6 Cara Menjaga Kesuburan Bagi Wanita Supaya Subur Macam Che Ta

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menjaga kesuburan wanita agar kesuburan kita akan terus berkekalan macam Che Ta. Dah umur 40-an pun masih boleh hamil dan tidak terjejas.

Lebih-lebih lagi jika kita sudah berkahwin nanti. Atau pun anda sudah pun berkahwin tetapi masih lagi belum bersedia untuk hamil.

Jadi, perlu juga untuk kita tahu pantang larangnya agar tidak menyesal di kemudian hari kerana mengambil remeh tentang perkara ini kerana perangai malas membaca.

Sebenarnya ada banyak petua untuk kita menjaga fertiliti namun saya senaraikan 6 tips atau informasi yang paling penting untuk kita tahu dan amalkan.

muslimah-21

 

1. Kaitan Usia Dengan Kesuburan 

Bila berbincang tentang kesuburan, usia adalah perkara yang paling penting. Pada masa ini, ramai pasangan yang baru berkahwin cenderung untuk tidak mahu hamil cepat atas alasan perancangan keluarga. Perkara ini mungkin tidak mendatangkan kesan yang ketara jika anda masih lagi dalam linkungan 20-an.

Namun, tahap kesuburan terutama bagi wanita akan semakin menurun seiring dengan peningkatan usia iaitu 35 tahun dan ke atas. Ada pelbagai sebab untuk keadaan ini. Sebab utama adalah penurunan kualiti telur yang dihasilkan oleh ovari. Kesuburan lelaki juga dikatakan menurun bila usia meningkat terutama pada usia 40 tahun dan ke atas namun banyak lelaki yang masih berupaya mempunyai anak walau pun usia telah meningkat lebih dari 50 tahun. 

2. Elakkan Hubungan Seks Secara Rambang 

Jauhi kehidupan yang tidak sihat dengan melakukan seks secara rambang. Ia bukan sahaja dilarang oleh agama dan menjatuhkan maruah malahan mengundang risiko untuk diserang penyakit jangkitan kuman pada alat kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea. Kedua-dua penyakit ini berpotensi untuk merosakkan tiub fallopio seorang wanita dan mengakibatkan sukar untuk hamil.

3. Jauhi Atau Hentikan Tabiat Merokok

Merokok memang tiada apa-apa faedah. Kalau anda diminta untuk menulis 10 kebaikan merokok, anda akan terkial-kial kerana tidak tahu apa bagusnya menghisap rokok.

Wanita yang mempunyai tabiat merokok sehingga 20 batang sehari berisiko tinggi untuk menopause 2 tahun lebih cepat berbanding dengan wanita normal yang tak merokok. Lelaki yang merokok juga berisiko untuk menghadapi kerosakan pada sperma atau sperma yang tak sihat. Bayi yang dilahirkan juga berisiko untuk mengalami kecacatan atau komplikasi penyakit.

4. Dapatkan Berat Badan Yang Unggul

Amalkan gaya hidup sihat dengan selalu bersenam mengeluarkan peluh. Berat badan berlebihan dan atau berat badan terlalu kurang boleh menyebabkan risiko kemandulan. Berat badan yang berlebihan dapat mengundang penyakit PCOS (polycystic ovary syndrome) yang mempengaruhi kesuburan seorang wanita. Ubah gaya hidup anda sekarang dan pastikan berat badan anda adalah ideal dengan BMI anda. 

Berat badan anda berlebihan atau kurang berat menyebabkan selera seks anda menurun dan gaya hidup yang tak aktif. Risiko untuk mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sudah pasti akan menpengaruhi emosi seterusnya sukar menimang anak.

5. Elakkan Minuman Beralkohol

Minuman beralkohol juga sebenarnya tidak memberikan kesan yang baik kepada kesuburan lelaki dan wanita. Bagi elaki yang kerap minum arak sebanyak 3 hingga ke 4 gelas dalam sehari mengundang risiko merosakkan sperma mereka.

Manakala, bagi wanita juga disyorkan untuk meninggalkan tabiat minum arak dan lebih-lebih lagi penggunaan alkohol sewaktu ingin hamil bagi mengelakkan kerosakan kepada pertumbuhan janin di dalam perut. Alkohol mengandungi teratogen. Kesan teratogen adalah buruk kepada tumbesaran manusia.

6. Uruskan Stress Dengan Baik

Golongan wanita kini antara peneraju utama di pejabat. Sudah tentu beban tugas lebih berat dan bukan sahaja tugas di pejabat, malahan ditambah pula dengan kerja-kerja rumah setelah pulang dari kerja.

Situasi ini biasanya boleh mendatangkan perasaan stress dan ketegangan dalam kehidupan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi jika beban kerja di pejabat di bawa pulang ke rumah. Apatah lagi mengalami sindrom PMS pula.

Kesimpulannya, penting untuk menguruskan stress dengan baik. Stress yang tidak terkawal akan mengganggu hubungan suami isteri sehingga tahap tidak bernafsu dan kadangkala sakit ketika bersama kerana hormon yang terganggu. 

Bonus: Vitamin Untuk Mempertingkat Kesuburan

Pengambilan vitamin semulajadi Shaklee juga dapat membantu untuk mempertingkat dan mengekalkan kesuburan anda. Ianya semulajadi, selamat dan berkesan.

1) Zinc Complex

ZINK COMPLEX

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

vitaLea

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vita-E Complex®

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa ComplexAlfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

2 comments for “6 Cara Menjaga Kesuburan Bagi Wanita Supaya Subur Macam Che Ta

  1. 23 October, 2014 at 9:09 am

    Info yang bermanfaat puan. Tambahan ilmu untuk masa hadapan 🙂

    • 25 October, 2014 at 2:16 pm

      Boleh belajar dengan puan juga nanti. Saya datang jenguk blog puan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge