Tanda-Tanda Penyakit Jantung Di Usia Muda Memang Realiti Menakutkan!

Hani Mohsin Hanafi, pelakon lelaki popular Malaysia di Malaysia rebah di LCCT pada tanggal 25 Julai 2006 semasa beliau sedang menunggu penerbangan ke Langkawi bersama anak kesayangannya Hani Karmila. Beliau diserang sakit jantung dan hanya berusia 41 tahun.

Jika anda rasa anda sihat. Cuba baca yang ini pula.

Pemain bola keranjang Malaysia iaitu Jacky Ng Kiat Kee telah meninggal secara mengejut ketika sedang bermain bola keranjang mewakili Malaysia di China akibat serangan strok. Penyebabnya adalah paras kolestrol yang tinggi. Beliau seorang yang fit dan hanya berusia 25 tahun!

Adakah anda lebih muda dan fit dari seorang atlit sukan negara? 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization 20101 daripada 3 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Cuba anda lihat gambar di bawah. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua-tua. 

Tanda-Tanda Jantung Bermasalah

Pertama sekali, untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah. Cuba lihat tanda-tanda di bawah. Sekiranya ada simptom berikut. Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 tahun!

  1. Anda selalu berpeluh berlebih-lebihan walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.
  2. Mudah berasa sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu tersumbat dalam hidung atau dada.
  3. Di sebelah kiri dada anda kerap berasa sakit sama ada impaknya sedikit atau banyak.
  4. Mula diserang sakit kepala dan terasa sekeliling berpusing-pusing dan bergoyangan.
  5. Diserang fenomena “blank out” iaitu hilang upaya daya penglihatan seketika bila berada dalam gelap.
  6. Tangan Kiri rasa sakit seperti terseliuh.
  7. Jika tangan kiri anda mulai rasa sakit selepas rasai tanda-tanda di atas ia adalah petanda yang anda perlu berjumpa doktor dalam kadar segera kerana anda mungkin akan diserang stroke dalam masa terdekat. 

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Anda perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika anda bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.

Kalau Anda Sayangkan Jantung Anda, Ikuti Nasihat Ikhlas Suami Saya Yang Pernah Mengidap Hypertensi

Pengambilan Supplemen Untuk Kurangkan Risiko Penyakit 3 Serangkai

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini.

Kenapa anda perlu ambil supplemen?

Paling klasik adalah untuk melindungi anda daripada penyebab utama masalah jantung iaitu kolestrol tinggi.

Cuba lihat ilustrasi di bawah:

[KLIK UNTUK LIHAT SENARAI LENGKAP KOLESTROL DALAM MAKANAN MALAYSIA]

Dengan tabiat pemakanan yang tak sihat di atas. Bagaimana anda dapat melindungi jantung anda? 

Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Untuk ini, saya sarankan anda melaburkan wang untuk membeli supplemen untuk memperkuatkan dan melindungi jantung untuk kebaikan anda.

Set Jantung Shaklee

 

Phytocol-ST Membantu Mencegah Mendapan Plak Pada Arteri

Kaedah terbaik untuk mengelakkan kolestrol termendap ke dalam salur darah adalah dengan pengambilan fitosterol. Secara ringkasnya, fitosterol mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolestrol ‘jahat’ dan mampu melawan kolestrol jahat untuk membentuk plak. Semakin tinggi kandungan fitosterol, semakin cepat kadar kolestrol dapat distabilkan.

Fitosterol yang diperlukan tubuh memerlukan anda untuk makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato dalam sehari!

Mampukah kita?

keistimewaan phytocol celikvitamin

Pengambilan supplemen Phytocol-ST ini mengikut dos yang disarankan mampu untuk menampung keperluan 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Kesimpulannya, Phytocol-ST ini anda perlu ambil untuk mengelakkan kolestrol dari makanan yang anda makan daripada diserap masuk ke dalam tubuh dan dalam masa yang sama kolestrol sedia ada di dalam tubuh akan dinyahkeluar oleh kombinasi supplemen yang lain.

Teruskan pembacaan anda jika ingin hidup lama! 

Omegaguard Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’ 

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan jantung. Ia membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Kemudian, menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita.

Paling terbaik, Omega 3 dalam minyak ikan ini juga berfungsi ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.

minyak ikan terbaik untuk kolestrol

 

 

Kesimpulannya, kombinasi Phytosterol-ST bersama Omegaguard Shaklee ini memang mantap untuk memastikan tubuh anda bebas dari cengkaman kolestrol ‘jahat’! 

CoQ Health Shaklee Membantu Menguatkan Otot Jantung

CoQ Health Shaklee ini mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung.

Namun begitu, apabila usia kita telah mencecah 20 tahun, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan merudum dan ia akan terus menurun seiring dengan usia.

Justeru, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk terus mengekalkan kekuatan otot jantung untuk bekerja dengan baik.

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga ke 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .

Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Vivix Shaklee Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

VIVIX Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi.

 

Vivix juga kaya dengan polifenol. Polifenol terdapat dalam pelbagai tumbuhan seperti buah, sayur dan teh herba. Polifenol adalah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik.

Vivix Shaklee juga membantu ibu mertua saya dalam usaha beliau mengawal paras gula dalam darah ke paras normal dan stabil kerana beliau adalah pesakit diabetis selama 20 tahun. Nak tahu boleh klik link di bawah:

[Kisah Ibu Mertua Saya Yang Berjaya Mengawal Paras Gula Walaupun 20 Tahun Disahkan Pesakit Diabetes]

Hubungi saya dan dapatkannya sekarang sebelum segalanya terlambat!

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

3 comments for “Tanda-Tanda Penyakit Jantung Di Usia Muda Memang Realiti Menakutkan!

  1. 17 November, 2014 at 12:38 am

    Memang menakutkan!

    Perkongsian ni memang membuka mata saya.

    Atlet negara umur 25 tahun?

    Apatah lagi kita yang jarang bersenam.
    Fuziah Idris recently posted…Elak Hamil Tanpa Pil Dan SuntikkanMy Profile

    • 17 November, 2014 at 12:41 am

      Terima kasih datang jenguk.

      Takutkan? Kita yang kena mula konsisten untuk bersenam dan makan makanan yang sihat iaitu rebus, bakar dan panggang 🙂

  2. azmeer
    3 March, 2015 at 10:54 pm

    Saya ada simptom” tuh ,tapi rase terseliuh pada tangan kanan bukan nye tangan kiri…tetapi fenomena ‘blank out’ saya belum pernah hadapi nya lagi…nanti bila saya free saya akan berjumpa dengan doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge