Usus Kotor Adalah Punca Masalah Penghadaman

Sistem pencernaan atau penghadaman manusia mempunyai 2 fungsi yang utama iaitu:

  • Menukar makanan yang telah dimakan kepada nutrisi yang diperlukan tubh;
  • Membuang dan mencerna bahan buangan yang tak diperlukan oleh tubuh.

Justeru, untuk melakukan proses ini, sistem pencernaan tubuh manusia memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada organ-organ badan termasuklah mulut, perut, hati, pundi hempedu dan juga usus.

Eh! Macamana makanan dihadamkan ye?

  1. Bila makanan masuk melalui mulut. Ia akan bercampur dengan air liur kita.
  2. Apabila gigi kita mengunyah dan menghancurkan makanan menjadi partikel-partikel kecil, air liur berfungsi menyerap makanan untuk bercampur dan menjadikannya lembut.
  3. Kemudian lidah akan menolak partikel makanan ini ke dalam tekak untuk ditelan melalui tindakan refleks tekak.
  4. Selepas itu, makanan hancur dan lembik ini akan masuk ke dalam esofagus dan meneruskan perjalanannya daripada perut sampailah ke usus.

Oh cukup sampai disitu sahaja pelajaran sains kita hari ini. Tak perlulah kita pergi terlalu rumit!

Masalah Penghadaman Bermula Apabila Usus Kita Kotor!

Seperti yang telah dinyatakan, trek penghadaman adalah satu sistem tubuh yang memproses sajian yang telah dimakan untuk mendapatkan semula nutrisi dan membuang bahan yang tidak diperlukan tubuh.

Di dalam sistem penghadaman ini terletak satu organ yang dinamakan usus besar atau kolon yang memainkan peranan penting menghantar vitamin dan mineral ke seluruh tubuh.

Adalah amat penting dan kritikal untuk kita terus melindungi dan memastikan usus dalam keadaan bersih supaya kesemua sistem dalam badan kita dapat berfungsi dengan lancar.

Hampir 80 peratus daripada rakyat di seluruh dunia menderita akibat daripada keadaan usus yang tidak sihat. Ini mendorong kepada keadaan sistem penghadaman tidak sihat yang berkemungkinan menjangkiti tubuh badan.

Usus kita ini bekerja keras setiap hari untuk mencernakan semua makanan yang kita ambil. Bayangkan jika kita ini jenis yang makan apa sahaja makanan tanpa menghiraukan kesihatan usus?

Lebih-lebih lagi kita di Malaysia ini kaya dengan pelbagai variasi makanan yang lazat tetapi malangnya banyak yang tidak sihat. 

Usus kita umpama tempat kita melonggokkan semua bahan yang kita makan dan mereka terpaksa melakukan kerja-kerja kotor untuk mengasingkan bahan yang diperlukan dan bahan buangan. Sehingga satu tahap persekitarannya menjadi terlalu kotor.

Apabila berlaku masalah penghadaman. Nutrisi tidak dapat diserap dan akan digunakan oleh bakteria dalam najis. Ini menyebabkan penghasilan gas yang banyak dan ianya terkumpul dalam najis.

4 Indikasi berikut boleh dijadikan panduan tahap kesihatan usus anda iaitu berdasarkan keadaan buangan anda:

AMARAN! Gambaran Tak Menyelerakan. Memerlukan ketabahan Untuk Melihat 🙂

Ciri-ciri Najis Yang Sihat

  • Warnanya kuning keemasan.
  • Kuantitinya antara 2-3 ketul.
  • Berbentuk seperti pisang.
  • Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
  • Mengandungi kapasiti air 80 peratus.
  • Jika najis terapung, berkemungkinan berpunca daripada perubahan diet. Tiada masalah.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Masalah Pencernaan Ini Berlaku?

Beberapa faktor berikut adalah punca mengapa masalah pencernaan atau penghadaman ini berlaku.

  • Diet yang tak sihat. Kurang mengambil serat seperti buah dan sayur. Banyak makan makanan proses. Pengambilan garam dan gula secara berlebihan.
  • Stress. Mungkin tekanan kerja yang melampau sehingga terbawa-bawa ke rumah.
  • Pengambilan Antibiotik yang berlebihan boleh mengancam bakteria baik dalam tubuh.
  • Merokok dan minum alkohol. Perlu lagi ke penjelasan tentang ini?
  • Toksin daripada alam sekeliling. Zaman moden ini menyebabkan kita terdedah kepada radikal bebas yang merosakkan sel tubuh seperti pencemaran air, radiasi bahan kimia, logam dan raksa.
  • Penggunaan racun serangga dan rumpai yang disembur kepada buah dan sayur yang kita makan.
  • Tabiat makan yang tak suka mengunyah makanan lumat-lumat. Kunyah sedikit dan terus telan sahaja makanan. Ini boleh menyebabkan perut senak, kembung, angin dan sembelit. 

Tanda-Tanda Anda Usus Anda Bermasalah!

Berikut adalah simptom yang anda perlu ambil berat untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini sebelum menjadi kronik;

  • Selalu berasa pening kepala atas sebab yang tak diketahui.
  • Rasa sakit belakang atau sakit-sakit sendi.
  • Rasa susah untuk bernafas kerana sistem pernafasan terganggu.
  • Masalah sinus atau bau badan yang tengit.
  • Nafas berbau dan lidah rasa kelat.
  • Alergik terhadap makanan.
  • Susah nak membuang air. Sembelit kronik.
  • Perut kembung dan selalu gastrik.
  • Rasa letih, stress dan tidak selesa dengan tubuh.
  • Berat badan naik tanpa sebab walaupun makan sedikit.

Sayangilah Usus Kita. Lakukan Sesuatu Sebelum Terlambat….

Setiap tahun, lebih daripada 270,000 rakyat di Amerika menghidap penyakit kanser akibat masalah sistem penghadaman termasuklan kanser esofagus, kolon dan rektum. Separuh daripada statistik ini akhirnya menemui ajal. 

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Lokman Hakim Sulaiman, setiap tahun kira-kira sejumlah 2,900 orang akan dikesan menghadapi risiko penyakit kanser kolon.

Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Menurut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Walaupun begitu, barah ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kuat merokok, pengambilan alkohol dan kurang bersenam.

5 Cara Semulajadi Untuk Bersihkan Usus Dan Menyelamatkan Nyawa

Tiga langkah di bawah ini nampak mudah tetapi sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa kita;

1.0 Ubah Tabiat Makanan Sekarang

sumber kalsium dari makanan

Makanlah lebih banyak serat daripada sumber sayuran dan buah-buahan. Ambil 20-35 gram serat sehari untuk menyapu bersih sampah dalam usus dan menurunkan berat badan.

2.0 Minum Lebih Banyar Air Masak

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana air membantu proses pencernaan berjalan lancar sekaligus membebaskan usus dari kotoran yang tidak diingin.

3.0 Tingkatkan Pengambilan Yogurt

Tubuh memerlukan bakteria baik untuk memproses gizi tertentu. Tanpa bakteria ini, mikroorganisma penyebab penyakit akan bermaharajalela dalam badan. Makanlah 1-2 hidangan yogurt sehari. 

4.0 Ubah Gaya Hidup

performance drink 2

Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal selama 30 minit sehari dengan berjalan, jogging atau pun mengemas rumah. Gaya hidup aktif akan meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak kalori. Tubuh akan lebih cergas dan sihat.

5.0 Pengambilan Supplemen Membantu Proses Detoks

5.0 Pengambilan Supplemen Membantu Proses Detoks

https://youtu.be/TRTYfM1mNxY

1. DETOKS USUS

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

herb-lax shaklee celikvitamin

 

Amalkan pengambilan supplemen seperti Herblax Shaklee untuk membantu proses penghadaman berjalan lancar. Supplemen ini semulajadi, selamat dan berkesan.

 

2. DETOKS DARAH DAN SELURUH BADAN

3. DETOKS HATI

dtx complex

Paling penting ianya ada sijil halal dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sistem pencernaan manusia ini adalah rumah kepada pelbagai penyakit kanser dan penyebab banyak penyakit kanser yang boleh membawa maut. Jangan ambil remeh perkara ini. Sekiranya anda rasa ada simptom-simptom yang disebutkan di atas, bertindaklah segera.

‘Mencegah lebih baik daripada mengubati.’

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan https://youtu.be/TRTYfM1mNxYCOD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

1 comment for “Usus Kotor Adalah Punca Masalah Penghadaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge