Tonton, Jawab Dan Menangi Wang Tunai..!!!

Assalamualaikum Semua Dan Salam Mesra!

Kini kita berada dalam bulan terakhir 2014 dan tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2015.

Pada tahun 2014 ini, pihak Celikvitamin telah pun memenuhi sasaran jualan yang ditetapkan secara konsisten dan tak kurang juga pelbagai “milestone” telah kami capai semenjak blog online ini muncul pada tahun 2011.

Kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua pelawat dan pelanggan yang mengunjungi blog kami dan turut berurusan dengan pihak Celikvitamin.

Sebagai tanda terima kasih tahap infiniti kami kepada anda semua yang menyokong kami, kami ingin merealisasikan rasa penuh penghargaan kami dengan menganjurkan Peraduan TONTON & MENANG!

Apa Dia Peraduan TONTON & MENANG Itu? Macamana Nak Menang?

Mudah aje sebenarnya kuiz ini. Hanya mengambil sedikit masa anda. 

Ada 3 LANGKAH SAHAJA dan anda berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah menarik dari Celikvitamin! Ho! Ho! Ho!

3 LANGKAH TERSEBUT ADALAH…..

1. Anda perlu menonton 3 video-video pendek di bawah dari awal sampai habis. Jangan bimbang videonya pendek-pendek aje!

2. Jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan 3 video yang anda tonton ittew! Untuk memudahkan kerja anda, anda hanya perlu klik link yang diberikan untuk jawab soalan-soalan itu.

3. Klik “HANTAR”. Itu sahaja! Semudah A, B dan C…!!!

Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Bacaan ini khas untuk ibu mengandung atau bakal-bakal ibu. Anda perlu memastikan keperluan kalsium anda mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. Tahukah mengapa?

Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

Kesan kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita

Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Morning Sickness di Awal Kehamilan: Bagaimanakah Vitamin B-Complex & Kalsium Boleh Membantu?

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan. Syukur saya hanya penah mengalaminya dalam 3-4x sahaja semasa awal-awal trimester pertama. Alhamdulillah..

Saya faham perasaan ibu-ibu yang mengalami morning sickness..Kalau boleh nak cepat-cepat habis fasa ‘muntah-muntah pening-pening’ ni. But it’s all about our hormone. Harap bersabar. Kerana ganjaran yang anda akan terima setelah melalui macam-macam perubahan adalah sangat-sangat tidak ternilai.. Anak itu anugerah Allah yang paling istimewa kan?

Atasi Masalah Kolesterol: Panduan Turunkan Paras Kolesterol

Ketahui cara dan panduan untuk mengawal dan menurunkan paras kolestrol dalam darah anda dengan pengambilan supplement yang betul, bebas dadah dan semulajadi. Tips dan panduan di sini dikongsi khas untuk anda semua demi kesihatan dan kebaikan bersama supaya fokus kita ialah dapat turunkan paras kolestrol dalam darah demi kesihatan yang berkekalan.

Shaklee telah memperkenalkan produk yang dikhaskan untuk menangani masalah kolestrol ini. Ianya baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Jun 2014. Baca informasi tentang ini:

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Phytocol-ST

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Kolesterol?

Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Masalah kolesterol tinggi dialami oleh ratusan juta manusia di seluruh dunia.

Diet Omega: Diet yg Selamat untuk Ibu Menyusu. Mana yg Lebih Baik: Omega atau Lecithin?

Sejak penulisan saya tentang Omega..ramai yang email, sms, pm bertanyakan perbezaan antara dua ini terutama bagi ibu yang menyusu. Bagusnya ibu-ibu ini sangat concern, soalan yang mereka tanya ialah ” Omega , ibu menyusu boleh amik tak?” Jawapan saya, ya boleh amik dan ia antarayang paling bagus diambil kerana membantu si ibu membekalkan DHA dalam susuibu.

FAKTA OMEGA:OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*

Kenapa Sarapan Penting?

Mungkin anda juga seperti saya, terlalu sibuk di waktu pagi sehingga tak sempat nak bersarapan. Walaupun saya WAHM, tapi kesibukan saya bermula daripada pukul 6am. Kadang-kadang saya hanya minum segelas air masak dan terus menerus ‘bekerja’ dan akhirnya saya yang rasa pening kepala. It’s not healthy ok! So saya ada solusinya.

Kenapa sarapan penting?

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan

Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!


Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeqi dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.

10 Tips Meransang Kehamilan

Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:

  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.