Koleksi Testimonial Set Vitamin Kesuburan Shaklee

Ada banyak pelanggan saya yang telah hamil dengan izin Allah SWT selepas mengamalkan vitamin kesuburan Shaklee ini. Tetapi ada antaranya yang tak mahu berkongsi atas alasan peribadi.

Dalam banyak koleksi testimonial saya, tentulah yang paling istimewa ialah kisah kakak ipar saya sendiri. Kami telah diraikan dalam kenduri yang sama iaitu kenduri menyambut menantu dan kenduri kakak ipar saya.

Kisah Kakak Ipar Saya Sendiri Yang Menanti Hampir 6 Tahun

Saya telah pun disahkan mengandung pada tahun kedua perkahwinan iaitu sekitar 2008. Sebenarnya, kakak ipar saya ini telah pun mengandung pada tahun pertama perkahwinan, namun takdir Allah SWT kandungan beliau gugur kerana beliau terjatuh ketika menuruni anak tangga ketika usia kandungan lebih kurang 4 minggu.

Namun, kakak ipar saya ini telah menunggu dengan sabar selama hampir 6 tahun. Tuhan sahaja yang tahu perasaan beliau dan suami. Pelbagai cara dan tips telah pun dicuba untuk menimang anak. Beliau pernah bertemu dengan Dato’ Dr Haron Din minta didoakan. Berurut dengan berapa ramai tukang urut. Pelbagai produk dan petua sama ada tradisional atau moden pada masa itu telah pun dicuba. Kami sekeluarga hanya mampu memberikan dorongan dan kata-kata semangat untuk beliau dan suami.

Perancangan Allah SWT itu memang sempurna, saya telah diperkenalkan dengan Shaklee untuk menyelesaikan masalah penyusuan ketika melahirkan anak kedua pada 2011. Pada masa itu saya mengambil Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Apabila telah mendapat manfaatnya terasa ingin berkongsi kebaikan dengan orang lain. Antara pelanggan terawal saya adalah kakak ipar saya sendiri.

Saya mengesyorkanan supaya beliau mencuba Set Kesuburan Shaklee. Mungkin kerana saya adik iparnya kot jadi dia percaya dengan saranan saya. Beliau telah mula mengambil Set Kesuburan Shaklee ini pada Januari 2012. Takdir Allah SWT, selepas 6 BULAN beliau telah pun disahkan mengandung oleh doktor. Menangis kegembiraan saya bila mendengar berita gembira tersebut.

Untuk persediaan, beliau mengambil set lengkap Shaklee semasa mengandung, bersalin dan berpantang seperti Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Kini beliau adalah seorang ibu kepada Damia Najihah yang sihat dan montel..!!!!

Berikut adalah screenshot testimonial beliau yang diletakkan di Facebook Celikvitamin.

Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.

Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.

Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…

Antara Koleksi Testimonial Set Kesuburan Shaklee

 Pelanggan Suka, Kami Bahagia!

Masa dapat mesej ini dari pelanggan saya, kebetulan hari itu ada 2 pelanggan yang mesej saya. Kedua-duanya sudah mengandung selepas konsisten mengamalkan set kesuburan Shaklee. Alhamdulillah!

Puan Nurul Fiza ini ambil Set Kesuburan untuk Suami dan isteri. Selepas 2 bulan, Alhamdulilllah hasilnya positif beliau mengandung.

Ina Achu ini juga seorang pengedar Shaklee. Berkongsi berita gembira, ceritanya juga hampir sama. Pelanggannya mengandung juga selepas 2 bulan mengamalkan vitamin untuk kesuburan dengan konsisten.

Puan Hazlynn Hakim telah berkahwin selamat 4 tahun 6 bulan dan masih belum dikurniakan anak kerana bermasalah senggugut dan kitaran haid yang panjang. Sehinggalah beliau mengamalkan GLA Shaklee untuk stabilkan period dan beliau telah disahkan mengandung 6 minggu oleh doktor ketika itu.

Bagi saya yang tak nampak tulisan. Apa yang dicoretkan oleh Puan Kamsiah Ahmad adalah:

As Salam… dah lama baca testimonial dari orang lain. hari ni nak share testimoni sy sendiri pulak. Sy ni mmg dari zaman bujang period tak teratur. kadang2 3 bulan sekali. sy xpenah ambik kisah perkara ni. bila dh kawen, alhamdulillah ada rezeki, dpt 2 org cahayamata yang comel. lepas kelahiran anak ke-2, period masih tak teratur. masih jgk x ambik kisah. sy bersalin anak ke-2 bln 3/2010. period terakhir bln oktober 2011. sy langsung x dtg period selepas tu. akhirnya sy try consume gla & esp utk atur period cycle. alhamdulillah, period dtg bln puasa 2012 (ogos 2012). & sekarang tanpa dijangka, sy pregnant. In Shaa Allah due dec 2013…..

Inilah dia selembar kisah kehidupan bagi mereka yang mempunyai masalah untuk mengandung. Mungkin bagi ada antara kita yang tak pernah bermasalah untuk hamil tapi masih ramai di luar sana yang perlu dibantu untuk mendapatkan zuriat yang pertama atau bermasalah untuk menambah zuriat.

Sekiranya anda juga sama seperti mereka di atas, saya sarankan untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini. Insha-Allah saya akan membantu anda sedaya upaya dengan konsultasi berterusan dan janganlah anda berputus asa.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Anda juga boleh mengambil vitamin bagi meningkatkan kesuburan untuk suami dan isteri. 

Vitamin Untuk Suami

Zink Complex

  • Membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks.
  • Perlu untuk penghasilan sperma berkualiti.
  • Meningkatkan tahap hormon testosteron.

CoQHealth Plus

  • Nutrien penting untuk meningkatkan mortaliti sperma di dalam air mani.
  • Merupakan antioksidan melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin E Complex

  • Dikenali sebagai vitamin cinta
  • Kajian lain pula membuktikan Vitamin E mempertingkat kesihatan dan kualiti sperma.
  • Pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E.

 

Vitamin Untuk Isteri

Gla Complex

  • Membantu menstabilkan hormon dan kitaran haid
  • Membantu penghasilan mukus serviks berkualiti
  • Membantu melicinkan perjalanan sperma berenang ke ovum
  • Meningkatkan jangka hayat sperma dalam ovum sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.
  • Boleh membantu atasi masalah senggugut (period pain)
  • Memperkuat placenta dan menebalkan lapisan uterus

Vitalea Iron Formula

  • Memastikan survival sel untuk terus hidup
  • Membantu dalam pertumbuhan sel baru
  • Membantu dalam proses tumbesaran
  • Membantu memperkuat sistem reproduksi lelaki dan wanita

B Complex

  • Menolong proses sintesis bahan genetik sel-sel tubuh
  • Memperkasa fungsi otak
  • Risiko keguguran dapat dikurangkan
  • Risiko kecacatan bayi semasa lahir dapat dikurangkan
  • Membantu melegakan stress bagi lelaki atau wanita

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino dalam pembentukan sel.
  • Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan
  • Sumber protein biologi lengkap berasaskan tumbuhan semulajadi.

Alfalfa Complex 

    • Membantu mengurangkan sakit ketika bersama
    • Mengatasi masalah keputihan
    • Membantu atasi masalah haid yang tidak menentu
    • Berfungsi seperti kacip fatimah merapatkan kembali keintiman isteri

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge