Statistik menunjukkan bahawa penyakit darah tinggi menyerang seorang dari 3 orang rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas. Penyakit ini telah menjadi masalah kesihatan utama di Malaysia, sama seperti kencing manis dan sakit jantung. Malah, penyakit 3 serangkai ini adalah saling berkaitan.
Selain itu, statistik juga telah membuktikan bahawa daripada 100 orang rakyat Malaysia yang mempunyai hypertensi ini, hanya ENAM orang sahaja yang berjaya mengawal tekanan darah mereka. Ini bermakna 94 orang lagi berisiko tinggi diserang stroke yang mengundang maut.

Fahami Kenapa Detoks Penting Bagi Turunkan Tekanan Darah
Hakikat yang perlu diterima ialah kita hidup dalam dunia yang penuh dengan toksin atau racun. Tidak kurang dari 10 juta bahan kimia baru yang muncul dan kira-kira 3,500 jenis bahan kimia bertoksik ini terkandung dalam pemakanan kita dan produk lain yang kita gunakan di rumah.
Hari ini, bila kita buat ujian darah akan terdapat kira-kira 300 bahan toksik berbahaya wujud dalam kebanyakan sampel darah.
Sistem imun kita bekerja keras 24 jam sehari untuk menapis udara kotor yang kita sedut, makanan yang kita makan, air yang kita minum dan bahan kimia yang kita sapu pada kulit. Semua kimia bertoksik ini membanjiri sistem tubuh dengan membawa radikal bebas berbahaya.
Radikal bebas ini menyumbang kepada tekanan oksidatif iaitu antara punca utama darah tinggi. Oleh itu, detoksifikasi badan sangat penting dalam apa jua rawatan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
Turunkan Tekanan Darah Dengan Elakkan Risiko Serta Amalan Detoks Secara Konsisten
Ada pelbagai strategi bagaimana kita boleh menghindarkan diri dari terdedah kepada toksin bagi mengawal tekanan darah tinggi. Perlu diingat, setiap kali memilih makanan, cuba cari makanan yang bebas racun perosak dan sebaiknya makanan organik. Jika merokok, berhentilah sekarang kerana ia sangat membantu. Elakkan diri dari berada di kawasan yang berasap rokok. Pertimbangkan untuk memastikan bekalan air minuman adalah bersih dan ditapis sepenuhnya dari sebarang unsur toksin.
Jika kita telah pun mempraktikkan perkara di atas ini, sangat-sangat disarankan untuk mencuba teknik detoksifikasi bagi membantu kita membersihkan tubuh dari toksin, mengurangkan stress dan sekaligus menurunkan paras tekanan darah kepada normal. Salah satu cara detoksifikasi yang paling berkesan adalah dengan bersenam. Senaman bukan sahaja mengurangkan tekanan darah malah membuatkan toksin keluar melalui liang peluh kita.
Kisah Encik Suami Yang Mencuba Jom Detoks Cara Shaklee
Gambar di atas adalah suami saya iaitu Fahmy Shuhaimi. Siapa yang selalu mengikuti blog ini pasti pernah membaca kisah beliau yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum ini.
Bersempena dengan kempen Jom Detoks Cara Shaklee yang diperkenalkan oleh Shaklee, maka beliau bersemangat untuk mencuba detoks ini.
Jom Detox Cara Shaklee adalah program yang direncanakan untuk membantu peserta detoks untuk meningkatkan kesihatan diri terutama golongan yang bermasalah kesihatan. Konsep detoks Shaklee ini membantu mempertingkat tenaga, memperbaiki kulit kusam, melawaskan sistem penghadaman dan sekaligus membantu mengawal tekanan darah tinggi, kesihatan organ seperti jantung, hati, ginjal dan sebagainya.
Detoks dapat dilakukan dengan cara seperti berikut:
- Kawal pemakanan
- Senaman
- Suplemen
- Kurangkan terdedah kepada chemical
Detoks Cara Shaklee ini sangat bagus kerana telah disediakan jadual pemakanan selama 7 hari dan lengkap dengan pengambilan supplemen yang disarankan. Jangan bimbang kerana diet 7 hari ini bukanlah dilakukan secara sembrono malah berpandukan terbitan jurnal yang diiktiraf. Pendek kata ianya selamat dan tidak memudaratkan.
Maka, suami saya telah mencuba diet ini selama 7 hari. Setiap hari telah dibahagikan mengikut gizi tertentu seperti serat, protein, karbohidrat dan lain-lain. Semuanya dirancangkan secara berproses untuk memastikan tubuh dapat mengoptimumkan proses detoksifikasi dan menyahkeluar toksin dari badan.
Alhamdulillah! Berat Turun 2 Kilogram! Tekanan Darah Normal
Kalau tak cuba memang tak tahu. Selepas 4 hari tekanan darah suami sangat cantik. Sebelum ini dalam lingkungan 120++ tetapi kali ini ia turun kepada paras yang lebih rendah.
Selain itu, menurut beliau lagi badan terasa ringan dan cergas. Setiap hari sistem penghadaman sangat lancar dan lawas. Usus rasa bersih je. Kulit wajah yang kusam semakin berseri-seri dan ceria. Perasaan pun lebih tenang dan kurang stress.
- Ingin lebih bertenaga
- Ingin lebih fokus
- Ingin lebih sihat
- Ingin penghadaman yang lebih baik
- Sembelit
- Berat badan meningkat
- Kulit kusam dan berjerawat
- Cepat letih
- Suka makanan yang manis
- Susah nak tidur
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Salam perkenalan.Saje lalu blog puan