Cara Merawat Kulit Kering dan Bersisik Secara Semulajadi

Rasa sangat rendah diri dan malas nak bersosial dengan ramai orang!

Itulah ‘feedback‘ yang saya terima daripada seseorang yang ada masalah kulit yang kering bersisik ini.

Salah-satu masalah yang biasa dihadapi oleh kaum perempuan ialah kulit bersisik dan kering. Keadaan ini sangatlah tak menyelesakan terutamanya kalau kulit bersisik di bahagian muka.

Kulit muka yang memang sudah kering akan bertambah kronik jika tak dirawat dengan rapi. Apatah lagi kalau kita bekerja dalam pejabat yang ber’aircond‘ untuk tempoh masa yang agak lama iaitu lebih 6 jam sehari. Dalam kita tak sedar, kelembapan kulit semakin kurang dan menyebabkan ianya kering.

Untuk atasi masalah kulit kering dan bersisik ianya tak cukup dengan hanya menggunakan pelembap muka dan losyen sahaja tau. Kita juga perlu membuat rawatan lanjut untuk memastikan kulit muka kekal terpelihara daripada sisik, kering dan sebarang cela.

6 Tips Mudah Untuk Atasi Kulit Kering Dan Bersisik

1. Scrub Atau Sental Lembut Wajah Anda

Cara merawat kulit kering bersisik secara semulajadi ialah dengan menyental (scrubbing) wajah. Tetapi sentalan itu perlu dilakukan dengan lembut dan tidak agresif. Sentalan pada kulit akan membantu mengekalkan kelembaban kulit muka. Ada pelbagai cara untuk kita buat scrub secara semula jadi. 

Proses scrubbing ini mempercepatkan pengelupasan kulit supaya lapisan sel kulit yang telah mati boleh dibuang dengan semerta dan digantikan dengan sel kulit baru yang lebih segar dan lembab untuk kulit wajah.

2. Rawat Dari Dalam Dengan Minum Air Masak Secukupnya

Petua paling asas untuk penjagaan kulit muka adalah dengan mengambil air masak secukupnya iaitu lebih kurang 8 gelas atau 2 liter sehari.

Ini dapat merawat kulit kering dan bersisik daripada dalam tubuh. Pengambilan air yang mencukupi akan mencegah dehadrasi dan oleh sebab itu anda memerlukan 8 gelas air sehari untuk keperluan tubuh.

Selain daripada dapat melembabkan kulit ia juga mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi kerana aktiviti seharian kita. Secara tidak langsung tubuh akan kekal sihat dan cergas.

3. Belai Kulit Muka Dengan Membuat Masker Atau Topeng Muka

Kulit kita sama dengan tubuh, memerlukan belaian nutrisi yang secukupnya. Jika kulit mendapat nutrisi yang cukup ia tidak akan mudah menjadi kering dan bersisik. Masker atau topeng muka dapat membekalkan kulit muka dengan nutrisi daripada luar.

Gunakanlah masker dengan bahan semulajadi iaitu bahan yang dibuat sendiri daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membelai kulit.

Lakukannya dalam kekerapan 1-2 kali dalam seminggu. Lebih bagus sekiranya dapat menggunakan masker yang mengandungi pati minyak seperti rosemary oil. Kita juga boleh mengatasi masalah ini dengan membuat masker daripada minyak zaitun, kuning telur atau pun yoghurt.

4. Sapulah Krim Pagi Dan Juga Krim Malam Pada Kulit Muka Anda Ittew!

Jangan malas ok!

Sapulah krim pada setiap pagi dengan konsisten kerana ianya mampu membantu kulit untuk terus kekal lembap dan dilindungi daripada sinaran UV matahari. Manakala, krim malam pula dapat membantu proses penghasilan semula kulit dengan lebih cepat dari biasanya.

Akhirnya kulit kita akan menjadi lebih cerah dan lebih gebu-geas daripada biasa supaya ianya kekal mulus dan halus. Pastikan krim losyen yang digunakan bebas daripada bahan kimia dan selamat.

5. Jumpa Pakar Sekiranya Kulit Terjejas Teruk

Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit bersisik yang ekstrim, sebaik-baiknya anda mengunjungi pakar kulit terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan.

Jangan dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat kerana apabila kulit hilang kelembapan dan bersisik ia mungkin membahayakan kesihatan anda. Pakar kulit mengetahui rawatan terbaik untuk pelbagai jenis penyakit kulit yang kronik.

Rawatlah dahulu dengan ubat dan sekiranya sudah sembuh, teruskan penjagaan dengan tips-tips yang dikongsikan di sini.

6. Elakkan Daripada Memakai Sabun Yang Mengandungi Pewangi

Ramuan yang terdapat dalam sabun yang mengandungi pewangi akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering. Segeralah untuk menggantikan sabun muka dengan sabun yang tidak mengandungi pewangi.

Cara merawat kulit kering bersisik haruslah dilakukan dengan sabar dan disiplin. Usahakanlah untuk merawatnya dari sekarang kerana banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik.

Sekiranya dibiarkan ia sangat berisiko untuk mengundang penyakit kulit yang lain pula. Lakukanlah secara semulajadi untuk mengelakkan risiko kesan sampingan dan supaya kulit muka kekal anjal dan muda 30 tahun dari usia sebenar!

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat, Akhirnya Ini Yang Dia Buat…

Cukup-Cukuplah Berkira Untuk Dapatkan Kulit Cantik Berseri Itu!

Ok. Jika anda mahukan kulit yang cantik mulus dan tidak bersisik, ‘root-cause’ kepada masalah tersebut perlulan diselesaikan terlebih dahulu.

Kulit memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk kekal cantik dan bebas cela. Kita boleh mendapatkannya daripada diet harian.

Namun, persoalannya mampukah kita? Sebagainya contoh untuk mendapatkan 500mg vitamin C yang diperlukan sehari oleh tubuh kita perlu makan 7 biji buah oren. Itu baru Vitamin C belum nutrisi lain yang diperlukan untuk tubuh.

Penyelesaiannya adalah dengan pengambilan supplemen semulajadi Shaklee yang sentiasa selamat dan berkesan. Anda tidak perlu bimbang kerana semua produk Shaklee mempunyai Sijil KKM.

Rawatan Kulit Wajah Dari Dalam Dengan Vitamin Kulit Cantik

Manalaka untuk mereka yang menghadapi masalah kulit muka yang tidak kronik atau pun yang telah sembuh sepenuhnya dari jerawat serius. Laburkanlah wang anda untuk kombinasi  vitamin penjagaan kulit muka supaya kulit anda bukan sahaja lebih sihat malah kekal cantik dan gebu sehingga suami pun tak mahu keluar rumah (eh!).

Ianya adalah kombinasi 3 vitamin cantik dan unggul untuk menambat hati suami seperti baru bercinta! Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah B-ComplexVitamin C dan Vitamin E dan Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin/ supplement cantik iaitu ESPGLA Complex dan Collagen Powder.

Bacaan lanjut boleh klik Rahsia Kulit Cantik Dan Gebus-Gebas!

Penjagaan Kulit Wajah Dari Luar Dengan Set Enfuselle Shaklee

 

Ambillah langkah segera. Terdapat banyak produk kecantikan diluar sana untuk kulit berminyak namun tidak semuanya 100% selamat, semulajadi dan berkesan.

Bukannya suka-suka ‘claim’ kami pencuci semulajadi yang terbukti berkesan tetapi menjalani analisis kulit secara ketat dan dibuktikan secara klinikal.

Bebas Dari 1500 Bahan Kimia Yang Biasa Ada Dalam Skincare

Satu perkara yang saya sangat fanatik dengan Shaklee sejak dahulu ialah pihak Shaklee takkan mengorbankan keselamatan dan ketulenan produk untuk menghasilkan produk yang semulajadi dan berkesan.

YOUTH™ adalah produk pertama di dunia yang dihasilkan secara 100% dengan bahan semulajadi. Paling best, produk ini terhasil tanpa sebarang bahan kimia berbahaya dan bahan yang memberi kesan kepada kehijauan bumi.

[Klik Aje Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Ramuan Semulajadi YOUTH™]

Pihak Shaklee telah menyaring lebih dari 350 bahan pencemar, bendasing dan racun perosak dari setiap bahan botanikal sebanyak 3 kali ganda daripada standard yang ditetapkan. Wow! Sangat selamat.

Lebih dari itu, pihak Shaklee juga menjalankan lebih dari 100 ribu ujian kualiti saban tahun hanya untuk memastikan setiap produk yang dipasarkan adalah selamat dan semulajadi.

YOUTH™ Adalah Harapan Untuk Kulit Yang Cantik

Bagi wanita mahu pun lelaki. Kulit yang cantik dan sihat adalah idaman semua peringkat usia. YOUTH™ adalah jawapan bagi semua masalah kulit. YOUTH™ sesuai untuk semua jenis kulit. 

  • Sekiranya anda masih lagi muda. Bersedia dari sekarang untuk kulit kekal sihat, cantik dan muda.
  • Sekiranya anda ada masalah kulit, Youth sedia merawat apa sahaja masalah kulit anda.
  • Sekiranya anda sudah berusia. Why not? Youth terbukti secara klinikal memudakan kulit 10 tahun dari usia sebenar!

Nak Tahu Lebih Lanjut? Boleh Whatsapp Saya Sekarang.

mssg.me/celikvitamin

Atau Nak Order Terus Sekarang? Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

7 comments for “Cara Merawat Kulit Kering dan Bersisik Secara Semulajadi

  1. 16 May, 2015 at 5:05 pm

    alhamdulillah…saya ambil vita c dan esp..dah umur meningkat ni nk kena cuba collagen powder pula…..
    fuzy recently posted…Pengedar Shaklee Pulau PinangMy Profile

  2. 6 June, 2015 at 2:54 pm

    Apakah semua jenis vitamin c bisa?
    wildan recently posted…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

    • 8 June, 2015 at 5:08 pm

      Perlu dipastikan juga jenamanya adakah ianya terbukti semulajadi, selamat dan berkesan dengan sokongan jurnal dari pihak ke tiga?

      Juga diperakukan halal dan mendapat sijil dari pihak berwajib?

      Ya. Shaklee adalah pilihan saya seisi keluarga 🙂

  3. Muhd safiq
    2 February, 2016 at 6:47 pm

    Saya muhd safiq,16,sakit kulit bersisik dan gatal-gtal kat muke..
    Nk buat cam mne ehh??
    Boleh tlong tak?

    • 2 February, 2016 at 9:02 pm

      Safiq, minta hubungi saya 011 1569 0082. Tq 🙂

  4. sahfika
    23 August, 2016 at 11:23 am

    saya mempunyai masalah kulit tidak sekata dan kulit kering . apa yg patut saya lakukan?

    • 13 October, 2016 at 1:49 pm

      Boleh cuba produk Shaklee yang saya recommend dalam entry puan 🙂

      Adilah 011 15690082 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge