Pantang Larang Vitamin Untuk Manfaat Optimum

Anda baru sahaja melaburkan wang untuk vitamin untuk kesihatan yang lebih baik. Namun, masih tidak merasa manfaatnya setelah mengambil supplement dan vitamin setelah beberapa lama.

Mari kita ‘check-it-out‘ sama-sama senarai semak dan pantang larang tentang pemakanan supplemen ini. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh.

 Beberapa Faktor Kenapa Vitamin Tidak Berkesan

Saya memang yakin ramai yang tahu tentang keberkatan amalan yang istiqamah. Dalam hal supplemen atau vitamin pun konsepnya sama. Kita perlu beristiqamah atau konsisten bagi mendapatkan kesan optimum hasil dari pengambilan supplemen.

Berapa lama kita perlu istiqomah itu? Menurut pakar-pakar nutrisi, kita disarankan untuk makan supplemen ini secara konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian dan kesan yang optimum. Tambah pula, sel-sel tubuh kita kita hidup antara 90 ke120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement.

Setelah diselidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi iaitu:

 1. Memandang Remeh Pengambilan Air Kosong Seperti Yang Disarankan

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka minuman yang bergula dan berperisa. Air yang manis bukan sahaja meningkatkan kepekatan darah malah punca utama masalah kegemukan atau obesiti.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik iaitu sekurang 3 liter sehari (lebih kurang 8 gelas).

Sebenarnya pengambilan air masak yang mencukupi ini bukan sahaja untuk pengambilan vitamin. Tetapi memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesihatan berkekalan.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.

Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan sel tubuh keliru sama ada kita berasa lapar atau haus.

Bacaan lanjut: Vitamin Shaklee Menggemukkan?

 2. Elakkan Makan Vitamin Secara Banyak Sekaligus Dalam Satu Masa

Apabila kita makan semua sekali vitamin secara sekaligus, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Biasanya, ramai yang suka amalkan ini perkara ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Justeru, cubalah untuk agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa sahaja.

Ini juga untuk membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebankan untuk bekerja pada satu-satu masa tertentu sahaja.

 3. Elakkan Pengambilan Vitamin Bersama Ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.

Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas anggaran masa 1 jam ke 2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

 4. Kurangkan Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian

Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sudah sedia ada dalam badan?

Maka pengambilan minum yang berkafein tinggi seperti kopi secara berterusan, boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.

Kita mungkin tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin terjejas disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Namun, bukan bermakna tidak boleh minum kopi. Boleh. Cuma hadkan kepada 1 cawan sehari atau jangan minum kopi sekurang-kurangnya 3 jam sebelum makan vitamin atau supplemen.

 5. Pantang Larang Lain Yang Perlu Anda Tahu Dalam Pengambilan Supplemen

  • Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
  • Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan: 
  1. Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
  2. Pesakit talasemia major: Vitalea

Supplemen Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Dielakkan

  • Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran.
  • Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu.
  • Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Supplemen Ibu Menyusu Yang Perlu Dielakkan

  • Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yang rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu menyusu).

Tips Berguna Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusu 

Makanlah vitamin yang membantu para ibu yang fokusnya untuk menjayakan penyusuan. Niat yang utama supaya anak mendapat susu yang secukupnya. Jangan ambil terlalu banyak vitamin kerana dikhuatiri pengambilan air tidak sekata atau mencukupi.

Sekiranya anda membeli vitamin-vitamin ini, maka dapatkan jadual dan cara makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli. Janganlah main beli sahaja!

Sumber

Nasihat Tulus Dan Ikhlas Dari Saya 

Apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Kesan paling ketara jika makan tanpa ilmu ialah kita tak mendapat manfaat yang diinginkan dan mula menyalahkan vitamin atas kesilapan kita sendiri.

Pilihlah pengedar Shaklee yang betul-betul bertanggungjawab. Bukan hanya sekadar ‘touch and go’. Saya memastikan semua pengedar di bawah jaringan pengedar Shaklee saya memberikan yang terbaik. Bukan hanya sekadar menjual!

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

17 comments for “Pantang Larang Vitamin Untuk Manfaat Optimum

  1. IZA
    15 June, 2014 at 11:53 am

    salam.saya mengambil GLA,ALFALFA & LECITHIN.saya tak tahu pun sebelum ni takleh amek serentak.so,kalo sy ambil alfalfa,sy memg terus takleh amek GLA atau masa makan perlu dijarakkan?

    • 3 December, 2014 at 2:59 am

      Untuk semua pelanggan saya, saya akan bekalkan panduan dan jadual makan lengkap.

      Mohon puan hubungi pihak pengedar puan.

      Jangan bimbang 🙂

  2. ash
    11 May, 2015 at 8:41 am

    Hai..nak tanya pesakit asma boleh makan vitamin c perisa lemon tak?

    • 11 May, 2015 at 2:50 pm

      Vitamin C Sustained Released Shaklee ‘highly recomended’ untuk dimakan sebab sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan. Jenama lain saya tak tahu 🙂

  3. siti
    14 January, 2016 at 1:08 pm

    Salam.. sy ambil vit c plus sblm mkn pg(smasa perut kosong) 2biji dan slps stgh jam sy minum cinch shake.. betulkah cara sy ni?

  4. Dhia
    15 June, 2016 at 5:17 pm

    Sy br pregnant. Sy ada mbli basic utk set hamil. Waktu bila nk amik vitamin tu. Selepas berbuka ke. Sy bli vit c,ostometrix,vitalea dan b complex

  5. 28 June, 2016 at 6:21 pm

    Nak tnya..pil tren utk kulit kalau di ambil bersama pil perancang apa kesan jangka masa panjang?

    • 13 October, 2016 at 1:43 pm

      Pil apa tu puan? Saya hanya arif tentang supplemen Shaklee 🙂

  6. Nurasyeken Renyi
    26 September, 2016 at 8:11 am

    Hai, kalau kita amalkan pengambilan vitamin C dan E adakah ia boleh menggemukkan badan atau menambah selera makan kita…? TQ 😘

  7. Yani
    9 November, 2016 at 6:04 pm

    Apa akn jd klu ibu ada endometriosis. Masih mnyusu kn bayi. Tp nk amik vivix utk endometriosis.? Ada cdgn x

    • 27 November, 2016 at 11:06 pm

      Boleh ambil tapi seeloknya minta keizinan dari doktor jika ada ambil medication 🙂

  8. Syafiqa
    25 January, 2017 at 9:38 pm

    Salam . Apakah kesan Kalau sy ambil vitamin c dan E dalam masa yg sama.

    • 4 February, 2017 at 11:39 pm

      Tiada masalah. Tak perlu bimbang 🙂

  9. Adilla
    16 February, 2017 at 11:11 pm

    jika ibu bersalin czer, bolehkah beliau mengambil Vita C + Vivix ?

  10. zi
    26 February, 2017 at 11:17 pm

    boleh ke mkn vit e dan multivitamin serentak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge