7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplemen

Sebelum ini saya dah berkongsi tentang Pantang Larang Makan Vitamin. Jadi, pada kesempatan kali ini mari kita semak pula mengapa tubuh kita perlukan vitamin atau supplemen.

Supplemen dalam bahasa mudahnya bererti sesuatu yang melengkapkan atau menambahbaik apabila ditambahkan kepada sesuatu yang lain.

Dalam konteks ‘health supplement’, supplemen adalah makanan tambahan bertujuan untuk menambah diet dan menyediakan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino, yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan pada kuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang.

Manakala, vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 

Mengapa Tubuh Perlu Makanan Tambahan Atau Supplemen?

Adakah tidak cukup hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang?

Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!

7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Atau Supplemen

Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.

1.0 Melengkapkan Dos Vitamin Yang Diperlukan Tubuh

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2.0 Buah Dan Sayuran Sekarang Tidak Lagi Sama Seperti 50 Tahun Dahulu

Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat Makanan Mudah Hilang

Ya. Zat makanan memang mudah untuk hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim juga mudah untuk dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4.0 Pengambilan Ubat Mengganggu Penyerapan Zat Penting

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5.0 Pengambilan Makanan Seharian Yang Tak Seimbang

Tubuh memerlukan zat yang mencukupi. Untuk memastikan tubuh mendapat zat yang diperlukan, salah satu kriteria adalah memastikan pengambilan makanan seimbang. Namun, makanan ruji rakyat Malaysia biasanya tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6.0 Pengambilan Makanan Segera Yang Tidak Sihat

Gaya hidup moden dan trend masa kini biasanya menyajikan kita dengan rona kehidupan yang sibuk menyebabkan kita terkejar ke sana kemari untuk menyelesaikan urusan kerja. Ramai yang lebih gemar yang memilih makanan segera yang tinggi kandungan MSG dengan alasan untuk menjimatkan masa.

7.0 Penyelesaian Kepada Masalah Gaya Hidup Moden

Bagi yang bekerja terutamanya para isteri, kehidupan yang sibuk ini menyebabkan kita jarang memasak di rumah. Justeru, tengahari selalunya makan di luar dan malam hari pula terlalu letih lalu memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang secara tak langsung telah diabaikan.

Tahukah Anda Pengambilan Supplemen Bukan Lagi Satu Pilihan? 

Ya. Ramai yang telah sedar akan hakikat ini. Pengambilan supplemen atau makanan tambahan ini sebenarnya bukan lagi satu pilihan yang boleh diabaikan. Ia merupakan satu insurans kepada kesihatan kita.

Dengan gaya hidup moden yang sibuk, tubuh sering terdedah dengan gaya kehidupan yang tak sihat. Kitas sering skip zat yang cukup diperlukan tubuh, mengamalkan makanan yang tak seimbang dan mengabaikan senaman 30 minit sehari setiap hari.

Sekurang-kurangnya dengan pengambilan supplemen, ia membantu tubuh untuk kekal sihat dan cergas dengan memastikan tubuh mendapat zat yang mencukupi yang diperlukan dalam sehari.

Set Kesihatan Optimum Shaklee

Klik Untuk Maklumat Lanjut

Ketahui Pantang Larang Makan Vitamin Untuk Hasil Yang Optimum

Sila baca DISCLAIMER.

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

1 comment for “7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplemen

  1. wan
    13 November, 2015 at 11:18 pm

    Alhamdulillah kami sekeluarga mengamalkan supplemen semulajadi…elakkan makanan segera…rajin2 masak
    wan recently posted…Impian 5 DestinasiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge