Atasi Masalah Keguguran Rambut Supaya Wanita Kekal Jelita

Rambut adalah mahkota bagi seorang wanita. Sekiranya rambut bermasalah atau keguguran maka ia akan menjejaskan kejelitaan seorang perempuan lebih-lebih lagi di hadapan orang yang tersayang. Namun, masalah keguguran rambut ini adalah fenomena biasa yang dihadapi oleh kaum hawa.

Jangan tak tau ramai yang mempunyai masalah ini dan mengambil remeh seolah-oleh tidak perlu diambil berat. Jangan begitu saudara dan saudari. Menjaga kecantikan ini adalah penting bagi meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi rambut itu adalah aset penting bagi seorang wanita.

Kebiasaannya ia mengikut pola tipikal penipisan rambut pada punca kepala. Corak tipikal botak pada rambut wanita sebenarnya tidak sama dengan corak kebotakan seorang lelaki. Lebih-lebih lagi ianya tidak mudah untuk dikesan seperti kaum adam yang jelas kelihatan sekiranya bermasalah. Ia juga sebenarnya mungkin tidak mempunyai saling-kaitan dengan masalah keturunan dan tak boleh dikesan dengan cara biasa iaitu botak yang berpusat dari puncak kepala dan kemudiannya tersebar dari situ ke bahagian lain.


Keguguran rambut bagi para wanita mungkin bersifat sementara dan mungkin juga kekal sampai bila-bila.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi masalah keguguran rambut ini, antaranya termasuklah:-

  • Wanita yang mengandung
  • Wanita yang melahirkan anak
  • Menghidapi sesuatu penyakit
  • Mengalami sindrom menopause atau putus haid

Ada 5 bentuk atau corak keguguran yang biasa berlaku pada rambut seorang perempuan:

  • Penipisan pada puncak kepala
  • Penipisan pada garisan rambut
  • Keguguran rambut selepas bersalin
  • Botak akibat masalah kesihatan dan hormon
  • Kebotakan bertompok

Gangguan Hormon Antara Faktor Utama Rambut Bermasalah

Jika diteliti sebenarnya kebanyakan masalah keguguran rambut yang dihadapi oleh wanita ini berpunca daripada masalah hormon yang terganggu seperti hamil, melahirkan anak, menopause dan sebagainya.

Statistik menunjukkan 90 peratus wanita yang menghadapi menopause mengalami masalah keguguran rambut. Liang-liang rambut akan terbenam dengan kadar yang cepat dan rambut pula tumbuh dengan kadar yang lebih perlahan. Inilah yang menyebabkan puncak kepala menjadi semakin botak apabila rambut yang tumbuh semakin lama semakin jarang.

Semasa mengandung pula tahap estrogen dan progesteron berada pada peringkat yang paling tinggi dan ini memanjangkan tempoh anagen dan mengurangkan keguguran pada rambut. Namun, apabila seorang ibu selesai melahirkan anak, hormon yang disebutkan ini tadi telah pun kembali pada paras normal seperti sebelum mengandung.

Keadaan ketidakseimbangan kadar hormon ini menyebabkan 50 sehingga 60 peratus rambut masa ke fasa telogen secara serentak dan akhirnya berguguran dengan banyak. Keadaan akan menjadi kronik sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Rambut Gugur Merimaskan Terutamanya Bagi Wanita Bertudung Ini

Vitamin Dan Mineral Penting Untuk Atasi Rambut Gugur

Apakah vitamin-vitamin yang sesuai diamalkan oleh anda untuk menjaga kesihatan rambut?

Vitamin A

Salah satu vitamin yang paling penting untuk mengekalkan kesihatan rambut adalah vitamin A. Daripada semua vitamin dalam senarai ini, ia adalah sumber yang paling utama. Walaupun anda boleh mendapatkannya dari sumber pemakanan seperti tembikai, berdaun gelap sayuran hijau dan daging, anda tidak akan mendapat jumlah harian yang mencukupi menurut standard USRDA. Maka vitamin dalam bentuk pil adalah satu alternatif.

Rambut cantik dengan Vitamin A – Bagaimana?

1. Ia mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melembapkan sebum di kulit kepala.

2. Ia akan melawan radikal bebas dari pencemaran. Hasilnya, rambut anda akan berasa lebih ringan dan mempunyai badan yang lebih baik.

3. Ia akan memperkukuhkan dan menebalkan rambut anda supaya lebih kuat sehingga ke akar

4. Vitamin A Shaklee boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax

Vitamin B-Complex

Apabila kita katakan kompleks, kita bermakna ia mengandungi setiap jenis vitamin B yang terdapat di pasaran, termasuk vitamin B6, B12 dan Biotin. Berikut adalah hasil jika anda mengamalkan B-complex:

1. Pengurangan kadar kehilangan/ keguguran rambut.

2. Rambut lambat beruban kerana vitamin B melambatkan proses penuaan rambut.

3. Rambut yang lebih panjang disebabkan oleh pertumbuhan rambut yang lebih cepat.

4. Bersinar, bersinar, bersinar!

Vitamin E

Vitamin E terkenal dengan keupayaannya untuk melembutkan kulit, vitamin E juga adalah vitamin yang penting untuk rambut yang sihat kerana ia membantu peredaran darah yang penting untuk kulit kepala yang sihat. Apabila anda mempunyai kulit kepala yang sihat, hasilnya:

1. Rambut menjadi lebih lembut dan lebih ikal.

2. Masalah rambut bercabang akan dapat diatasi. Makanan yang mengandungi vitamin E termasuk kacang, bayam dan tomato.

Asid Folik

Jika anda mengambil Vitamin B kompleks maka anda mendapat dos asid folik dan tidak perlu bimbang tentang membeli vitamin lain. Bagaimana Asid Folik boleh membantu?:

1. Mencegah rambut beruban.

2. Membuatkan struktur rambut anda lebih tebal.

3. Membuat rambut anda lebih berkilat.

4. Menambah kelembapan kepada rambut anda bagi mengurangkan kerosakan rambut. Asid Folik juga boleh didapati dalam roti gandum dan bijirin. Maka anda boleh makan karbohidrat tanpa rasa bersalah

Zinc

Zinc adalah mineral yang sangat bagus untuk rawatan rambut gugur. Zinc membantu mengawal hormone dalam badan sekaligus berfungsi menyelenggara kelenjar minyak yang dirembes oleh kulit kepala.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma di tahap premium:

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge