Tanda Tanda Anda Mengalami Penyakit Vertigo

Zaman moden ini ada macam-macam jenis penyakit yang berisiko untuk menyerang kita. Salah-satu penyakit yang mungkin anda tak pernah dengar adalah vertigo.

Penyakit vertigo akan menyebabkan individu yang diserang mengalami keadaan pening yang sangat luar biasa. Mereka yang diserang vertigo akan berasa dunia seperti berpusing-pusing. Biasanya serangan penyakit vertigo ini mungkin berlaku beberapa minit bahkan ada yang berlarutan sehingga berhari-hari.

penyakit vertigo

Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ambil Ubat

Sebenarnya ada banyak cara semulajadi untuk kita merawat sakit kepala tanpa perlu kita telan ubat. Namun, sebelum itu kita perlu mengetahui, bukan semua pening kepala mempunyai simptom yang sama.

Sebelum saya berkongsi tips atasi sakit kepala secara semulajadi, ada baiknya jika kita belajar dulu untuk membezakan jenis-jenis sakit kepala dan simptomnya. Juga siapakah yang berisiko untuk mengalaminya.

Cara Mudah Hilangkan Eye Bag Di Mata Supaya Tak Jadi Panda

Mata antara anugerah Allah yang paling berharga. Sebab itulah ada pepatah yang berbunyi ” dari mata turun ke hati. Memang benar rasa cinta dan kekaguman bermula dari jelingan mata yang mempesona! Ibarat panahan asmara menikam tepat ke hati. Chewaaahh!

Justeru amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan mata dengan tidak membiarkan mata dilingkari oleh eye bag atau mata panda seolah-olah seperti zombi pula.

5 Cara Atasi Penyakit Batu Karang Dari Berulang

Bila sebut tentang penyakit batu karang. Memang ngeri lebih-lebih lagi bila berpengalaman melihat betapa sengsaranya suami saya sendiri menahan sakit kerana terdapat batu karang dalam salur kencing.

Batu karang ini boleh menyebabkan kesakitan di ginjal, hempedu mahupun pundi kencing. Biasanya penyakit ini akan menyerang golongan lelaki. Namun begitu, ada juga kes wanita yang dijangkiti penyakit ini seperti yang dialami oleh penyanyi Sharifah Zarina.

Cara Merawat Kulit Kering dan Bersisik Secara Semulajadi

Rasa sangat rendah diri dan malas nak bersosial dengan ramai orang!

Itulah ‘feedback‘ yang saya terima daripada seseorang yang ada masalah kulit yang kering bersisik ini.

Salah-satu masalah yang biasa dihadapi oleh kaum perempuan ialah kulit bersisik dan kering. Keadaan ini sangatlah tak menyelesakan terutamanya kalau kulit bersisik di bahagian muka.

Petua Atasi 8 Masalah Rambut Bagi Wanita Bertudung

Alamak! Malam ini ada janji temu dengan si dia. Muka sudah disolek namun rambut ini bermasalah pula untuk didandan rapi. Ada saja yang tak kena. Masakan tidak, sudahlah berkelumumur, bercabang-cabang pula!

Adui! Malunya. Mesti rimas kalau asyik tergaru-garu aje nanti depan si dia.

Hakikatnya, untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan rambut, memerlukan penjagaan yang rapi dan berterusan. Selain itu, kita mestilah ambil tahu apa yang perlu dibuat jika sekiranya menghadapi pelbagai masalah rambut.

Alahai! Bukan susah sangat pun dik oi nak menjaga kesihatan rambut ini! Kata kuncinya, ambil tahu!

Nah baca ni. Satu entri yang diilhamkan dari majalah Rapi. 

Rahsia Kenapa Ibu Yang Sibuk Jaga Anak Di Rumah Boleh Sukses Dalam Bisnes

Sejak akhir-akhir ini, selalu kita dengar orang sebut tentang WAHM. Apa sebenarnya WAHM ini?

WAHM ini adalah singkatan kepada Work-At-Home-Mother.Saya nak bercerita lanjut tentang WAHM.

Cuma, jangan tak tau WAHM ini adalah satu cabang kerjaya di alaf baru ini. Sama sahaja dengan kerjaya lain seperti jurutera, saintis, peguam, majistret dan lain-lain.

Jangan pandang rendah dengan golongan WAHM ini kerana ada yang menjaga anak, menguruskan rumahtangga sambil menjalankan bisnes online (pada kebiasaannya) hingga mencecah 5-6 angka sebulan.

Ada orang ingat bila jadi WAHM ini, banyak masa terluang. Banyak rehat. Banyak main Facebook. Banyak itu. Banyak ini. Saya juga seorang WAHM. Masa mula-mula memang agak kekok untuk beradaptasi. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak dan urusan rumahtangga yang perlu diuruskan sekali.

Rahsia WAHM

Kenapa Ibu Mengandung Selalu Cepat Penat Semasa Hamil?

Mengapakah Saya Cepat Letih Ketika Hamil?

Pertamanya, anda perlu tahu keletihan adalah perkara normal untuk ibu hamil.  

Bila kita mengandung, sistem tubuh kita mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini yang menyebabkan ibu hamil sering berasa cepat penat. Dulu, boleh bergerak lincah menjadi ‘multi-tasking’ bukan saja di pejabat malah di rumah. Tapi sejak hamil, ianya hampir mustahil untuk bergerak aktif. 
Mabuk Ketika Hamil