Tips Semulajadi Atasi Fasa Menopause Dengan Tenang

Antara pengalaman yang paling meresahkan dalam hidup seorang wanita selain dari bersalin adalah apabila tiba masanya perubahan berlaku kepada sistem peranakan iaitu fasa menopause atau putus haid.

Penting untuk kita mengetahui simptom-simptom menopause ini terlebih dahulu supaya dapat mempersiap diri untuk menghadapinya.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Menopause?

Menopause adalah tempoh berakhirnya pusingan haid dalam kehidupan seorang perempuan. Biasanya, putus haid ini akan terjadi apabila seseorang wanita itu telah mencecah lewat 40-an dan menginjak ke awal usia 50-an.

Apabila seseorang telah putus haid, maka ovari akan berhenti mengeluarkan telur. Di samping itu, hormon wanita juga semakin berkurangan. Justeru, seorang wanita tidak lagi boleh mengandung secara semulajadi apabila telah putus haid.

Tanda-Tanda Seseorang Wanita Itu Bakal Menoupause

Berikut adalah beberapa simptom seseorang itu bakal mengalami keputusan haid.

  • Kitaran period yang tidak teratur
  • Vagina kering dan mengakibatkan rasa sakit ketika bersama suami
  • Rambut banyak gugur dan semakin menipis
  • Mengalami gejala osteoporosis
  • ‘Mood swing’ atau perubahan mood yang ketara
  • Berat badan bertambah
  • Kulit menjadi kering
  • Tubuh selalu rasa panas
  • Mengalami masalah susah untuk tidur
  • Berpeluh-peluh di malam hari

Masa Menopause, Hubungan Seks Makin Menyenangkan!

Menopause ini adalah pusingan hidup seorang wanita. Sama seperti ketika mula didatangi haid. Walaupun begitu, ramai wanita yang tidak cukup bersedia dan murung apabila disahkan telah putus haid.

Perkara ini terjadi kerana ramai antara mereka berasa diri mereka ini tidak lagi mampu melakukan hubungan intim dengan suami.

Jangan begitu. Ramai yang salah faham. Sebenarnya bila kita telah menopause hubungan seks dengan suami sebenarnya semakin menyenangkan kerana anda masih boleh orgasme dengan sedikit ‘adjustment’!

Wanita yang mengalami menopause biasanya mengalami perubahan hormon dalam tubuhnya. Pendek kata, paras hormon dalam tubuh menurun. Ini menyebabkan kulit menjadi kering dan vagina juga kering kerana kurang pelincir.

Namun, menurut pakar, jika tubuh wanita itu dijaga dengan baik. Rajin bersenam untuk kekal cergas dan sihat, hubungan seksual takkan terjejas. Wanita tetap akan mengalami kemuncak orgasme.

Selain itu, sedikit ‘adjustment’ perlu disesuaikan dengan kehidupan seks suami-isteri di fasa ini. Untuk mengatasi masalah vagina yang kurang pelincir, wanita boleh menggunakan pelincir tambahan atau ‘lubricant’ supaya tidak berasa sakit ketika bersama. Tak usah rasa rendah diri kerana hakikatnya anda masih lagi boleh berhubungan seks dengan suami dan mengalami orgasme tanpa masalah.

Wanita juga akan lebih tenang ketika mengadakan hubungan seks dengan suami kerana tidak lagi perlu untuk merancang keluarga kerana sekerap mana pun anda bersama tanpa perlindungan, wanita yang menopause takkan hamil lagi (kecuali dengan izin tuhan).

Kesimpulannya, aktiviti seksual bersama suami akan menjadi lebih santai dan menyeronokkan. Sambil menikmati kehidupan bersama-sama suami kerana pada usia ini, anak-anak sudah mula berkeluarga sendiri dan tinggal berasingan. Ini adalah waktu untuk menghabiskan masa berkualiti bersama pasangan.

Tips Untuk Meredakan Gejala Menoupase

Jangan tak tau, kita boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa mengalami fasa menopause.

Seperti yang telah kita kongsikan tadi, apabila kita mengalami fasa menopause ini kita akan mengalami beberapa keadaan yang tidak menyenangkan seperti sukar tidur, kulit kering, tubuh terasa panas, mood swing dan lain-lain.

Beberapa tips berikut boleh membantu untuk mengatasi ketidakselesaan ini.

1. Segarkan Tubuh Dengan Kerap Bersenam

Jika kita selalu berjaga malam, ubah gaya hidup. Belajarlah bangun pagi dan bersenam selama 30 minit setiap hari. Bersenam membantu mencegah gejala menopause termasuklah mengurangkan stress.

Menurut American Journal Public Health, wanita menopause yang selalu bersenam berisiko rendah terkena diabetes dan berat badan naik secara drastik. Pilihlah senaman yang santai seperti berjalan kaki atau berenang. Elakkan senaman high impact yang memberi tekanan kepada jantung dan adrenalin.

2. Seimbangkan Kehidupan Jasmani Dan Rohani

Mungkin kita memang seorang yang rajin bersenam dan makan makanan yang seimbang. Namun, bila kita masih hidup dalam stress yang keterlaluan ia tetap memberi kesan yang buruk dalam menghadapi fasa ini. Cubalah kurangkan rasa stress anda itu dengan melakukan aktiviti yang memberikan ketenangan fikiran seperti mengamalkan tai chi, yoga, berkebun atau melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan di masjid. 

3. Minta Konsultasi Dengan Pakar 

Sekiranya selepas melakukan aktiviti yang dicadangkan masih lagi terasa terganggu dengan fasa menopause ini, mungkin sudah tiba masa untuk kita berjumpa dengan pakar atau doktor untuk meminta nasihat dan konsultasi. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh kita.  

4. Nikmati ‘ME TIME’ 

Inilah masa untuk kita merenung sejenak jauh ke dalam diri kita. Sekiranya selama ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya. Terlalu sibuk membesarkan anak-anak. Terlalu sibuk menguruskan rumahtangga. Inilah masanya untuk kita mengubah gaya hidup kita supaya lebih santai dan relaks. 

Cubalah bertenang dan berfikirlah hal-hal yang menenangkan fikiran. Beri masa untuk diri sendiri untuk menikmati ‘ME TIME’. Mungkin anda boleh manjakan diri dengan pergi ke spa. Luangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri.

Siapa lagi yang tahu cara nak membahagiakan diri kalau bukan kita sendiri bukan? 

Apa Kata Anda Cuba Cara Semulajadi Ini?

Pada tahun-tahun peralihan menopaus badan bertindak balas kepada hormon yang tidak stabil, maka beberapa tanda boleh muncul. Pengambilan beberapa supplemen semulajadi dapat membantu meredakan fasa menopause ini.

Umumnya, ramai yang tahu Evening Palm Rose Oil (EPO) adalah mirip dengan hormon estrogen. Ramai yang mengamalkan pengambilan EPO. Dalam minyak EPO ini mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) digunakan untuk menstabilkan hormon. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

GLA Complex

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25 peratus berbanding 10 peratus GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, ekzema dan menstabilkan hormon.

Di samping itu beberapa supplemen berikut juga boleh membantu meredakan gejala menopause:

Energizing Soy Protein (ESP)

Shaklee_ESP_Celikvitamin

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous.

Vitamin E

Vita-E Complex®

Dikenali juga sebagai ‘vitamin seks’ selain daripada berfungsi sebagai vitamin anti-penuaan yang tinggi antioksida. Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone.

Uniknya Vitamin E Shaklee kerana ia turut dilengkapi dengan Selenium. Jumlah selenium yang mencukupi sangat penting dalam mencapai puncak prestasi seksual. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.

Vitamin C

Vitamin C Shaklee

Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.

Vita-Lea

vitaLea

Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Menopaus adalah sesuatu yang akan terjadi dalam kitaran hidup seorang wanita memang tak boleh elak. Akan tetapi kita boleh tanganinya dengan bijak dan tenang jika berilmu dan bersedia dari sekarang. 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge