Punca Sakit Sendi Lutut Di Usia Emas Dan Cara Atasinya

Kerap-kali nenek saya yang telah berusia 72 tahun mengadu sendi lututnya selalu berasa ngilu dan sakit. Keadaan tempurung lututnya seolah-olah tak mampu lagi untuk berjalan aktif dan mendirikan solat. Biasanya bagi warga emas memang akan sampai waktu apabila anggota tubuh sudah mula berasa ‘penat’ untuk bekerja.

Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada beliau. Ketika zaman nenek moyang mahu pun ibubapa kita, pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan sendi ini memang amat kurang. Apatah lagi, ketika itu langsung tiada kempen kesedaran betapa penting mengambil kalsium secukupnya untuk kekuatan sendi dan tulang.

Namun, kita sebagai anak mahu pun cucu perlu ambil cakna akan punca berlaku sakit lutut. Jangan tak tau ada rawatan alternatif yang boleh membantu untuk atasi masalah sakit lutut ini.

Dia Ni Masih Muda Tapi Dah Sakit Sendi. Ikuti Tips Dia Untuk Kembali Sembuh!

Paling kurang dapatkanlah informasi di sini untuk membantu orang tersayang di sekeliling kita yang menahan sengsara. Kesian sangat sebab nak mandi, buang air, solat, memasak dan sebagainya amat menyeksakan bagi golongan ini.

Luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Membacakan amalan mulia!

Punca Terjadinya Sakit Lutut

Sakit lutut ini dalam istilah perubatan adalah osteoartritis atau dikenali juga sebagai artritis degeneratif. Statistik menunjukkan 10 ke 20 peratus orang dewasa akan diserang sakit lutut.

Seiring dengan peningkatan usia, kebiasaannya sakit lutut akan menyerang golongan lelaki bermula pada usia 45 tahun. Manakala bagi wanita bermula setelah usia mencecah 55 tahun.

Tubuh Mengalami Proses Penuaan Seiring Usia

Dalam bahasa mudahnya, sakit lutut ini terjadi disebabkan tubuh kita mengalami proses penuaan. Dalam tulang rawan kita mempunyai cecair yang 

Dalam tulang rawan kita ada cecair yang menjadi pelincir di antara sendi lutut. Apabila kita semakin tua, kehadiran cecair lutu ini semakin berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan itu juga semakin merosot. Sakit sendi mula menyerang apabila permukaan tulang rawan mula mengelupas dan membantu alur halus sehingga menyebabkan ibubapa kita yang sudah tua mula sakit lutut.

Lutut kita ini digunakan selama berpuluh tahun sehingga sendi mula haus. Tulang rawan dan sendi akan menjadi bengkak dan sakit. Paling teruk apabila tulang sendi mula bersentuhan antara satu sama lain dan bergeseran.

7 Petua Semulajadi Untuk Meredakan Radang Lutut

Beberapa petua berikut mungkin boleh diamalkan bagi meredakan kesakitan sekiranya radang sendi ini menyerang sebelum kita mencuba rawatan alternatif lain. 

1. Ambil Masa Untuk Merehatkan Sendi

Apabila kita diserang sakit lutut, berhentilah dari segala aktiviti dan duduklah berehat selama mungkin. Jangan paksa lutut untuk terus bekerja keras kerana ia akan memburukkan keadaan. Ambillah masa sehingga beberapa jam sehingga rasa sakit itu reda dan hilang sebelum meneruskan aktiviti.

2. Senaman Ringan Membantu Menguatkan Sendi

Apabila keradangan itu sudah mulai berkurangan, maka lakukanlah senaman yang ringan dan sederhan. Antara aktiviti senaman yang boleh dilakukan adalah berjalan-jalan di sekitar rumah. Tetapi jika sakit lutut anda sudah kronik sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Senaman ringan ini bagus untuk memperkuat otot sekeliling sendi.

3. Terapi Ais Yang Sangat Berkesan

Salah-satu cara yang paling berkesan adalah menggunakan ais sebagai terapi meredakan sakit. Anda boleh menggunakan pek ais atau air batu yang dibungkus dalam kain. Letakkan di permukaan lutut selama 15 ke 20 minit. Lakukan beberapa kali sehari. Anda akan dapati kesakitan akan berkurangan dan ia juga terapi menghilangkan rasa stress. 

4. Tuam Lutut Untuk Memanaskan Sendi

Kita juga boleh menuam lutut bagi memanaskan sendi dan mengurangkan bengkak dengan menggunakan air suam dalam botol atau tungku yang dibalut dengan kain tebal. Sebagai alternatif, kita juga boleh mandi air suam beberapa kali sehari selama 20 minit untuk mengurangkan keradangan. 

6. Tongkat Untuk Membantu Memudahkan Aktiviti

Tidak dapat tidak, kita memang memerlukan alatan untuk membantu menyokong tubuh untuk berdiri, berjalan dan memudahkan kita untuk menyudahkan aktiviti harian tanpa memberi tekanan kepada sendi lutut yang sakit itu. Alat seperti tongkat mampu untuk menyokong berat badan dari lutut dan pinggul ketika berjalan.

7. Daun Pudina Sangat Membantu Meredakan Sakit

Ketika diserang sakit lutut, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah untuk meredakan kesakitan. Mungkin kaedah ini boleh membantu anda. Anda boleh ambil beberapa helai daun pudina yang telah dibersihkan. Kemudian, ramaskan sekali bersama-sama bancuhan bedak sejuk. Akhirnya, ramuan yang telah siap ini boleh disapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama. 

Kombinasi Multi-vitamin Untuk Nenek Tersayang

Oleh sebab tak tertahan lagi melihat nenek sering sahaja sakit untuk mendirikan solat. Saya sarankan pada nenek untuk mengamalkan pengambilan multi-vitamin sebagai rawatan alternatif selain dari preskripsi dari doktor.

Soalan nenek kepada saya:

Halal dan Selamat ke?

Saya bagitahu pada nenek. Confirm HALAL dan SELAMAT sebab Multi-vitamin ini ada SIJIL KKM dan SIJIL HALAL. Sudah tentunya selaras dengan prinsip saya dan ramai orang di luar sana ianya mestilah selamat, semulajadi dan berkesan.

Apa yang penting adalah supaya nenek tak lagi susah nak berjalan aktif dan boleh solat dengan khusyuk tanpa menahan kesakitan.

Ini sebab utama kenapa saya beria-ria mahu nenek ambil multi-vitamin ini:

  1. Advanced Joint Health Table™ (AJHT) menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil ramuan terbaik seperti Boswellia bagi menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang-belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.
  2. Omega Guard™ mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Glukosamina. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.
  3. Ostematrix™ berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas!

Alhamdulillah. Kesakitan pada lutut nenek semakin berkurangan hari demi hari. Kalau sebelum ini, naik turun tangga cukup terseksa, sekarang ada peningkatan. Kini sasaran saya agar nenek tidak lagi menghadapi masalah untuk solat dengan sempurna juga semakin tercapai. 

Tiada yang lebih bahagia daripada melihat orang yang tersayang bebas dari kesakitan yang membelenggu. Jika saya sebagai cucu pun rasa bertanggungjawab untuk bantu nenek kembali pulih. Apatah lagi, jika anda ada ibu dan bapa di kampung yang hari-hari mengharapkan sakit lutut mereka ini akan pergi jauh-jauh dari hidup mereka.

Bantulah mereka. Apa yang pasti, jika kita yang sakit lutut, mereka akan memastikan kita mendapat rawatan yang terbaik kerana anak adalah segala-galanya bagi mereka.

Persoalannya, mampukah kita untuk memastikan mereka mendapat rawatan sendi yang terbaik?

Jadi tunggu apa lagi? Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

5 comments for “Punca Sakit Sendi Lutut Di Usia Emas Dan Cara Atasinya

  1. 26 November, 2014 at 9:48 pm

    Alhamdulillah lutut nenek puan semakin baik dari hari demi hari. Doa saya semoga nenek puan sihat dan dapat megerjakan solat dengan senang hati. Nenek saya juga mengamalkan Shaklee lebih dari 10 tahun. Alhamdulillah..Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk kita semua 😉
    Dilla Jalil recently posted…Cara Kempiskan Perut Buncit Suami Seperti Wanita Hamil 7 Bulan!My Profile

    • 27 November, 2014 at 8:53 pm

      Betul tu Puan Dilla. Nenek saya pun skang ni lutut makin gagah. Semoga nenda puan dilla juga sihat selalu.

  2. 27 February, 2015 at 6:34 am

    Abah saya berusia 84 tahun, saya berikan set sendi Shaklee juga sebab dia ada mengadu sakit di bahagian tumit dan susah utk sujud waktu solat. Alhamdulillah slps lebih 2 minggu amalkan set sendi Shaklee, abah dh boleh solat seperti biasa. Sampai skrg sy masih bekalkannya dgn vitamin2 shaklee ni. Pd usia sebegini, abah masih diberi kepercayaan untuk menjadi imam utama masjid di kg saya..
    Najihah Abdul Mutalib recently posted…CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX DEWASA SUPAYA KULIT KEMBALI HALUS DAN MULUS SEMULAMy Profile

    • 28 February, 2015 at 5:18 pm

      MashaAllah Tabarakallah! Tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat ibubapa kita dalam keadaan sihat walafiat.
      Saya doakan agar ayah Puan Najihah sentiasa sihat walafiat dan dalam rahmat Allah selalu. Aamiin.

      Terima kasih datang jenguk blog saya 🙂

  3. shuk
    27 February, 2015 at 12:03 pm

    Good

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge