Cara Merawat Kecederaan Hamstring Dan Kekejangan Otot

Dahulu nenek moyang kita sering diserang kecederaan hamstring atau kejang otot kerana menggunakan tenaga yang banyak ketika bertani dan membuat bendang. Bila pulang ke rumah sering mengadu sakit otot dan sendi badan.

Bagi yang biasa dengan sukan seperti bola sepak dan olahraga pula, tentu sudah biasa dengan istilah ‘hamstring’ dan kekejangan otot. Kecederaan ini amat biasa dialami oleh seorang ahli sukan. Terutamanya yang melibatkan sukan jenis berlari dan berhenti secara tiba-tiba. Ini menyebabkan otot digunakan secara maksimum sehingga pada satu tahap mengalami kecederaan dan kejang otot.

Semasa usia kita muda, semua anggota tubuh berfungsi dengan baik dan mantap. Namun, apabila umur meningkat tua, semakin banyak anggota yang menjadi keras atau lembik berbanding keadaan asal. Itulah lumrah yang perlu dihadapi.Keadaan ini dapat dihindari jika kita mengamalkan senaman yang sesuai untuk mengekalkan kekuatan tisu dan otot tubuh. Senaman juga amat penting untuk pulih dari kecederaan. Terutamanya untuk memastikan kawasan kecederaan pulih sepenuhnya dan mengelakkannya berulang kembali.

Apakah Penyebab Kecederaan Hamstring?

Otot hamstring ini terdiri dari 3 jenis otot. Ia terletak di sepanjang bahagian belakang paha. Untuk lebih jelas lagi, di bawah pinggul sampai ke sedikit bawah tempurung lutut. Otot-otot hamstring ini membolehkan untuk kita membengkokkan lutut dan meluruskan kaki secara maksimum. Kecederaan hamstring ini terjadi apabila salah-satu daripada otot tersebut tertarik atau ditarik sehingga melebihi hadnya ketika beraktiviti, lalu ia akan tercedera.

Tiga jenis otot yang dimaksudkan tersebut adalah semimembranosus, semitendinosus, dan otot bisep femoris. Kecederaan otot akibat berlari seringkali terjadi di bahagian otot bisep femoris. Otot ini terletak antara titik pertemuan otot dan tendon. Kecederaan otot akibat kekejangan pula biasanya terjadi di bahagian atas belakang paha iaitu pada otot semimembranosus.

Apakah Tanda-Tanda Kecederaan Hamstring?

Biasanya, kecederaan ini terjadi secara tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa sakit dan tegang menusuk dibahagian belakang peha. Sudah tentulah ketika beraktiviti sukan atau fizikal. Otot akan mula membengkak dalam masa beberapa jam selepas itu.

Anda juga akan mendapati berlaku perubahan warna sepanjang bahagian belakang kaki dan disertai dengan rasa lemah-lemah otot. Ada kes yang tak mampu berjalan dan memerlukan bantuan tongkat.

Segera Berjumpa Dengan Doktor Sekiranya Mengalami Gejala Berikut:

  • Kaki yang cedera sama sekali tidak mampu menanggung apa-apa beban. Termasuk beban kaki itu sendiri.
  • Anda tidak mampu berjalan lebih dari 4 langkah tanpa rasa sakit yang kronik.
  • Kecederaan tidak pulih walaupun sudah melakukan rawatan. 

4 Tips Dan Cara Menyembuhkan Cedera Hamstring

Berehatlah Dari Sebarang Aktiviti Lasak

Jangan lakukan apa-apa aktiviti berat supaya otot hamstring dapat direhatkan dan sembuh. Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan rasa sakit, bengkak dan tidak selesa pada otot. Jika kecederaan hamstring anda serius, gunakan tongkat untuk bergerak supaya berat badan ditampung oleh tongkat dan tidak membebankan kaki.

Gunakan Ais Sebagai Terapi

Letakkan segera air batu dibahagian yang mengalami kesakitan. Pastikan anda lakukan terapi ais ini terlebih dahulu, sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Untuk beberapa hari pertama setelah cedera, letakkan ais ditempat kecederaan selama 15 ke 20 minit pada setiap 2 ke 3 jam sekali. Kedinginan ais dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit, bengkak dan radang otot.

Balut Bahagian Kaki Dengan ‘Bandage’ Untuk Kurangkan Bengkak

Ini adalah perkara biasa dilakukan untuk mengurangkan bengkak iaitu membalut kaki dengan ‘bandage’. Namun, berwaspadalah agar bahagian yang tercedera tak dibalut terlalu ketat sehingga mengganggu peredaran darah. Sekiranya rasa sakit atau kebas kaki apabila dibalut, longgarkan balutan.

Sangga Kaki Agar Lebih Tinggi 

Duduk atau berbaring dengan posisi kaki yang disangga atau disendal dengan alas seperti bantal. Sangga kaki dengan bantal atau gantungkan dengan kain anduh agar posisi kaki lebih tinggi dari posisi jantung. Daya graviti dapat membantu mengalirkan cecair berlebihan di kaki sehingga menyurutkan bengkak.

Dengan mengetahui 4 tips menangani kecederaan hamstring di atas, diharapkan anda dapat bersiap-sedia dan tahu apa nak buat sekiranya kecederaan hamstring terjadi. 

Cegah Hamstring Dan Kejang Otot Dengan Nutrisi Yang Tepat

Sebenarnya, kecederaan hamstring dan kekejangan otot ini lebih mudah untuk dihindari jika kita mengambil nutrisi yang tepat secukupnya. Sesungguhnya, mencegah itu lebih mudah dari mengubati. Anda juga boleh bersukan tanpa berisiko diserang kecederaan hamstring.

Beberapa vitamin dan mineral adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko dari diserang kecederaan otot dan kekejangan. Antaranya adalah:-

Ini Pengalaman Sahabat Suami Saya. Seorang Ahli Sukan Yang Mengamalkan Pengambilan Supplemen Untuk Merawat Kecederaan Akibat Bersukan

Bagaimana Vitamin Dan Mineral Ini Dapat Membantu? 

MAGNESIUM

Magnesium membantu untuk merehatkan otot. Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh menyebabkan kekejangan. Magnesium sangat penting untuk meningkatkan kekuatan otot dan mempertingkat sistem saraf.

Mineral ini akan membantu otot menerima isyarat daripada otak untuk membaikpulih dan mengurangkan kekejangan dengan cepat. 

KALSIUM

Kalsium perlu diambil bersama-sama magnesium untuk merehatkan otot dan membaiki tisu yang rosak. Selepas bersukan, koyakan mikroskopik sering berlaku kepada tisu otot dan pengambilan kalsium akan mempercepat penyembuhan tisu. 

VITAMIN B COMPLEX

Persatuan Kanser Amerika telah mendapati kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan kekejangan otot. Pengambilan secukupnya vitamin B Complex lengkap dengan B1, B2 dan Asid Folik akan mempercepat penyembuhan kekejangan otot. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan. Ini kerana sakit otot  berpunca daripada koyakan kecil pada tisu otot.

Cara paling cepat untuk memperbaikinya dalah melalui metabolisme protein yang membina semula tisu otot. Justeru, pengambilan B Complex akan membantu tubuh untuk memecahkan protein bagi tujuan membaik-pulih otot dan mengurangkan sakit.

VITAMIN A

Menurut sumberkekurangan vitamin A akan mengakibatkan sendi menjadi semakin lemah. Ini adalah faktor terjadinya radang otot. Vitamin A membantu untuk memperkuat otot disamping membaiki tisu rosak.

MULTI-VITAMIN

Sekiranya anda rasa tak sempat untuk menghadam kesemua mineral dan vitamin yang diperlukan untuk mencegah kecederaan hamstring ini, paling tidak pun pengambilan multivitamin seperti Vitalea sangat membantu.

Multivitamin yang mengandungi keperluan mineral seperti kalsium dan magnesium akan membantu hindari kekejangan otot dan kecederaan hamstring. Multivitamin juga berpotensi untuk mengembalikan semula semua kehilangan mineral ketika bersukan. 

Kesimpulannya, anda boleh mengurangkan risiko untuk diserang hamstring dan kekejangan otot sekiranya pengambilan mineral dan vitamin mencukupi. Dengan gaya hidup yang sibuk dan pemakanan di Malaysia ini sangat sukar untuk kita memperolehi nutrisi yang cukup melalui sumber diet harian.

Pengambilan supplemen yang tepat dan mencukupi akan mengelakkan kita mengalami kecederaan dan memulihara tubuh dalam jangka masa panjang.

Anda juga boleh terus melakukan aktiviti sukan kegemaran dan dalam masa yang sama tubuh akan kekal sihat bertenaga pada tahap optimum selama 20-30 tahun akan datang!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

2 comments for “Cara Merawat Kecederaan Hamstring Dan Kekejangan Otot

  1. Amirul
    24 December, 2018 at 6:09 am

    Salam, hye. Nak tny, awk ada sebut sila jmp doc kalau lepas rawatan, still tak sembuh. Nak tny, apa ya kemungkinan mslh yg sy hadapi? 2 kali sy pergi hospital, dua to cramp ni. Dorang cakap ohh, ni muscle je ni. Penat. Kena rehat. Then few days later, kena lagi. Sampai pegi farmasi ambik ubat muscle relaxant. Baru ada effect sikit. Tapi sampai bila sy nak bergantung kat ubat🤔

    • 26 December, 2018 at 8:33 pm

      Boleh cuba utk ambil beberapa nutrisi bagi mempercepat kesembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge