Petua Atasi 8 Masalah Rambut Bagi Wanita Bertudung

Alamak! Malam ini ada janji temu dengan si dia. Muka sudah disolek namun rambut ini bermasalah pula untuk didandan rapi. Ada saja yang tak kena. Masakan tidak, sudahlah berkelumumur, bercabang-cabang pula!

Adui! Malunya. Mesti rimas kalau asyik tergaru-garu aje nanti depan si dia.

Hakikatnya, untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan rambut, memerlukan penjagaan yang rapi dan berterusan. Selain itu, kita mestilah ambil tahu apa yang perlu dibuat jika sekiranya menghadapi pelbagai masalah rambut.

Alahai! Bukan susah sangat pun dik oi nak menjaga kesihatan rambut ini! Kata kuncinya, ambil tahu!

Nah baca ni. Satu entri yang diilhamkan dari majalah Rapi. 

Senarai 8 Masalah Rambut Di Kalangan Wanita Yang Bertudung

Nombor 1 : Uban Di Usia Muda!

Benar. Faktor genetik merupakan antara penyebab rambut cepat beruban. Namun, cuba lihat pola pemakanan anda kerana ia juga mempengaruhi pertumbuhan uban.

Sebagai contoh; kekurangan vitamin B juga penyebab uban. Selain itu, stress dan terdedah kepada ancaman bahan kimia dari produk rambut yang mengandungi sulfur berlebihan juga menyebabkan ubat cepat memutih di kepala. Jauhilah tabiat merokok kerana tabiat itu menyebabkan uban tumbuh cepat walaupun umur masih muda.

Pakar rambut menyatakan pengambilan vitamin B 12 yang terdapat dalam susu, telur dan daging merah boleh memperlahankan rambut beruban.

Nombor 2 : Rambut Rapuh Dan Mudah Putus

Hindarkan dari amalkan diet ketat. Batang rambut seseorang terbentuk dari protein yang dinamakan keratin. Sekiranya seseorang itu kekurangan protein, kesannya adalah rambut mudah putus kerana rapuh.

Oleh itu, amalkan pengambilan sumber protein seperti daging merah tanpa lemak, kekacang, badam, telur, oat, roti, keju dan sebagainya kerana ianya membantu membekal nutrisi kepada rambut dari dalam.

Pemilihan jenis sikat dan cara menyikat juga memainkan peranan penting. Penggunaan sikat rambut yang diperbuat daripada kayu amat disarankan kerana ia lebih bagus untuk rambut. Dalam masa yang sama, elakkan daripada menyikat rambut dengan terlalu kuat dan kasar.

Nombor 3: Rambut Mengeriting Dan Kusut Masai

Aduhai! Rambut kerinting sememangnya memiliki susunan partikel yang tak teratur. Inilah yang membuatkannya kelihatan kusam dan kusut dengan mudah. Janganlah pula merasakan perlu untuk meluruskan atau memotong rambut sebagai penyelesaian.

Apa yang perlu dilakukan adalah sapukan krim pelembap rambut selepas disyampu. Jangan lupa untuk ‘trim’ hujung rambut sebulan sekali.

Buang segera anggapan bahawa rambut kerinting tak perlu disikat kerana ia juga perlu disikat tetapi gunakanlah sikat bergigi jarang. Cara menyisirnya adalah bermula dengan hujung rambut sedikit demi sedikit sehingga ke pangkalnya.

Nombor 4 : Masalah Rambut Lepek Dan Berminyak

Penghasilan minyak secara berlebihan pada rambut yang nipis dan tidak lebat akan menyebabkan rambut kelihatan melepek.

Untuk atasinya, ada perlulah rajin mencuci rambut menggunakan syampu yang normal atau berminyak. Kekerapannya bergantung kepada keperluan. Perlu diingat, semasa menyampu rambut, jangan menggosok kulit kepala terlalu kasar kerana ia akan merangsang kelenjar kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.

Elakkan juga menggunakan syampu jenis ‘mild’ kerana ianya akan membuatkan rambut lebih kelihatan melepek. Selain itu, sikatlah rambut dengan perlahan-lahan. Bagi yang bercadang untuk mengubah gaya rambut pula, anda bebas untuk memilih apa jua jenis potongan asalkan rajin merawatnya.

Nombor 5: Rambut Bercabang-Cabang

Selalunya, jika kita mempunyai masalah rambut bercabang di hujung, perkara lazim yang dibuat adalah menggunting sedikit rambut di bahagian hujung. 

Setelah itu, barulah dimulakan dengan penjagaan rambut kering. Caranya mudah sahaja. Gunakan perapi rambut semasa bersyampu atau sebelum mendandan rambut menggunakan curling iron’Hindari rambut dari terlalu lama terdedah kepada sinaran UV matahari.

Nombor 6 : Kelemumur! Kelemumur! Kelemumur!

Makhluk Tuhan ini biasanya muncul apabila kulit terlalu berminyak atau terlalu kering. Justeru, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air putih secukupnya adalah sangat penting untuk memastikan kulit rambut sihat dari dalam.

Bersihkan juga sikat rambut secara teratur supaya dapat menghindari sebarang jangkitan kuman. Rambut juga haruslah disikat dengan perlahan agar minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala boleh diratakan ke seluruh batang rambut.

Selain itu, gunakanlah syampu yang mengandungi selenium sulfide atau salicylic acid ketika mencuci rambut.

Nombor 7 : Rambut Berguguran Bak Dedaun Kekeringan!

Masalah rambut gugur ini antara masalah biasa yang dihadapi oleh wanita muslimah yang bertudung litup.

Sekiranya anda risau keadaan rambut yang semakin menipis, amalkan pengambilan makanan seperti salmon, hati, lobak, pisang dan soya. Makanan ini kaya dengan biotin iatu zat yang sangat penting untuk menjaga dan memperkuat akar serta pertumbuhan rambut.

Nombor 8 : Rambut Sukar Di Urus

Pernahkan anda berasa geram melihat rambut-rambut degil yang kelihatan bercacak-cacak atas kepala? Rambut-rambut nakal dan degil ini sebenarnya perlu diuruskan sejak dari awal lagi iaitu ketika rambut kita dicuci.

Pastikan perapi rambut digunakan semasa bersyampu. Dengan cara ini, rambut akan lembut dan mudah dirias dengan baik. Tak kiralah apa jua gaya rambut anda.

Rambut Gugur Merimaskan Namun Wanita Ini Dah Jumpa Solusi!

Kebanyakan Masalah Rambut Berpunca Dari Kekurangan Nutrisi

Jika anda telah membaca dari atas sehingga ke sini. Anda akan dapati sebenarnya masalah rambut kebanyakannya adalah berpunca daripada kekurangan vitamin tertentu. Kekurangan vitamin ini disebabkan oleh pemakanan kita seharian yang tidak memberikan nutrisi yang secukupnya diperlukan oleh rambut untuk lebat, sihat dan menawan.

Justeru, penyelesaiannya adalah memahami nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Apakah vitamin-vitamin yang perlu untuk rambut kembali sihat dan cantik walaupun bertudung?

Vitamin A

Vitamin A adalah sumber nutrisi yang paling utama untuk rambut. Kita boleh makan tembikai, sayur hijau dan daging tetapi tetap takkan dapat jumlah nutrisi secukupnya menurut standard USRDA.

Oleh sebab itu, vitamin berbentuk supplemen adalah pilihan terbaik.

Bagaimana vitamin A membantu menyihatkan rambut?

1. Ia kaya dengan antioksidan untuk melembapkan sebum di kulit kepala.

2. Ia menentang radikal bebas oleh pencemaran supaya rambut berasa lebih ringan dan struktur lebih kuat.

3. Ia akan membantu menebalkan rambut supaya akarnya lebih kuat.

4. Vitamin A Shaklee boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax

Vitamin B-Complex

Apabila disebut kompleks ia bermaksud ia mengandungi segalanya termasuklah vitamin B6, B12 dan Biotin. Berikut adalah hasil jika konsisten mengambil B-complex:

1. Kadar kehilangan dan keguguran rambut dapat dikurangkan.

2. Uban lambat tumbuh kerana vitamin B melewatkan proses penuaan rambut.

3. Pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan lebih panjang

4. Rambut cantik bersinar.

Vitamin E

Vitamin E memang berfungsi untuk melembutkan kulit. Vitamin E juga penting untuk rambut kerana membantu peredaran darah bagi memastikan kulit kepala kekal sihat.

Kenapa kita perlu pastikan kulit kepala sihat?

1. Rambut lebih ikal mayang dan lembut.

2. Rambut bercabang akan dapat dihindari. 

Asid Folik

Vitamin B kompleks biasanya mengandungi dos asid folik yang mencukupi. Tak perlu gusar lagi untuk membeli vitamin lain.

Bagaimana Asid Folik boleh membantu?:

1. Menghindar rambut beruban.

2. Memperkuat struktur rambut supaya lebih tebal.

3. Menjadikan rambut lebih berkilat.

4. Melembapkan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut. Asid Folik ada dalam roti dan bijirin. 

Zinc

Zinc adalah mineral yang terbaik dan tepat untuk masalah rambut gugur. Zinc membantu mengawal hormon dalam tubuh sekaligus berfungsi menyelenggara kelenjar minyak yang dirembes oleh kulit kepala.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa
images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge