Tips vitamin : Vitamin SEMULAJADI vs Vitamin Sintetik & Organik

Secara amnya, vitamin boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu vitamin sintetik, vitamin organik dan vitamin semulajadi. Sebelum anda mengambil sebarang vitamin supplement atau makanan tambahan, bagus untuk anda mengambil tahu jenis-jenis vitamin supaya anda boleh mengambil yang terbaik supaya niat anda untuk terus kekal sihat tidak akan terbantut.
Ramai yang tidak tahu membezakan antara 3 jenis vitamin ini. Biasa tak dengar perbualan seperti di bawah:
“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”

Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul sama sekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.

Macamana nak faham perbezaannya?

Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.

Analoginya seperti dalam gambar.

Apakah itu Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan?

Pernahkah anda mengambil sesuatu produk dan tindakbalasnya adala tidak seperti yang diharapkan oleh anda? Jangan gusar atau khuatir berkemungkinan besar itu adalah proses ‘healing crisis’ atau krisis penyembuhan.

Ramai yang masih tidak tahu tentang healing crisis. Sesuatu produk atau supplement yang terbaik untuk anda adalah yang memberikan tindakbalas kepada tubuh apabila diambil.

Image converted using ifftoany

7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplemen

Sebelum ini saya dah berkongsi tentang Pantang Larang Makan Vitamin. Jadi, pada kesempatan kali ini mari kita semak pula mengapa tubuh kita perlukan vitamin atau supplemen.

Supplemen dalam bahasa mudahnya bererti sesuatu yang melengkapkan atau menambahbaik apabila ditambahkan kepada sesuatu yang lain.

Dalam konteks ‘health supplement’, supplemen adalah makanan tambahan bertujuan untuk menambah diet dan menyediakan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino, yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan pada kuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang.

Manakala, vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.