Cara Cegah Dari Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah suatu keadaan di mana otak mengalami kemerosotan ingatan yang sangat serius hingga menyebabkan pengidapnya tidak mampu menguruskan diri sendiri. Kebiasaannya, golongan tua akan diserang penyakit alzheimer ini.

Dalam istilah masyarakat kita, Alzheimer ini sering ditafsirkan sebagai nyanyuk.  Penyakit ini memusnah dan mematikan sel-sel saraf atau neuron otak yang membawa kepada kehilangan ingatan, perubahan personaliti dan akhirnya kegagalan untuk melakukan tugas harian seperti mandi, makan, buang air dan sebagainya.

Penyebab Tercetusnya Penyakit Alzheimer

Para saintis masih tak mengetahui dengan tepat apa penyebab utama Alzheimer. Namun, kajian menunjukkan bahawa puncanya termasuklah faktor keturunan, persekitaran dan gaya hidup. Pada peringkat awal penyakit ini, terdapat beberapa gejala yang sangat jelas.

Walaupun sebenarnya perubahan fizikal berlaku dalam otak. Tetapi kadangkala simptom-simptom awal itu telah mula berlaku. Antaranya,tabiat pelupa seperti tak ingat di mana letak barang atau terlupa tarikh-tarikh penting yang selalu kita ingat. 

Sel saraf atau neuron otak yang dulunya sihat kini mula kurang cekap bekerja. Lama-kelamaan, neuron ini kehilangan keupayaan untuk berfungsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Akhirnya, sel-sel ini akan terus mati dan otak akan mengecut. Kerosakan itu juga merebak ke bahagian ‘hippocampus‘ otak iaitu kawasan utama di mana memori atau ingatan baru terbentuk.

Kajian juga menunjukkan mungkin ada perkaitan antara penurunan fungsi kognitif, vaskular, dan keadaan metabolik seperti penyakit jantung, stroke, tekanan darah tinggi, diabetes, dan obesiti.

Simptom-Simptom Penyakit Alzheimer

Tanda-tanda penyakit Alzheimer biasanya bermula dengan ringan tetapi lama-kelamaan menjadi main kronik dari masa ke masa dan mula mengganggu kehidupan seharian.

Terdapat beberapa gejala biasa penyakit Alzheimer. Namun, perlu kita tahu bahawa semua orang adalah unik. Dua orang yang berpenyakit Alzheimer tak mungkin mengalami kondisi yang sama.

Bagi kebanyakan orang yang ada Alzheimer, tanda-tanda awal adalah masalah kepada daya ingatan. Khususnya, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mengingati peristiwa yang baru berlaku dan maklumat-maklumat baru. Gejala ini berlaku kerana kerosakan pada awal Alzheimer biasanya kepada bahagian otak yang dipanggil hippocampus yang berperanan sebagai bank untuk memori baru. Ingatan untuk perkara-perkara lama sering tak terjejas di peringkat awal penyakit.

 

Tanda-tanda amaran penyakit Alzheimer termasuklah:

  • Kehilangan ingatan yang mengganggu aktiviti harian
  • Hadapi masalah untuk merancang atau menyelesai sesuatu masalah
  • Kesukaran menyelesaikan tugas biasa di rumah, di tempat kerja atau hobi masa lapang
  • Kekeliruan dengan masa atau tempat, rasa bimbang dan tidak dapat tidur
  • Bermasalah untuk memahami imej visual dan hubungan ruang (spatial relationship)
  • Timbul masalah bercakap atau menulis
  • Tak ingat tempat letak sesuatu barang dan tak mampu untuk mencari balik barang hilang
  • Penilaian (judgement) untuk sesuatu perkara menjadi lemah dan berkurangan
  • Tak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti sama ada sosial atau pekerjaan
  • Perubahan mood dan personaliti

Pada peringkat awal Alzheimer, biasanya mood mereka mudah berubah. Mereka mudah berasa cemas, marah atau tertekan. Mula menjauhkan diri dan hilang minat dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Pada peringkat akhir, seseorang yang berpenyakit Alzheimer akan menjadi kurang sedar akan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka mungkin mempunyai kesukaran untuk makan atau berjalan tanpa bantuan dan menjadi semakin lemah. Akhirnya, semua aktiviti harian mereka memerlukan bantuan dari orang lain. 

Golongan Yang Berisiko Penyakit Alzheimer 

Hampir 70 peratus golongan yang berisiko mengidap penyakit Alzheimer adalah dipercayai berpunca daripada genetik atau keturunan.

Selain itu, faktor risiko lain termasuklah sejarah kecederaan kepala atau trauma kepala, kemurungan, tekanan darah tinggi dan kemerosotan fungsi kognitif yang sederhana.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor-faktor risiko penyakit jantung juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Alzheimer termasuklah:

  • Kurang bersenam
  • Diabetes yang tidak dikawal dengan baik
  • Tabiat kuat merokok
  • Tahap homocysteine yang tinggi (peringkat permulaan penyakit hati dan salur darah)
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolesterol darah tinggi
  • Diet yang kurang sumber buah-buahan dan sayur-sayuran

Pendekatan Semulajadi Dalam Mencegah Alzheimer

Kajian menunjukkan pilihan gaya hidup tertentu boleh membantu mengurangkan risiko Alzheimer:

  • Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) dan penglibatan sosial
  • Selalu membuat kerja yang merangsang otak berfikir
  • Melakukan aktiviti riadah yang mencabar minda seperti membaca, belajar bahasa, bermain catur/sudoku atau bermain alat muzik
  • Melibatkan diri dengan interaksi sosial yang lebih kerap

Penting juga untuk mengambil makanan berkhasiat. Pastikan kebanyakan kalori terdiri daripada sayur-sayuran. Dalam masa sama, kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak tepu.

Aktiviti fizikal yang kerap juga telah dibuktikan mampu menghalang penurunan daya kognitif dan membantu orang yang sudah mempunyai Alzheimer. Mengawal tahap gula dalam darah juga dianggap penting untuk mencegah Alzheimer.

Cegah Alzheimer Ini Dengan Tonik Semulajadi

Kita telah pun mengetahui bahawa sel saraf atau neuron otak yang terjejas fungsinya telah menyebabkan berlakunya Alzheimer’s. Sel adalah asas dalam sistem tubuh. Dalam kes Alzheimer ini, sel neuron merupakan sel asas kepada sistem saraf.

Apabila neuron rosak, ia akan gagal menghantar isyarat dari otak ke seluruh tubuh sekaligus mengakibatkan individu Alzheimer lambat respons terhadap sesuatu dan menghadapi kesukaran untuk mengingat.

Oleh sebab itulah, kita semua harus atau wajib mencuba Vivix Shaklee yang memulih dan melindungi tubuh hingga ke peringkat sel untuk mencegah penyakit Alzheimer dari bermaharajalela.

Seperti yang kita maklum, setiap sel tubuh pula mempunyai DNA. Bagi mereka yang mempunyai alzheimer ini, berkemungkinan DNA sel saraf mereka telah pun rosak dan terjejas akibat terdedah kepada serangan radikal bebas. Jika tiada sebarang langkah diambil, sel ini akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mati.

Vivix juga sering mendapat liputan media massa kerana keunggulannya membantu melindungi sel tubuh daripada diserang radikal bebas penyebab pelbagai penyakit termasuklah barah.

Selain itu, ujian klinikal oleh saintis Shaklee juga membuktikan Vivix bertindakbalas melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan. Pendek kata, vivix bukan sahaja membantu mengatasi kecederaan tisu lembut tetapi berfungsi tonik anti-penuaan meremajakan kembali sel-sel tubuh.

Bayangkan kita bukan sahaja berjaya mengawal Alzheimer tetapi juga mengembalikan semula keremajaan sel-sel saraf yang terjejas akibat Alzheimer! 

Sumber : Shaklee International

Wahai Sahabat! Jangan tunggu lagi.

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat bernilai. Lebih bernilai dari wang ringgit.

Andainya anda adalah individu yang berisiko mengalami alzheimer atau bimbang tentang ibubapa yang ada simptom-simptom ini. Anda harus bertindak sekarang!

Jangan tunggu masa terbaik untuk buat keputusan bagi mencuba Vivix Shaklee TETAPI jadikan masa ini adalah masa yang terbaik untuk anda buat keputusan mencuba Vivix Shaklee sebelum segalanya terlambat! 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

3 comments for “Cara Cegah Dari Penyakit Alzheimer

  1. 1 March, 2016 at 10:15 pm

    Bestnya artikel akak. Mudah faham . thanks sharing!

  2. 23 January, 2018 at 4:15 pm

    Selalunya orang tua lah kan yg ade alzheimer ni

  3. MUHAMMAD TARMIJI BIN ADI
    1 March, 2018 at 2:18 pm

    kalau orang tua yang 70 tahun keatas nanyuk masih boleh rawat ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge