Hakikatnya, wanita dan para ibu menggalas tugas yang berat pada zaman sekarng. Bukan sahaja tugas di pejabat, malahan ditambah pula dengan tugasan di rumah setelah pulang dari kerja sehingga rasanya masa 24 jam untuk para wanita sentiasa penuh atau tak cukup. Keadaan ini biasanya boleh menimbulkan perasaan stress, tekanan dan ketegangan dalam kehidupan mereka kerana rutin harian yang sentiasa sibuk dengan pelbagai perkara.
Saya juga adalah salah seorang ibu daripada berpuluh-puluh ribu golongan ibu yang bekerjaya suatu masa dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi Work-At-Home-Mom (WAHM). Justeru, saya sangat-sangat faham perasaan para ibu di luar sana. Walaubagaimanapun, stress dan tekanan adalah suatu ‘masalah sejagat’ yang boleh diuruskan dan ditangani dengan baik. Sekiranya tidak ditangani, stress dan tekanan ini akan membuatkan anda mudah untuk jatuh sakit dan keadaan emosi yang tidak stabil sepanjang hari. Pastinya kita tidak mahu ini berlaku kerana IBU SIHAT adalah tunjang kepada KELUARGA YANG SIHAT.
Kekalkan kesihatan optimum anda dan tangani stress atau tekanan dengan sebaik-baiknya dengan mengamalkan 3 aspek gaya hidup sihat berikut:
-
Pemakanan yang sihat
-
Senaman ringan
-
Pemakanan tambahan
Tips Menguruskan Stress Untuk Wanita
Di samping itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips yang ingin dikongsikan ini. Antaranya:
Berkongsi Beban
Tak dinafikan kebanyakan dari kita adalah Supermom atau Superwoman! Namun ada ketikanya kita perlu berkongsi bebanan dengan insan terdekat seperti suami dan keluarga. Kita sebagai wanita bekerja untuk mengurangkan beban suami, jadi adalah wajar untuk suami untuk turut membantu dalam urusan rumahtangga.
Contohnya suami mungkin boleh menjaga anak sementara isteri sedang memasak di dapur. Antara tugas lain yang boleh diberikan kepada sang suami adalah tugasan-tugasan seperti memandikan anak, menyidai kain, membersihkan rumah dan sebagainya.
Ramai suami yang faham akan beban yang digalas oleh seorang isteri dan ibu. Berbincanglah dengan suami supaya tanggungjawab di rumah yang boleh dikongsi bersama.
Tukar Jadual
Jika tekanan terlalu besar akibat bekerja, mungkin boleh diusahakan untuk berbincang dengan majikan agar masa bekerja yang lebih fleksibel dapat diberikan. Dengan lebih kelonggaran dari segi aturan masa waktu pejabat (datang lebih awal dan pulang lebih awal dari masa bekerja yang biasa), secara tak langsung stress dan tekanan dapat dikurangkan kerana tak perlu bersesak dan menjimatkan masa.
Ada juga syarikat yang memberi peluang bekerja dari rumah. Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan walaupun jika dilihat kembali jadual bekerja harian, mungkin ada yang berkata adalah sesuatu yang mustahil untuk ianya berlaku. Tiada yang mustahil!
Perspektif Berbeza
Jika anda bekerja sepenuh masa sekarang, mesti anda ada pemikiran seperti saya semasa masih bekerja dahulu iaitu mahu berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Tahukah anda?
Kajian yang dilakukan oleh TheBump.com dan Forbes, menunjukkan bahawa 92% ibu bekerja sepenuh masa adalah tertekan dan 89% surirumah sepenuh masa juga mengalami tekanan!
Jadi tidak ada beza tahap tekanan sama ada anda bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa, apatah lagi ibu yang bekerja dari rumah seperti saya 🙂
Marilah kita lihat situasi kita dari sudut yang berbeza. Syukuri detik ini dan jalani kehidupan dengan lebih tenang, gembira dan ceria.
Amalkan Pengambilan Vitamin Anti-Stress
Saya mengamalkan vitamin semulajadi B-Complex Shaklee dan beberapa vitamin dan supplement lain bagi membantu saya lebih cergas dan bertenaga. Vitamin B-complex turut dikenali sebagai vitamin penenang atau vitamin anti-stress. Suplemen Shaklee sudah pastinya semulajadi, bebas dadah, berkesan dan juga selamat.
Vitamin B-Complex Shaklee sangat disarankan bagi mereka yang sering terdedah kepada tekanan seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan sudah semestinya wanita-wanita, ibu-ibu dan isteri-isteri yang hebat di luar sana!
Kesimpulannya, adalah penting untuk memastikan kita bebas stress. Sebagai wanita dan ibu kita perlu bijak menguruskan stress bagi memberikan yang terbaik dalam pengurusan kerjaya dan rumahtangga. Percayalah! Saya hanya berkongsi pengalaman sendiri dan telah mendapat manfaatnya. Niat saya cuma ingin berkongsi dengan para ibu di luar sana untuk kehidupan yang lebih baik dan bebas dari tekanan!
Tetapi yang TERBAIK pastilah menjadi Work-At-Home-Mom. Lebih masa untuk yang tersayang 🙂
Sila baca DISCLAIMER.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com
Facebook: Adilah Manaf
2 comments for “Tips Mengurangkan Stress Atau Tekanan Khas Untuk Wanita”