Penyakit Kanser Berpunca Daripada Daging Yang Diproses

Laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan daging yang diproses seperti daging salai, sosej, bacon, daging burger dan lain-lain merupakan punca kepada penyakit kanser.

Dalam laporan itu juga dinyatakan bahawa pengambilan sejumlah 50 gram daging proses dalam sehari akan meningkatkan kebarangkalian untuk diserang kanser sebanyak 18 peratus. 50 gram itu lebih kurang 2 keping bakon salai. Menakutkan!

Selain itu, daging merah juga menurut WHO berkecenderungan untuk menjadi penyebab kanser. Namun begitu, masih belum ada bukti kukuh secara saintifik untuk membuktikannya.

Walaupun begitu, WHO tidak menafikan bahawa daging yang diproses juga mempunyai kebaikannya tersendiri untuk kesihatan. Tetapi, cuba renungkan adakah kita sanggup untuk meningkatkan risiko sebanyak 18 peratus hanya untuk memuaskan nafsu makan kita?

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Apakah Itu Daging Yang Siap Diproses?

Sebelum itu. Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan daging yang siap diproses itu?

Sebenarnya daging proses itu adalah daging yang telah mengalami proses pengubahsuaian untuk meningkatkan jangkahayat penyimpanannya atau pun diubahsuai untuk mengubah rasanya.

Ia boleh dilakukan dengan cara seperti mengawet, mengasapkan atau menambah garam dan bahan pengawet.

Penambahan Bahan Asing Dan Pengawet Inilah Meningkatkan Risiko Kanser!

Dalam pada itu, kajian WHO juga membuktikan bahawa aktiviti barbeku iaitu memanggang daging pada suhu tinggi boleh menjadi pencetus kepada ransangan kimia yang menghasilkan agen kanser.

Rumusan WHO menyatakan bahawa Agensi Antarabangsa Untuk Kajian Kanser mengkategorikan daging siap proses ini sama dengan bahan seperti plutonium dan alkohol. Dua elemen ini memang telah dibuktikan sebagai agen pencetus penyakit kanser. 

Tetapi jangan pula salah faham. Ini kerana WHO sendiri mendapati ini bukanlah satu indikator yang menyamakan berapa banyak kesan kanser yang boleh tercetus daripada penghasilan daging proses. Contohnya, makan sandwich bakon tak sama dengan risiko kesan akibat tabiat merokok.

Bagi setiap individu, risiko untuk diserang kanser usus akibat mengambil daging siap proses adalah kecil buat masa ini. Tetapi walaupun kecil namun risiko ini bertambah jika kita makan daging proses itu dalam kuantiti yang banyak.

Habis Tu Tak Boleh Makan Langsung Ke?

Menurut statistik terkini, dianggarkan seramai 34 ribu orang telah maut akibat kanser setiap tahun yang boleh dikaitkan dengan diet yang tinggi dalam pengambilan daging siap proses. Jumlah ini sangat jauh nak dibandingkan dengan sejuta manusia yang maut akibat kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok atau 600 ribu kematian akibat kanser yang berpunca daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.

WHO juga merumuskan bahawa daging merah juga adalah penyumbang utama untuk zat besi, vitamin B12 dan zink kepada manusia sejagat.

Tetapi janganlah risau kerana tiada bukti buat masa ini yang menyatakan pengambilan 100 gram daging merah sehari akan meningkatkan risiko kanser. Tetapi, janganlah makan secara berlebihan!

Menurut Prof Tim Key dari Pusat Kajian Kanser United Kingdom dan juga Universiti Oxford, semua orang tidak harus menghentikan pengambilan daging sebagai diet utama.

Namun, sekiranya selama ini kita memang jenis yang suka ambil daging proses dalam jumlah yang banyak, mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk mengurangkannya. Sesekali makan bakon tidak akan menjejaskan kesihatan namun apa yang penting adalah pengambilan makanan yang seimbang.

Entri ini bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa kajian WHO ini sangat penting untuk kita supaya kita dapat merancang makanan seimbang dan selamat untuk seisi keluarga.

Makanlah Untuk Hidup. Jangan Hidup Untuk Makan!

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

4 comments for “Penyakit Kanser Berpunca Daripada Daging Yang Diproses

  1. nurul
    23 August, 2016 at 12:32 am

    Setiap kali saya makan daging saya mesti akan rasa sakit kat dada and perut kenap ekk.. sebab kanser jugak kee??

    • 13 October, 2016 at 1:42 pm

      Tidak semestinya. Banyak sebab lain. Kena check doktor tu atau boleh cuba supplemen shaklee. PM saya 011 15690082 🙂

  2. 20 October, 2017 at 11:37 pm

    dulu saya tak boleh mkn daging..mesti naik biji2 besar dan gatal. saya amalkn vitamin c shklee…its work!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge