8 Tips Pelan Perancangan Sebelum Mengandung (Pre-Pregnancy)

Sekiranya anda baru sahaja mendirikan rumahtangga, sudah tentu perasaan anda begitu tenang dan kehidupan terasa begitu bahagia sekali. Alhamdulillah! Allah SWT telah menemukan anda dengan jodoh yang baik dan sempurna (bagi anda!).

Seronok menjalani kehidupan sebagai suami isteri memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau dulu makan sepinggan mesti rasa tak kenyang tapi entah mengapa terasa begitu kenyang sekali apabila makan berdua bersama sang suami tercinta walaupun berkongsi sepinggan nasi! Melampau tak?

Bahtera rumahtangga yang dilayari pun mula menjengah masuk ke bulan ke enam, masih lagi belum ada tanda-tanda akan kehadiran penyeri rumahtangga iaitu anak. Anda dan suami mula sedikit bimbang. Kemudian, apabila masuk bulan ke 8 dan seterusnya sehinggalah akhirnya genap setahun usia rumahtangga. Anda suami isteri mula dilanda perasaan gusar tidak menentu. Mungkinkah ada masalah?

8 Tips Untuk Merancang Dan Mempercepat Kehamilan

Sebelum kita mula beranggapan yang bukan-bukan, mari kita renung kembali gaya hidup kita seharian. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda teliti dan buat agar anda dan suami “lebih bersedia” dari sudut fizikal sebelum menimang cahayamata:-

1. Bersenam

Nak menyediakan diri ke arah kehamilan yang sihat kita kena rajin bersenam. Sasaran untuk bersenam adalah selama 30 minit sehari. Ada pelbagai senaman yang anda boleh buat. Jogging, berjalan laju, berenang dan lain-lain. Hanya 30 minit sehari senaman secara konsisten dan kita berupaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan kita.

2. Pemakanan Yang Sihat dan Betul

Piramid Makanan

Salah satu perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sebelum hamil lagi. Minta pasangan untuk sama-sama mengamalkannya. Anda akan memerlukan banyak protein, zat besi , kalsium, dan asid folik. Sehingga persediaan pada buah-buahan, kacang, sayur-sayuran, sayuran hijau, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak. Kurangkan kerepek, makanan yang dipanggang , soda, dan makanan ringan lain.

 3. Ambil Asid Folik 

Anda perlu mula mengambil vitamin setiap hari. Bagi perancangan kehamilan , anda perlukan 400 mikrogram asid folik setiap hari. Vitamin B datang dalam pelbagai jenis makanan, seperti sayuran hijau, jeruk , dan kacang – tetapi kebanyakan wanita perlu pil untuk mendapatkan dalam jumlah yang cukup. Asid folik membantu mencegah kecacatan kelahiran yang serius yang boleh berlaku sebelum anda tahu anda sedang hamil. Ingin tahu tentang Vitamin B semulajadi, selamat dan berkesan? Klik sini.

4. Kawal Berat Badan Anda

SmartLipo-Double-chin

Terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh memberi masalah kepada perancangan anda untuk hamil. Terlalu kurus boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil. Terlalu berat juga boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi yang boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang. Kira BMI anda dan kawal berat badan. 

5. Dapatkan Pemeriksaan Dari Yang Pakar

darah tinggi
Ingin berkongsi pelan perancangan kehamilan anda ? Mulakan dengan doktor anda. Dapatkan pemeriksaan beberapa bulan sebelum anda mula cuba untuk hamil. Bertanyalah tentang ujian atau vaksin yang anda perlukan seperti vitamin pra-kehamilan untuk memastikan tiada ‘side-effect’ yang boleh mengganggu kehamilan dan jangan lupa bertanya tentang ubat-ubatan yang anda boleh dan tidak boleh ambil semasa mengandung 

6. Berjumpa Dengan Doktor Gigi.

Kenapa pula kena berjumpa dengan doktor gigi? Mungkin anda tertanya-tanya tentang ini. Jika anda tidak mengamalkan flos gigi dan hanya menggosok gigi sahaja, sekarang adalah masa terbaik untuk menjadikannya tabiat anda. Dapatkan gigi dan gusi yang sihat sebelum anda hamil. Terbaik untuk bayi dalam kandungan serta oh ya! senyuman anda. Kehamilan meningkatkan risiko penyakit gusi dan penyakit gusi berisiko menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi amalkan memberus dan menggunakan flos dengan kerap. 

7. Hadkan pengambilan kafein

Tidak dapat berpisah dengan kopi dan teh? Anda mungkin boleh mula hadkan pengambilan kepada hanya satu cawan sahaja sehari. Beberapa pakar mencadangkan anda mendapatkan tidak lebih dari 200 mg kafein dalam satu hari ketika cuba untuk hamil dan selama kehamilan itu sendiri.  Hadkan kepada 2 cawan sehari.

8. Berhenti merokok

rokok

Sekiranya anda adalah perokok, sekarang adalah masanya untuk berhenti! Merokok boleh membuat anda lebih sukar untuk hamil. Merokok juga boleh memberikan masalah seperti kelahiran pra-matang , berat lahir yang terlalu ringan, dan keguguran. Ia juga boleh menyebabkan bayi anda berisiko untuk sindrom kematian bayi mendadak (SIDS). Berbincanglah dan minta  pasangan anda untuk berhenti juga. Asap rokok adalah berbahaya. Dan ia boleh mengurangkan tahap kesuburan lelaki.

Tips Tambahan: Pengambilan Vitamin Untuk Pertingkat Kesuburan

Sebelum saya menceritakan kepada anda tentang vitamin untuk kesuburan ini. Ingin saya kongsi kisah kakak ipar saya yang 6 tahun berumahtangga dan masih belum dikurniakan zuriat. Beliau pernah berkongsi rasa dengan saya betapa stressnya beliau setiap kali diajukan soalan tentang zuriat dan lebih stress lagi bila melihat teman-teman yang lain sudah beranak-pinak.

Syukur pada Tuhan, saya diperkenalkan dengan Set Breastfeeding Shaklee seterusnya saya mencadangkan kepada beliau untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee.

Alhamdulillah setelah sekian lama. Beliau kini adalah ibu kepada seorang cahayamata yang berusia setahun lebih setelah beberapa bulan mengamalkan pengambilan vitamin untuk mempertingkat kesuburan

Ada beberapa vitamin yang boleh membantu mempertingkatkan kesuburab. Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, pengambilan supplemen yang tepat boleh membantu anda untuk cepat mengandung.

Berikut adalah tips vitamin disarankan untuk meningkatkan kesuburan:

1. Alfalfa

 2. B Complex

 3. GLA Complex

4. Vitalea 

5. Vitamin E

6. Zink

KLIK Untuk BACA Testimonial Set Kesuburan Shaklee 

Semua orang memerlukan kuasa tindakan untuk berusaha menimang cahayamata. Anda telah menghabiskan masa anda membaca artikel ini jadi kenapa berhenti separuh jalan? Mungkin inilah petua yang terbaik untuk anda dan pasangan? 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi untuk anda dapatkan Set Kesuburan Shaklee.

Order Sekarang

 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

Daftar Ahli Shaklee

 Hubungi saya untuk konsultasi premium terbaik sekarang: 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge