeeding Set* bukanlah set rasmi Shaklee tetapi telah diatur untuk keperluan ibu menyusu atau breastfeeding mother.

 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/feed/ 0
Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement? http://www.celikvitamin.com/v2/benarkah-ibu-menyusu-perlu-ambil-supplement/ http://www.celikvitamin.com/v2/benarkah-ibu-menyusu-perlu-ambil-supplement/#comments Sun, 19 May 2013 18:32:29 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1120 Read more →

]]>
Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.celikvitamin breastfeeding setPertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?

Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:

“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”

Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.

Konsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.

Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.

Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu difahami secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.

HappyWoman Celikvitamin

Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.

Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.

Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Tepuklah dada dan tanya diri sendiri.

Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan penulis dan saudara-mara yang telah mendapat manfaat dari Shaklee Breastfeeding Set ini. Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!

 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/benarkah-ibu-menyusu-perlu-ambil-supplement/feed/ 1
Shaklee Breastfeeding Set http://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/ http://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/#respond Sat, 18 May 2013 03:26:53 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1113 Read more →

]]>
Shaklee breastfeeding set adalah set yang boleh dikategorikan sebagai ‘HOT SELLING’ atau ‘KILLER PRODUCT’ dalam carta HOT SELLING di Celikvitamin.com semenjak tahun pertama beroperasi iaitu 2011. Kini, selepas hampir 3 tahun, Shaklee breastfeeding set ini masih lagi di tangga pertama carta pilihan pelanggan. Saya sangat suka berkongsi tentang kebaikan set ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi sendiri yang merasakan manfaatnya, Alhamdulillah. Set inilah juga yang mula-mula dicuba semasa berjinak-jinak dengan produk Shaklee ini.

Kenapa Shaklee Breastfeeding Set lebih baik jika dibandingkan dengan ‘milk booster’ biasa di pasaran?

Pertamanya, jika anda rujuk dalam artikel saya sebelum ini iaitu Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement?, saya ada menerangkan bahawa Shaklee Breastfeeding Set ini diatur bukan hanya bertujuan untuk menambahkan susu badan. Banyak manfaat lain yang boleh diperolehi selain daripada itu. Kebanyakan para ibu akan berasa sangat tercabar dan teruja untuk menambah susu badan selepas mengambil set ini apabila melihat ibu menyusu lain memuatnaik gambar stok EBM yang tersusun bertingkat-tingkat dalam peti ais di Facebook!

stok-susu-celikvitamin

Justeru, ada ibu yang kecewa apabila selepa mengambil set Breastfeeding Shaklee tapi masih lagi tak dapat memenuhkan peti ais dengan berpuluh-puluh auns stok EBM.

Oleh sebab itu, para ibu menyusu yang mengambil Shaklee Breasfeeding Set dinasihatkan agar mengikut saranan prinsip asas untuk meningkat pengeluaran susu iaitu mengepam dengan kerap iaitu pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali payudara anda. Ini sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu.

Selain itu, oleh sebab terlalu fokus melihat kuantiti susu, para ibu-ibu ini juga terlalai untuk memfokuskan terhadap perkara lain dialami, sebagai contoh:

  • Masa menyusu lebih singkat berbanding sebelumnya (susu lebih pekat dan bertambah, anak cepat kenyang).
  • Susu ibu kini kelihatan lebih pekat dari sebelumnya.
  • Para ibu kini lebih bertenaga dan cergas serta tidak lagi lesu.
  • Para ibu juga kini lebih nyenyak untuk tidur pada malam hari.

Pengeluaran jumlah susu tetap bergantung kepada sejauh mana para ibu melakukan stimulasi atau rangsangan yang terhadap payudara, tidak kira walau apa jua jenis makanan atau supplement yang diambil, namun prinsip asas ini wajar dipatuhi. Para ibu perlu mendisiplinkan diri dan menjadikan rutin untuk terus konsisten mengepam dan menambah sesi mengepam. Mengepam susu dengan lebih kerap akan lebih menggalakkan penghasilan susu, sekaligus membolehkan ibu menyimpan stok seperti dalam foto di atas.

Dia Ni Rakan Saya Yang Skeptikal Pada Set Breastfeeding Shaklee Pada Awalnya…

Akhir sekali, kepada anda yang berminat, anda boleh mendapatkan full set breastfeeding Shaklee untuk kegunaan 4-6 bulan daripada saya. Anda juga sehebat ibu-ibu menyusu anak yang lain! Lakukan yang terbaik untuk anak anda!

Hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee Breastfeeding Set di bawah:

  • Set Triple M : Set Premium dengan Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix, Alfalfa, ESP
  • Set Eufor Pack : Set untuk yang elergi alfalfa mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix
  • Set E : Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix, Alfalfa
  • Set B : Set Asas mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Alfalfa

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/feed/ 0
Persediaan puasa untuk ibu menyusu dengan Set Pilihan Shaklee http://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/ http://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/#comments Tue, 14 May 2013 19:39:14 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1063 Read more →

]]>
Adakah anda ibu yang menyusukan anak atau breastfeeding mother?

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tentu menggusarkan anda untuk membuat persediaan secukupnya agar stok susu untuk anak tidak merudum. Anda perlu bersedia dengan pelan ‘back-up’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan stok susu tidak mencukupi sepanjang bulan puasa nanti.

Umumnya, ibu yang menyusu anak diberikan kelonggaran atau istilahnya ‘ruhksah’ dalam Islam untuk berbuka dengan syarat yang diizinkan syarak. Namun, jika anda membuat  persiapan yang rapi, insha-Allah tiada masalah untuk anda berpuasa penuh di bulan ramadhan al-mubarak ini.

ibu menyusu berpuasa celikvitamin

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa produk Shaklee yang saya ambil KERANA saya juga ibu yang menyusu anak. Justeru, saya mencadangkan para ibu yang berpuasa untuk turut sama membeli produk-produk ini sebagai persediaan awal menghadapi bulan puasa nanti.

set-berpuasa-ibu-menyusu-celikvitamin

Pengambilan B-Complex, Vitalea, Alfalfa, Vita-C,  dan Energizing Soy Protein boleh dimulakan dari sekarang bagi menyediakan stok EBM yang mencukupi bagi bulan puasa. Performance Drink pula amatlah sesuai di ambil semasa berbuka dan bersahur dalam bulan puasa, pada hari-hari yang panas atau ketika ibu berasa kurang sihat.

Pengalaman peribadi saya sendiri. Testimonial pertama saya tentang produk Shaklee di mana ketika itu saya juga adalah asalnya pengguna produk Shaklee yang Alhamdulillah  berpuashati dengan hasilnya.

ibu menyusu berpuasa

Video Testimonial Untuk Set Breastfeeding Shaklee

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk ini.

Pasti memberi lebih banyak kebaikan, terutama kepada ibu yang sibuk dan sering keletihan agar anda terus kekal bertenaga tanpa menjejaskan stok EBM walaupun anda berpuasa.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
http://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/feed/ 2