Jangan Makan Durian Sebab Kolestrol tinggi? Mengarutlah!

Ya! Memang betul itu adalah mitos semata-mata. Tapi jangan terkejut. Saya pun baru tahu tentang informasi ini dari pembacaan saya melalui blog Kevin Zahari. Ramai antara kita yang sering mempunyai persepsi setiap makanan mempunyai kolestrol tersendiri.

Namun sebenarnya kita silap. Fakta sebenar kolestrol hanya wujud dari sumber yang berasaskan haiwan sahaja! Ini bermaksud kolestrol tidak terdapat pada makanan yang bersumberkan tanam-tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kesian Durian Dapat Reputasi Buruk Kerana Kita Salah Faham

Berikut adalah 10 Perkara Menarik Tentang Durian yang kita tidak tahu.

  1. Durian berkalori tinggi. Jawapan: Mitos!
    Ramai yang takut makan durian sebab takut gemuk kerana kalori. Sebenarnya seulas durian baru mengandungi 50 Kcal. Kalori sebanyak itu tidaklah terlalu tinggi jika di makan 3-4 ulas. Tidaklah tinggi sangat. Tapi janganlah makan sampai 2 biji pula!
  2. Durian berkolesterol tinggi. Jawapan: Mitos!
    Absolutely wrong! Seperti yang telah dijelaskan. Kolestrol cuma dari sumber haiwan, bukan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuram. Faham ke faham?
  3. Durian Tiada Nutrisi? Jawapan: Mitos!
    Raja buah ini sangat kaya dengan variasi vitamin dan mineral seperti antioksidan seperti Vitamin C, B-complex dan Potassium. Durian juga mengandungi Kalsium dan fosforus. Bukankah itu semua nutrisi yang diperlukan tubuh?
  4. Durian berlemak tinggi. Jawapan: Mitos!
    Tidak wahai para pembaca. Seulas durian hanyalah mengandungi lebih kurang 1 ke 2 gram lemak dan lebih-lebih lagi ia bukanlah lemak tepu (saturated fat). Jangan bimbang.
  5. Kandungan Gula Yang Tinggi.
    Seulas durian mempunyai kandungan gula lebih kurang 10 gram. Ia bergantung kepada banyak mana anda makan. Kalau makan dua ke tiga ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
  6. Makan Durian Badan Jadi Panas. Memang betul. Ini kerana durian mempunyai kualiti untuk memanaskan tubuh. Justeru, makanlah secara bersederhana jangan berlebih-lebihan.
  7. Durian Boleh Meningkatkan Nafsu Seks? Tepat sekali.
    Bila kita makan durian. Durian berupaya menyebabkan tubuh menjadi panas. Ini secara tak langsung akan meningkatkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menjadi pencetus keghairahan. Hati-hati jika anda ada penyakit darah tinggi.
  8. Durian Tidak Sesuai Untuk Orang Berdiabetes.
    Betul tapi itu bukan soal makan durian sahaja. Memang mereka yang ada penyakit kencing manis perlu mengawal kadar pengambilan gula dalam darah. Tidak kira apa sahaja makanan yang diambil. Lebih-lebih lagi makanan atau minuman yang mengandungi kadar glukosa yang tinggi.
  9. Durian Mampu Kurangkan Stress?
    Hal ini berkemungkinan juga kerana durian mengandungi asid amino yang dipanggil tryptophan yang membantu mempertingkatkan penghasilan hormon serotonin yang menyebabkan mudah mengantuk. Justeri, ia akan merangsang anda untuk tidur supaya anda boleh berehat dengan tenang.
  10. Jangan makan berlebihan?
    Memang betul. Semua perkara dalam dunia ini hendaklah secara bersederhana. Contoh paling senang pengambilan gula dan garam. Terlebih gula jadi kencing manis. Terlebih garam dapatlah penyakit darah tinggi. Jadi berpada-padalah dalam makanan dan minuman. Namun,seulas ke tiga ulas durian sekali jalan tidaklah mendatangkan kesan yang teruk!

Jadi, sekarang anda sudah pun menjadi pakar tentang durian. Selepas ini jika ada yang bertanya perihal 10 perkara di atas ini, boleh anda jawab seperti seorang profesor yang membuat kajian tentang durian!

Adakah Kita Perlu Melompat Riang Sebab Boleh Makan Durian Tanpa Batasan?

Jangan begitu tuan-tuan dan puan-puan. Walaupun kita sekarang sudah tahu durian tak berkolestrol. Ia tidak bermakna kita boleh makan tanpa kawalan. Sebenarnya kesihatan tubuh seperti jantung tidak hanya berkisar tentang kolestrol sahaja.

Segala perkara dalam dunia ini yang paling baik adalah secara bersederhana. Jika kita makan tanpa kawalan ia adalah punca mengundang pelbagai penyakit kerana apabila kita obese atau kegemukan, risiko penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis juga akan meningkat.

Kesimpulannya, makanlah dengan terkawal. Bersederhana adalah yang paling baik.

Pernah dengarkan petikan kata-kata berikut:

Makanlah sebelum perut berasa lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.

Paling bagus ialah makan makanan yang seimbang. Pastikan senaman sekurangnya 30 minit sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dapatkan berat badan (BMI) yang unggul. Sudah tentu tubuh anda akan sihat walafiat dan bebas dari serangan penyakit kronik.

Ambillah Supplemen Jika Anda Bimbang Paras Kolestrol Meningkat

Salah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dan mempunyai hypertensi adalah suami saya. Suami saya ini adalah antara manusia yang degil dan tak mahu dengar nasihat saya supaya amalkan pengambilan supplemen jika mahu kolestrol dan hypertensi beliau terkawal.

kompilasi sebelum

Beliau mempunyai tekanan darah tinggi tetapi tidak mahu makan ubat. Sehinggalah beliau pening kepala sehingga tidak boleh bangun. Pergi berjumpa dengan nutrionist dan dinasihatkan berjumpa dengan doktor. Maka barulah beliau pergi menemui doktor pakar di Hospital Annur Bangi. Pakar tersebut mendesak agar suami saya mengambil dos ubat darah tinggi. Tetapi suami saya berkeras mahu mengubah cara hidup dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Dia tak mahu makan ubat sepanjang hayat (walaupun sebenarnya tidak perlu jika hypertensi terkawal).

Saya sebagai isteri, menyokong sepenuhnya usaha beliau dan menasihatkan beliau untuk mengamalkan 4 perkara berikut:

1. Ubah cara hidup. Tidur awal. Kurangkan stress.

2. Bersenam setiap hari selama 30 minit.

3. Kawal pemakanan. Amalkan pemakanan seimbang. Rebus, bakar dan salai sahaja.

4. Mengamalkan pengambilan supplemen sebagai booster untuk mengawal kolestrol, darah tinggi dan menurunkan berat badan.

Alhamdulillah. Setelah konsisten selama lebih kurang 3 bulan semenjak dari 22 Oktober 2014. Berat badan beliau sebelum ini 83 Kilogram kini telah pun turun sehingga 71 kilogram. Blood pressure beliau berada dalam tahap normal. Beliau kini berasa lebih sihat dan tubuh lebih ringan berbanding kehidupan beliau sebelum ini.

Persoalannya, sejauh mana anda atau orang-orang yang anda kenal yang bermasalah sama seperti suami saya, sanggup untuk berubah bagi kehidupan yang lebih sihat demi untuk anak-anak dan isteri tersayang?

Perkongsian Ikhlas Dari Suami Saya Untuk Sesiapa Yang Nak Bebas Hypertensi Seperti Beliau

 

Perkara pertama yang paling penting adalah KESANGGUPAN kita sendiri untuk berubah. Jika tiada kesanggupan maka kita tidak akan berdisiplin. Suami saya tidak sanggup lagi untuk hidup dengan cara hidup yang tidak sihat seperti dahulu. Dia tidak sanggup lagi melalui detik-detik yang mana beliau berkemungkinan diserang penyakit jantung.

Sanggupkah anda untuk berubah demi orang-orang tersayang?
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge