Pengedar Shaklee Di Bintulu Untuk Urusan COD

Hi semua. Nama saya Roziana Jemat. Saya merupakan pengedar Shaklee aktif di sekitar Bintulu. Saya juga mempunyai Ready Stok produk Shaklee untuk urusan COD untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Berita baik kepada semua yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee secara Cash-On-Delivery (COD) boleh hubungi saya:

Roziana Jemat

Contact No: 012 875 6806

Kisah Saya Diserang Penyakit Kulit Kronik Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja 

Saya seorang work-at-home-mom (WAHM) yang menjalankan urusniaga Shaklee dari rumah. Saya memilih bisnes Shaklee ini kerana ianya sangat fleksibel memandangkan rutin harian saya yang perlu menguruskan rumahtangga dan menjaga ibu saya yang sudah uzur. Justeru, bisnes ini sangat sesuai dengan saya.

Saya pernah bekerja di Terminal Bas Bintulu selama 10 tahun lebih. Sehinggalah pada tahun 2013, saya diserang penyakit kulit yang sangat teruk. Akhirnya saya terpaksa akur dengan keadaan dan terpaksa berhenti kerja demi memastikan penyakit kulit yang alami ini segera sembuh. Memang tak boleh nak bertahan dengan kerja masa itu. Teruk sangat keadaannya.

Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya dan keluarga ketika itu. Saya jumpa ramai doktor dan pelbagai jenis ubat sudah saya telan. Hasilnya tetap tiada perubahan. Akhirnya, seorang doktor telah mengenalpasti yang saya diserang penyakit kulit eczema.

At least, saya sudah temui apa penyakit dan puncanya. Pelbagai jenis vitamin telah saya ambil untuk penyakit kulit saya ini, sama juga hasilnya. Tiada perubahan positif. Sehinggalah satu hari. Perancangan Allah itu Maha Baik, saya telah terjumpa dengan sahabat lama. Dia syorkan kepada saya untuk mencuba produk Shaklee.

Sesampai sahaja di rumah. Saya terus gigih men’google’ maklumat tentang Shaklee. Ada banyak blog tentang Shaklee yang saya baca sehinggalah saya terjumpa blog Puan Aizah. Tetapi saya tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh Puan Aizah. Puan Aizah ini kira susur-galur celikvitamin jugalah. Puan Aizah cadangkan agar saya mencuba Set Eczema Shaklee. Dipendekkan cerita, saya mula dengan Omegaguard dan Protein ESP.

Setelah 2 bulan saya konsisten dan ikut panduan lengkap yang diberikan. Alhamdulillah sudah mula nampak hasilnya. Kesan merah-merah pada kulit muka dan badan semakin berkurangan. Ini meyakinkan saya untuk ambil vitamin untuk kecantikan kulit iaitu Vitalea dan Vitamin C.

Alhamdulillah. Sehinggalah sekarang. Memang ketara perubahannya. Kulit saya sudah semakin cantik dan anjal. Adik saya pun rasa cemburu tengok kulit saya yang putih gebu ini. Hehe. Selain itu, asthma saya pun semakin baik dan badan tak rasa penat. Walaupun menguruskan keluarga dan jaga ibu sakit.

Bayangkanlah. Hampir setahun lebih, saya menahan sengsara kerana penyakit kulit ini. Sehinggalah bertemu jodoh dengan Shaklee. Memang saya dah jatuh cinta sangat-sangat dengan produk Shaklee.

Sekarang ini saya ambil keputusan untuk berkongsi kebaikan produk ini dengan orang lain. Bersyukurlah kalau kita sihat. Tapi, ramai lagi orang perlu tahu tentang kebaikan produk Shaklee ini.

Inilah cerita Shaklee Effect saya.

Paling penting Shaklee sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan!

Rahsia Bagaimana Menjana Income Secara Online Dengan Fleksibel 

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi produk Shaklee boleh hubungi:

Roziana Jemat

Contact No: 012 875 6806

1 comment for “Pengedar Shaklee Di Bintulu Untuk Urusan COD

  1. 21 October, 2015 at 1:17 pm

    wow .. hebatnya shaklee effect ni , Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge