Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Allergi – Tips Sihat Ceria https://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat https://www.celikvitamin.com/v2/rawatan-penyakit-eczema-supaya-kulit-kembali-sihat/ https://www.celikvitamin.com/v2/rawatan-penyakit-eczema-supaya-kulit-kembali-sihat/#comments Thu, 19 Dec 2013 15:52:02 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1394 Read more →

]]>
Adakah anda mencari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat. Atau anda seorang ibu yang tak dapat tidur malam kerana bayi anda ada penyakit Ekzema.

Memang tertekan sebenarnya bila kulit diserang eczema. Sudah puas anda mencari punca dan rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat tapi tak berhasil.

Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling.

 

Set Ekzema Shaklee

Mengapa Penyakit Eczema Akibatnya Kulit Menjadi Sensitif?

Kulit adalah lapisan paling luar yang bersentuhan secara terus dengan segala unsur-unsur alam sekitar di luar seperti panas, sejuk dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah kenapa kulit cepat terdedah kepada pelbagai serangan penyakit yang mengakibatkannya merengsa dan rasa tidak selesa kepada tubuh.

Lebih-lebih lagi dalam dunia pasca moden ini, pelbagai jenis penyakit kulit sama ada yang berjangkit atau tidak, cepat merebak kerana kualiti alam sekitar dan udara yang merosot sekaligus memberikan kesan buruk kepada tubuh manusia. 

Salah satu daripada penyakit kulit yang sering menyerang manusia di zaman moden ini adalah penyakit eczema. Penyakit kulit jenis eczema ini berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan usia, bangsa atau jantina.

Menurut statistik dari sumber dipercayai, penyakit eczema ini akan menyerang seorang dari lima orang sehingga mengakibatkan kulit berdarah, bernanah dan berair.

Punca Atau Faktor Penyakit Eczema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi

Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.

Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut.

Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 

PENYAKIT ECZEMA

Rawatan Set Ekzema Shaklee Supaya Kulit Kembali Sihat

Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Namun begitu, tak perlu bimbang rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik.

Kita juga perlu bersedia untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan selalu bersenam. 

Pada masa yang sama, pilihlah pemakanan yang sihat dan hindari dari makan makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.

Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee.

Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun

  • Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.
  • Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.

Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas

  • Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.
  • Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.
  • Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.

Remaja dan dewasa

  • Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.
  • Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
  • Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
  • Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.

Kisah Adik Ruhil Dan Set Ekzema Shaklee

12183862_902644713159158_6873019671215426183_o

Cuba tengok gambar ini. Agak-agak apa perasaan mak ayah bila anak berkeadaan macam ni (gambar sebelum)? Masa ni Ummi dia sorang je yang sanggup cium dia. Siap ada kuar air yang bau hanyir tu.

Al –kisahnya, Ruhil (Anak no.2 saya) terkena chicken pox mas umur 3 bulan. Lepas je sembuh dari chicken pox, antibodi dia down dan seluruh badan dia merah-merah. Obviously kat bahagian muka.

Tiga kali kami ulang alik ke Klinik dan 3 kali jugak bertukar ubat. Tapi setiap kali tukar ubat tu keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami mintak di refer ke pakar kulit, tapi doctor refuse, dia suruh jugak pakai ubat dari klinik dia. Masa ni hati dah rasa terbakar dah. Dia siap kutuk lagi doctor pakar. Adeh.Then, kami decide pergi je ke Ko. Skin Care.

Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diaorang bagi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.

Basically, ubat yang di bagi adalah sama je. Untuk makan (ubat anti radang), untu sapu, creame Aquous (macam tula namanya dah lupa). Tapi cara application salah. Sepatutnya bila merah2 dah menebal, creame aquos tux le sapu direct ke kulit. Kene buat macam sabun mandi. Apa yang saya dapat dari Ko skin care?
1) Eczema adalah penyakit keturunan
2) Jaga persekitaran
3) Jaga pemakanan

So, untuk yang no 1: Memang confirmla kan, Umminya ada resdung, abinya ada asma masa kecik dulu.
Untuk no. 2: No Carpet kat rumah, no bantal bulu2, no bantal kekabu. Baju pun kami cuci guna set get Clean Shaklee. 100% nuteral..

Untuk no.3: Huhu, yang ni paling mencabar. Disebabkan si Ruhil ni 100% EBM, maka si Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada awalnya, ingat nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol tu. (3oz setiap botol). Last-last decide cuba bagi kat abang dia minum dulu. Alhamdulillah, abangnya minum je. Hihi. So bermulalah episod start up buat stok baru..

Selama 3 bulan jadi herbivor (Makan sayur je), kulit ruhil dah semakin baik. So, Ummi dah mula cuba-cuba jadi karnivor, Daging lulus. Ayam lulus. Ikan (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus. Seafood? Kirim salam, until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. Bawah ni gambar masa umur dia 6-7 bulan (Gambar After). Berkat Ummi dia jaga makan. Hihihi.mulus je kulitnya..

Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah umurnya 2 tahun setengah, dah di upkan dos jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. Sekarang ni tempat paling Selamat untuk Omega Guard ni adalah dalam freezer atas sekali.
.
Boleh tengok ada merah2 kat muka dia. Tapi merah camni tak perlu makan ubat and sapu apa2 creame. Nanti merah-merah tuh hilang sendiri.


Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan symptom inflamasi pada kulit Ruhil. Yes, perlukan masa dan harus konsisten untuk hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.

Mujur ada Shaklee!

Satu Lagi Kisah Anak Yang Sembuh Dari Ekzema

12493841_935346763222286_6903809151900265904_o

Alhamdulillah di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam menjaga anak yang kulit sesangat sensitif. Nak kata eczema pun saya rasa tak. Ceritanya bermula anak hero saya ni kena campak ruam, lepas 2minggu ingatkan semakin ok tapi tak. Lagi bertambah-tambah bila kena lagi campak api.

Masa tu saya tiada pilihan terpaksa hantar anak ke rumah mengasuh juga. Ingatkan 2minggu tu ok la semula, tapi makin teruk dan anak hero ni masa tu dah setahun 5bulan, suka mengaru habis kulit jadi berdarah dan berbekas.

Lepas nak baik, suami kena chiken pox, seminggu lepas tu anak hero ni lagi sekali kena chiken pox.. orang kata sekali seumur hidup kan? Tapi anak hero saya ni dalam tempoh 3 bulan 3 jenis campak dia kena.

Sampai lah saya terpaksa berhenti kerja dan jaga sepenuh masa anak saya ni. Jumpa pakar kulit dari Kerajaan sampaikan la ke Pakar kulit kanak-kanak (swasta) tak ok juga. Doktor bagi ubat yang sama setiap kali jumpa pakar. Beratus habis kulit anak hero ni tetap sama. 

Pilihan terakhir saya, tetap jumpa doktor pakar sekadar follow up je.. tapi saya lebih konsisten hanya MEALSHAKE, OMEGA, VITAMIN C CHEW je kata dia.. sekali sekala saya sulamkan dengan NUTRIFERON tapi tak boleh kerap atau banyak sebabnya ruam akan naik terlalu banyak. 

Alhamdulillah.. lebih 3 bulan konsisten masalah anak hero ni semakin baik. Belum pun habis OMEGA tu semua. Anak hero dah tak sesinsetif. Kulit makin baik dan sampai sekarang hanya amalkan ni tak kira dia demam, batuk atau selsema. Saya hanya bagi ni. 

Tiada lagi ubatan dari klinik. Sebab dah puas lihat anak asyik makan antibiotik la ubat la.. cream la.. tetap sama juga.. tak juga ada perubahan.. tapi dengan penangan makanan tambahan tu je banyak perubahan pada bekas-bekas satu badan anak hero ni. 

Alhamdulillah. Bukan hanya pada kulit dia semakin baik, tapi baik dari segi fokus untuk pendidikan awal seperti mengaji sangat cepat menghafal dan bila ke mana-mana. Saya wajib bawa ni. Sekarang? Tak risau pasal masalah kulit dia dah.

Pilihan yang saya ada ni sangat berterima kasih, sebabnya bukan je tak ada bahan kimia malah terbaik dan semulajadi. Terima kasih Shaklee.

Kisah Pengalaman Diri Sendiri Sebagai Pesakit Ekzema

Saya sendiri sebenarnya adalah salah-seorang daripada penghidap penyakit eczema yang teruk. Sehingga satu peringkat terpaksa berjumpa pakar kulit dan diberikan krim steroid.

Justeru, saya faham perasaan pesakit-pesakit eczema dan saya suka untuk berkongsi penawar bagi meredakan sakit kulit. Memang sangat tertekan bila eczema menyerang.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, sejak saya mengamalkan Set Eczema Shaklee, penyakit eczema saya dapat dikawal dan sudah lama tidak menyerang. Rahsianya, anda hanya perlu konsisten untuk mengamalkannya setiap hari untuk membendung penyakit eczema ini

Percayalah! Saya sangat memahami perasaan anda yang menghidap eczema ini. Ianya cukup menyeksakan dan menyebabkan saya rasa ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja di luar sana.

Ianya bukan sekadar menjual produk tetapi berkongsi kebaikan sesama kita untuk hidup yang lebih sihat dan bebas eczema!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/rawatan-penyakit-eczema-supaya-kulit-kembali-sihat/feed/ 66