Pengedar Shaklee Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras Dan Ampang

Assalamualaikum semua. Salam perkenalan. Nama saya Dr Shikin Satiman. Saya merupakan pengedar Shaklee berdaftar bagi kawasan Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ampang dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Anda boleh hubungi saya di talian +6012-9402603. Saya ada ready-stock Shaklee untuk memudahkan urusan cash-on-delivery (COD).

Sedikit latar belakang tentang diri saya. Saya merupakan pemegang ijazah PHD dalam bidang kejuruteraan dari sebuah IPTA di Malaysia. Seorang ibu yang penyayang kepada 2 orang anak yang masih kecil dan comel. Seorang isteri yang sentiasa menjaga kebajikan suami. Hihi.

Saya bukan sekadar penjual malah merupakan pengguna tegar dan setia produk Shaklee 🙂

Program iReachFit Bersama Walk 4 Humanity

Pihak Shaklee Malaysia baru-baru ini telah bermurah hati untuk menaja minuman Perfomance Drinks  untuk semua peserta larian amal ‘Walk For Humanity’ anjuran NGO, MyCare Malaysia. 

Bertepatan pula dengan program yang group kami lancarkan pada awal ‘cycle’ ini iaitu iReachFit, kami sama-sama bersepakat untuk turut sama memeriahkan program ini. Bersenam sambil beramal. Tubuh sihat, pahala pun dapat.

Pihak Shaklee Malaysia menaja minuman untuk semua para peserta. Kami bukan hanya sekadar berniaga tetapi mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilunaskan kepada masyarakat! Lebih kurang hampir 10 karton Performance Drinks disediakan untuk dibancuh pada hari tersebut. 

Ada Apa Dengan MLM Sampai Orang Meluat Nak Muntah?

Waduh! Kangen banget dengan Bung Rangga ya!

Kali ini saya ingin mengupas adakah Shaklee ini sama sahaja dengan Multilevel Marketing (MLM) haram jadah (ouch!) yang lain. 

Saya sebenarnya sudah hampir 15 tahun dalam industri ini. Dengan Shaklee sahaja sudah hampir 5 tahun. Saya juga seperti anda semua pernah terjebak dengan penipuan-penipuan dalam MLM yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi sebenarnya ke laut!

Suami saya sendiri pernah mengharamkan kami sekeluarga untuk terlibat dengan industri MLM ini selepas terkena suatu ketika dahulu. Modus operandi serupa sahaja.

Bila saya ingin berbisnes Shaklee ini saya minta izin dan berbincang dengan suami. Akhirnya suami beri keizinan dan menulisnya dalam entri 5 Sebab Kenapa Saya Benarkan Isteri Saya Berbisnes Shaklee.

5 Tips Luka Pembedahan Cesarean Cepat Sembuh

Saat melahirkan anak adalah pengalaman yang paling bermakna bagi seorang ibu. Pastinya para ibu tak sabar-sabar ingin melihat wajah bayi yang mendiam dalam perut selama 9 bulan lalu. Alhamdulillah.

Namun, proses berpantang selepas bersalin adalah agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).

Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal. Normal atau cesarean tak penting. Yang penting semuanya selamat. 

31 Petanda Badan Anda Kekurangan Vitamin Dan Jangan Buat Tak Tahu!

Sana-sini orang bercakap tentang vitamin. Adakah ia perlu?

Saya pernah menulis tentang Perlukah Kita Makan Vitamin Walaupun Dah Jogging 10KM Dan Makan 3 Mangkuk Buah/Sayur Setiap Hari?

Atau kita ini dari majoriti warga rakyat Malaysia yang memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas dan minggu-minggu seterusnya sampai kena kencing manis atau darah tinggi.

Mana-mana pun kategori yang anda tergolong. Ingin saya kongsikan di sini, untuk tubuh kita berfungsi dengan baik, kita perlu pastikan badan menerima nutrisi secukupkan setiap hari dari makanan yang betul-betul seimbang dan sihat.

Oh! Percayalah! Roti canai, teh tarik, nasi lemak, mee goreng mamak, milo ais ‘kaw’, roti planta, ayam KFC, burger daging ‘special’ bukanlah diet seimbang yang badan kita mahukan!

Pelancaran #iReachFit2K16 Dan Aktiviti Homeparty iReach

Inilah salah satu sebab kenapa saya suka berada dalam kumpulan besar iReach. Pemimpin-pemimpin dalam kumpulan iReach sangat kreatif dan sentiasa hadir dengan pelbagai idea yang segar. Saya pernah menulis tentang Kalau-Anda-Ingin-Berbisnes-Shaklee-Sertai-Kami-Dan-Kami-Bongkar-Rahsia-Ireach-Untuk-Anda!Ternyata ianya valid sampai ke tahun ini. Yeay!

Dalam muzakarah iReach (nama mesti mau ciri islamik hokay!) baru-baru ini, kami telah sebulat suara bersetuju untuk menganjur dan memperkenal pelbagai inisiatif baru dan segar untuk tahun 2016. Ini semua demi memacu pertumbuhan dan perkembangan bisnes Shaklee supaya jenama Shaklee kekal sebagai peneraju dalam dunia vitamin tanahair. Macam wakil rakyat pulak. Hikhikhik.