Faktor Keturunan Adalah Punca Susu Ibu Kurang?

Sepanjang lebih 3 tahun berblogging, saya kerap dihujani oleh pelbagai persoalan yang dihantar melalui private message, whatsapp, telegram, SMS, Facebook, emel dan sebagainya. Soalan yang ditanya kadang-kadang pelik, kelakar, serius, sedih dan macam-macam lagi. Antara soalan yang sering ditanya ialah adakah faktor keturunan adalah punca susu ibu kurang?

Susu Ibu

Ikhlas saya katakan, saya juga dahulunya menyangka bahawa keturunan adalah salah-satu faktor yang menyebabkan susu ibu tidak meriah. Lebih-lebih lagi, mendengar cerita daripada kawan-kawan yang sebenarnya juga tak pasti tentang perkara sebenar. Hikhikhik. Apabila berpantang di kampung, kesedaran tentang kepentingan susu ibu untuk anak juga tidak membantu. Kebanyakan daripada kita akan mudah rasa bimbang dan terganggu apabila mendengar kisah-kisah sensasi dari emak dan adik-beradik lain yang menghadapi masalah bersalin dan masalah penyusuan. Fakta sebenarnya ialah kemungkinan untuk anda menghadapi masalah fizikal yang menghalang anda untuk menyusukan bayi adalah sangat kecil peratusannya. Apatah lagi faktor keturunan yang sebenarnya hampir tiada kena mengena langsung dengan penyusuan susu ibu!

Amat jarang sekali seorang ibu mengalami masalah kekurangan susu oleh faktor-faktor semulajadi. Masalah susu kurang di awal-awal minggu penyusuan adalah perkara biasa dan bersifat sementara sahaja. Semua orang mengalaminya termasuklah saya sendiri terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. Masalah ini akan dapat di atasi apabila aktiviti menyusu anak menjadi stabil. Justeru, jangan berasa stress kerana ianya adalah hal yang normal.

Kita perlu secara konsisten menggalakkan si manja untuk menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa dan tidak stress. Bekalan susu menjadi kurang jika bayi kurang disusukan, kedudukan penyusuan yang tidak betul dan mengehadkan masa menyusu anak.

Cara Menyusu Bayi

Fakta Penting Perlu Diketahui Oleh Para Ibu.

Bayi yang baru lahir perlu menyusu  sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam sehari. Biasanya, kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Semakin kerap bayi kita menyusu, semakin cepat payudara ibu akan dikosongkan dan susu akan dihasilkan dengan lebih banyak. Ini kerana apabila payudara ibu kosong, ia akan menghantar isyarat kepada otak yang ‘demand’ sangat tinggi dan ‘supply’ perlu ditingkatkan untuk memenuhi permintaan selaras dengan hukum ‘demand’ dan ‘supply’ dalam teori ekonomi. Kebanyakan bayi akan menyusu dalam tempoh 30 hingga 40 minit untuk setiap sesi menyusu susu ibu. 

Berikan kebebasan kepada anak kecil anda untuk mengawal penyusuan sehingga puas dan akhirnya melepaskan sendiri puting susu apabila sudah kenyang.

Kafein Punca Susu Kurang

Mengikut orang-orang tua dahulu, semasa pantang digalakkan minum kopi atau nescafe termasuklah nenek saya sendiri. Walhal sebenarnya antara faktor yang menyebabkan susu ibu tidak banyak adalah pengambilan kafein secara berlebihan. Secara berlebihan di sini bermaksud mengambil lebih dari lima cawan kopi dalam sehari.

Antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada kekurangan susu ibu termasuklah:

  • Amalan merokok oleh ibu. Amat jarang sekali berlaku dalam masyarakat Malaysia.
  • Penggunaan ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.
  • Bayi juga boleh menjadi penyumbang kerana berkemungkinan menghadapi masalah menghisap puting susu ibu. Biasanya ini adalah bersifat sementara. Anda boleh rujuk dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman atau pun kaunselor penyusuan susu ibu berdaftar seperti saya.

Pengalaman Menggunakan Penggalak Susu Atau ‘Milk Booster’. Tonton Video Ini.

Saya sama juga seperti ibu-ibu muda yang lain ketika mengandungkan anak sulung sangat-sangat ingin memberikan yang terbaik dengan menyusukan anak dengan susu sendiri. Namun, apabila anak sulung saya selamat dilahirkan, pengetahuan yang kurang tentang ‘breastfeeding’ ditambah pula dengan kurangnya sokongan persekitaran menyebabkan saya tidak berjaya menyusukan anak sulung saya itu.

Keadaan saya begitu tertekan pada masa itu dan sering bertanya kenapa saya gagal menyusukan anak seperti orang lain?

Rentetan dari itu, semasa mengandungkan anak kedua, saya membuat persedian rapi dengan mendalami pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan bergaul dengan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu. Alhamdulillah setelah anak dilahirkan, saya berazam untuk menyusukan bayi sehingga usia mencecah dua tahun.

Sama juga pengalaman seperti ibu-ibu di luar sana, pada permulaan memang agak stress kerana tidak biasa dan susu pun tidak semeriah mana. Saya melakukan apa sahaja cara untuk menambah kuantiti susu kerana risau anak lapar tak cukup susu. Berurut secara tradisional dan sebagainya.

Sehinggalah saya terbaca pengalaman dari kawan sekolah yang mengamalkan penggalak susu atau ‘milk booster’ Shaklee. Jadi saya bermula dengan kombinasi suplemen untuk ‘breastfeeding mother’ pada Jun 2011.

Jujurnya, Alhamdulillah setelah konsisten dengan pengambilan suplemen Shaklee, saya berjaya menyusukan anak kedua saya itu sehingga usianya lebih 2 tahun. Tidak pernah saya mengalami susu merudum walaupun di bulan puasa atau semasa datang bulan.

Testimonial Susu Ibu

Testimonial 2 ~ ESP Membanyakkn susu ibu

Testimonial 3 ~ ESP Membanyakkn susu ibu

Gentle reminder kepada anda diluar sana. Pengambilan vitamin ibu menyusu Shaklee ini perlu seiring dengan konsep ‘supply’ dan ‘demand’ seperti yang saya kongsi sebelum ini. Dan bila saya sebut kombinasi suplemen untuk ibu menyusu, bukanlah semuanya bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran susu. Ada suplemen yang saya ambil adalah untuk keperluan ibu sendiri untuk kekal cergas dan sihat dalam melaksanakan rutin harian. Lebih-lebih lagi, jika anda seorang ibu bekerjaya.

 

Antara supplemen yang anda boleh ambil untuk meningkatkan susu ibu dan kekal cergas termasuklah:

1) Vitalea

2) B Complex

3) Vitamin C

4) Alfalfa

5) Ostematrix

6) ESP

7) Performance Drink

8 ) Nutriferon

VITAMIN IBU MENYUSU

BANYAKNYER??

Ohh..tak semestinya perlu ambil semua. Kalau perlu ambil semua pun, tak perlu gusar. Anda akan diberikan konsultasi premium dan jadual pemakanan yang lengkap dari saya. Buktikan anda juga adalah seperti ibu-ibu hebat di luar sana yang mampu memberikan susu ibu kepada anak sendiri sehingga usianya 2 tahun!

Sila hubungi saya untuk mengetahui vitamin mana yang anda perlukan. Semuanya mengikut budget dan keperluan anda.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge