5 Cara Atasi Penyakit Batu Karang Dari Berulang

Bila sebut tentang penyakit batu karang. Memang ngeri lebih-lebih lagi bila berpengalaman melihat betapa sengsaranya suami saya sendiri menahan sakit kerana terdapat batu karang dalam salur kencing.

Batu karang ini boleh menyebabkan kesakitan di ginjal, hempedu mahupun pundi kencing. Biasanya penyakit ini akan menyerang golongan lelaki. Namun begitu, ada juga kes wanita yang dijangkiti penyakit ini seperti yang dialami oleh penyanyi Sharifah Zarina.

Apa Punca Penyakit Batu Karang Terjadi?

Batu karang terjadi apabila kandungan bahan tertentu di dalam air kencing terlalu pekat hingga membentuk kristal. Biasanya air kencing menjadi pekat kerana kita kurang minum air dan menyebabkan tubuh mengalami penyahhidratan kerana kurang cecair dalam badan.

Salur kencing yang dijangkiti kuman juga mencetus pembetukan batu karang sama ada dalam ginjal, hempedu, salur kencing mahu pun pundi kencing. Apabila kristal ini terbentuk, ia akan menjadi penghalang pesakit untuk membuang air kecil dengan sempurna. Kehadiran batu karang ini menyebabkan kencing menjadi tidak lawas kerana menyumbat saluran kencing daripada ginjal ke pundi kencing.

Tanda-Tanda Kita Diserang Penyakit Batu Karang

Terdapat beberapa simptom sekiranya kita diserang penyakit batu karang. Sekiranya ada tanda-tanda ini, tindakan segera perlu diambil untuk merawatnya. Kalau tidak, sengsaralah jawabnya!

  • Rasa sakit atau sengal-sengal di bahagian abdomen atau pinggang kanan atau kiri.
  • Sakit berdenyut-denyut seperti mahu membuang air besar atau bersalin di bahagian abdomen dan ke bawah.
  • Tubuh mula berpeluh-peluh, pening, loya dan terasa seperti nak muntah.
  • Kencing tak lawas, sakit ketika ingin kencing atau langsung tidak boleh kencing.
  • Air kencing bercampur darah dan tidak lawas.
  • Tubuh berasa lemah, badan menggigil dan kadangkala diserang demam.
  • Muka pucat, tubuh lesu dan kulit kering kerana kekurangan air.

5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Untuk Menghalang Penyakit Batu Karang 

Jika kita pernah diserang penyakit batu karang, pastinya kita masih ingat betapa traumanya menanggung kesakitan yang tidak terperi. Duduk, bangun dan baring pun rasa tak kena.

Kesakitannya tidak dapat digambarkan. Seperti yang selalu dinasihatkan oleh doktor. Penyakit ini berkemungkinan besar akan berulang bagi mereka yang pernah mengalaminya. Sekiranya tiada sebarang langkah-langkah diambil untuk menghalangnya daripada berulang.

Hakikatnya, mencegah batu karang bukanlah rumit kerana ia sebenarnya memerlukan keazaman yang teguh dan disiplin diri.

Ikuti beberapa langkah yang telah dikupas daripada sumber Harvard Men’s Health Watch Edisi Oktober 2013 tentang cara untuk kita mengalahkan penyakit batu karang!

Seperti yang telah dinyatakan. Batu karang terjadi akibat daripada bahan kimia tertentu dalam urin yang berkepekatan tinggi yang membentuk kristal. Kristal ini semakin membesar dan akhirnya menyumbatkan proses perkumuhan kencing. Seterusnya menyebabkan kesakitan.

Kebanyakan kristal ini terhasil apabila kalsium bergabung dengan salah-satu daripada 2 bahan iaitu oksalat (oxalate) atau fosforus. Batu juga boleh terbentuk daripada asid urik yang berlebihan dalam tubuh.

Justeru untuk menghalang penyakit ini berulang, cara yang paling berkesan ialah dengan menghalang pembentukan kristal-kristal ini melalui diet-diet tertentu.

1.0 Minum Banyak Air, Air, Air Dan Air!

Kita memang digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan optimum. Air yang mencukupi dapat mencarikan kepekatan bahan-bahan dalam urin yang membentuk kristal batu karang.

Cubalah untuk minum air yang cukup lebih kurang 2 liter sehari iaitu kira-kira 8 gelas minuman. Untuk membantu anda mencukupkan jumlah tersebut mungkin diselitkan minuman berperisa sitrus tertentu seperti limau atau jus oren. Sitrat dalam minuman ini menghalang pembentukan batu karang.

2.0 Cukupkan Jumlah Kalsium Yang Diperlukan Oleh Tubuh!

Sekiranya kita mengambil jumlah kalsium yang terlalu sedikit dalam diet seharian, ini boleh menyebabkan tahap oksalat (oxalate) meningkat dan sekaligus menyebabkan batu karang.

Untuk mengelakkan perkara ini, pastikan kita mengambil jumlah kalsium yang sesuai untuk umur kita. Kita boleh mendapatkan sumber kalsium daripada susu, keju, yogurt dan lain-lain.

Lelaki yang berusia 50 tahun dan ke atas memerlukan 1,000 miligram (mg) kalsium setiap hari. Perlu dipastikan diambil bersama dengan 800 hingga 1,000 unit (IU) vitamin D untuk membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

3.0 Kurangkan Pengambilan Natrium Atau Garam Dalam Diet!

Pengambilan garam atau natrium berlebihan memang memudaratkan. Ia bukan sahaja mencetuskan batu karang malah berkemungkinan kena penyakit darah tinggi pula!

Diet yang tinggi natrium boleh menyebabkan batu karang kerana ia meningkatkan jumlah kalsium dalam air kencing kita. Jadi, kurangkan makan garam dalam makanan seharian.

Garis panduan semasa mencadangkan supaya kita hadkan jumlah pengambilan natrium setiap hari kepada hanya 2,300 mg sehari iaitu lebih kurang satu sudu teh sahaja sehari.

Ini juga akan bagus untuk tekanan darah dan kesihatan jantung.

4.0 Hadkan Pengambilan Protein Haiwan

Hadkan makan protein haiwan terlalu banyak. Protein haiwan yang dimaksudkan adalah daripada sumber daging merah, hati ayam, pedal, limpa, telur dan makanan laut seperti ikan bilis, kerang, sotong, udang dan lain-lain.

Protein haiwan ini meningkatkan tahap asid urik dalam tubuh dan boleh menyebabkan batu karang. Diet yang tinggi protein juga mengurangkan tahap sitrat iaitu bahan kimia dalam air kencing yang membantu mencegah batu karang daripada terbentuk.

Jika kita berisiko menghadapi batu karang, hadkan pengambilan daging dalam diet harian kepada kuantiti yang tidak lebih daripada sebesar sekotak mancis. 

5.0 Hindari Makanan Yang Menyumbang Kepada Pembentukan Kristal Batu Karang

Diet seperti coklat, bayam, rubarb, ubi bit merah, teh, kekacang dan minuman kola sememangnya kaya dengan oksalat dan fosfat.

Oksalat dan fosfat boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang. Jika kita berisiko batu karang, ikutilah nasihat doktor dan elakkanlah makanan atau minuman ini. Paling tidak ambillah dalam kuantiti yang rendah. Bagi orang lain, makanan dan minuman tertentu tidak mungkin mencetuskan batu karang melainkan jika dimakan dalam jumlah yang sangat tinggi.

Apa Suami Saya Ambil Untuk Elak Batu Karang Daripada Berulang?

Suami saya juga adalah salah seorang daripada pesakit batu karang. Terus-terang saya katakan, memang sangat kesian dan trauma melihat pesakit batu karang menahan sakit.

Beliau telah diserang batu karang pada tahun 2014 sehinggakan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Kajang untuk prosedur endoskopi mengeluarkan batu karang.

Sejak daripada insiden itu, beliau memang sangat menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan yang berpotensi menyebabkan batu karang. Memandangkan pesanan doktor, penyakit ini berkemungkinan berulang dalam tempoh 12 bulan jika tak menjaga makan dan ambil cukup air.

Beliau juga mengamalkan beberapa supplemen berikut untuk mendapatkan jumlah nutrisi yang mencukupi bagi mengelakkan pembentukan kristal batu karang.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Sehingga kini beliau bukan sahaja bebas daripada penyakit batu karang malah berat badan turun daripada 82 kilogram kepada 70 kilogram! Lebih sihat, lebih cergas!

Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress dan menenangkan sang suami serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang.

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Sustained Released ini juga diambil suami untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid.

Ostematrix Shaklee

Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.

Alfalfa Complex

Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang. 

carotomax shaklee

Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.

lecithin

Lecithin ini adalah rahsia suami saya turun 12 kilogram kerana ia membakar lemak berlebihan dalam tubuh yang mendorong pembentukan batu karang. Sudah tentulah disertakan sekali dengan senaman yang konsisten dan kawal selera makan!

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!

hubungi kami

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

3 comments for “5 Cara Atasi Penyakit Batu Karang Dari Berulang

  1. 21 May, 2015 at 6:22 pm

    Memang kesian melihat pakcik saya seorang penghidap batu karang yang sering mengadu kesakitan & ketidakselesaan hinggalah batu karang tersebut dikeluarkan.
    Azura Zaina recently posted…8 Tips Menguruskan Uri/Plasenta Sebagai Panduan Kaum SuamiMy Profile

  2. 23 July, 2015 at 5:09 am

    ngeri juga mendengar pengalaman batu karang nih
    faiz recently posted…Sekolah Tahfiz Seronok ?My Profile

  3. che ku zainal bin che ku ahmad
    10 March, 2016 at 7:35 pm

    Memang sakit yang sangat, saya 2 kali kena 2015 dan baru 3 hari buat pengeluaran cara scoop di Kuantan Medical Centre, ni nak kencing pun sakit sebab ada tiub dalam saluran kencing, kata doktor nak lawas kencing dan untuk memudahkan batu batu yg telah pecah keluar. Sekarang sedang mencari suplement diet yg bersesuain untuk mencegah dari terjadi semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge