Makanan Terbaik Untuk Atasi Penyakit Arthritis Secara Semulajadi

Penyakit gout adalah satu bentuk arthritis yang terjadi akibat paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ia menyebabkan terbentuknya kristal di persekitaran sendi yang menyebabkan kesakitan untuk melakukan aktiviti harian.

Asid urik dihasilkan oleh tubuh daripada sebatian kimia ‘purine‘. ‘Purine’ ini muncul secara semulajadi di dalam tubuh dan juga terkandung dalam makanan tertentu. Asid urik ini dikumuhkan melalui air kencing.

Kaedah terbaik untuk kita mengawal atau mencegah gout adalah dengan mengurangkan paras asid uric dalam tubuh iaitu dengan kawalan pemakanan. Pengambilan diet yang betul akan mengurangkan risiko diserang gout sekaligus memberi peluang untuk sendi yang terjejas kembali pulih.

Rawatan Semulajadi Penyakit Buah Pinggang Bocor Atau Nephrotic Syndrome

Penyakit Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome ini adalah jenis penyakit yang menjejaskan buah pinggang. Ginjal yang normal mempunyai satu penapis yang dikenali sebagai glomerulus bertindak untuk menapis protein albumin daripada terkeluar ke dalam urin atau air kencing.

Sekiranya penapis ini rosak, ia akan mengakibatkan protein ‘bocor’ dan diangkut keluar dari tubuh secara berlebihan. Akibatnya, ia akan mengganggu kesihatan tubuh sehingga terjadi komplikasi bengkak air (edema), hypoalbuminemiamasalah kolestrol dan lain-lain.

Cara Berkesan Merawat Bell’s Palsy Supaya Sembuh Dengan Cepat

Bell’s Palsy adalah sejenis penyakit yang menyebabkan sebahagian otot muka menjadi lemah lalu menjadi lumpuh. Kerosakan pada saraf yang mengawal otot sebelah muka menyebabkan sebahagian muka itu menjadi berat dan jatuh. Bila dilihat dari hadapan, wajah pesakit Bell’s Palsy seolah-olah senget sebelah.

Walaupun begitu, perlu diingatkan. Bell’s Palsy bukanlah serangan stroke dan berita baiknya ia tidak berbahaya seperti serangan angin ahmar.

Kerosakan saraf pada otot muka ini menjejaskan deria rasa dan kawalan terhadap penghasilan air liur dan juga air mata. Penyakit ini datang menyerang secara tiba-tiba, biasanya dalam masa semalaman sahaja. Kebiasaannya, ia akan pulih dengan sendirinya tetapi memakan masa lama untuk sembuh.

Cara Berhenti Merokok Berkesan Dalam Tempoh Kurang Dari Sebulan

Kebanyakan perokok tegar sebenarnya tahu bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan bahkan mengundang bahaya kepada orang di sekeliling mereka. Mereka tahu mereka perlu berhenti tetapi mereka juga tahu ia sangat-sangat susah untuk berhenti dari tabiat buruk ini.

Mujurlah, ada banyak bantuan dan cara yang boleh dicuba untuk berhenti merokok pada masa ini. Namun, mereka memerlukan keazaman yang kuat dan kesabaran yang tinggi untuk berhenti merokok memandangkan kebanyakan perokok tegar telah merokok sejak usia belasan tahun.

Sokongan moral dari keluarga dan kawan-kawan sangat diperlukan jika kita benar-benar mahu berhenti merokok.

7 Tips Pastikan Kita Tidak Di Serang Stroke Angin Ahmar 

Strok adalah penyakit yang mengancam nyawa. Angin ahmar berlaku apabila keadaan gumpalan darah terjadi dalam saluran darah dan menyekat apabila bekalan darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan sel otak tidak berfungsi dan mati.

Angka statistik menunjukkan bahawa 80 peratus kes serangan stroke boleh dicegah sekiranya kita tahu dan faham apa yang perlu dilakukan untuk menghindari penyakit ini. Luangkanlah masa untuk membaca kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa orang yang anda sayang.

Risiko Dan Cara Mencegah Serangan Stroke Atau Angin Ahmar

Stroke atau Angin Ahmar adalah satu situasi di mana sel otak tidak dapat berfungsi apabila berlakunya halangan (blockage) atau penyempitan saluran darah yang mengangkut darah ke otak.

Penyempitan salur darah ini menyebabkan darah tidak dapat membekalkan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan sempurna. Sel otak berkemungkinan rosak dan mati akibat kekurangan bekalan oksigen.

Kesan serangan stroke ini menyebabkan tubuh pesakit akan terjejas dari segi percakapan, daya ingatan, daya berfikir, deria rasa dan cara tubuh bekerja.

Apabila seseorang diserang angin ahmar, pesakit akan tidak sedarkan diri dan lemah sebahagian anggota badan. Ia berisiko menyebabkan kecacatan kekal. Statistik juga menunjukkan stroke atau angin ahmar ini antara penyebab utama yang menyebabkan kematian di Malaysia.

Penawar Membantu Sembuh Dari Penyakit Angin Ahmar Atau Stroke

Penyakit Stroke menunjukkan peningkatan yang jelas pada setiap tahun. Pada tahun 2012 dianggarkan statistik kematian dari penyakit angin ahmar ini adalah 30 ke 35 peratus daripada 1000 kes serangan stroke di Hospital Kuala Lumpur sahaja.

Lebih menakutkan, penyakit stroke yang dulu sinonim dengan warga yang lebih berumur, kini tidak lagi mengenal usia. Malah, ada yang atlet sukan Malaysia yang berusia 20-an pun telah maut diserang penyakit berkaitan jantung ini.

Sebelum ini saya sudah berkongsi tentang 7 Cara Untuk Pastikan Kita Tidak Diserang Stroke dan Simptom & Risiko Stroke, kali ini saya ingin berkongsi tentang penawarnya pula.