Baru-baru ini saya ada menulis tentang kenapa generasi muda perlu berniaga dari sekarang. Tak sangka pula dalam tidak kami sedari anak sulung kami, Aisha Humaira sudah mula belajar secara tidak formal melakukan pemasaran produk Shaklee.
Aisha Humaira ini anak sulung kami dari 3 beradik. Umur dia 8 tahun dan sekarang dalam darjah 2. Sebelah pagi kami hantar dia ke sekolah agama. Ceritanya semalam masa jemput dia balik dari sekolah agama, kelihatan jelas betapa ‘happy’ semacam aje muka dia. Dari jauh dah tersenyum-senyum sambil cuba ‘cover’ gigi kekal depan yang baru nak tumbuh tu.
Seperti yang dijangka, buka pintu kereta, tak sempat tutup lagi sudah mula sibuk buka mulut. Dengan penuh bersemangat dan bangga dia bercerita. Dia dapat ‘inquiry’ dari Ustazah yang mengajar dia, berminat untuk membeli produk krim serbaguna herba blend Shaklee yang famous itu. Wow! Bagi saya ini satu pencapaian yang hebat bagi seorang budak usia 8 tahun. Mungkin berkat selalu ikut kami pergi ke kelas mengajar tentang ilmu pemasaran Shaklee setiap minggu.
Besoknya senyum semakin melebar sampai ke telinga. Kali ini muka memang dah tak boleh nak dikawal lagi. Memang tak boleh tahan bangga. Ustazah suruh tanya ibu, nak beli krim Nutriwhite Shaklee untuk kulit cantik tu! Ini dah lawan tokey. Hihihi.
Sebenarnya apa yang Aisha Humaira buat untuk memasarkan Shaklee bukanlah susah. Budak 8 tahun pun boleh buat apa lagi kita. Aisha ada masalah kulit tangan dan kaki yang kering. Jadi, kami bekalkan dia satu tiub khas Herbal Blend Shaklee (satu tiub tahan untuk sebulan). Setiap kali dia rasa kaki dan tangan dia kering. Dia akan sapu losyen Herbal Blend ini. Mungkin Ustazah dia terperasan sebab hari-hari dia buat dah jadi tabiat. Dalam tak sedar sebenarnya buat Aisha ‘soft-selling‘. Hehehe.
Selain itu, Aisha memang sangat-sangat bangga dengan bisnes Shaklee. Pergi ke sekolah bawa tumbler Shaklee. Kadang-kadang suruh ibu bancuh soya ESP dan dia bawa cawan untuk bagi kawan-kawan rasa seorang sedikit. Haa! Kau mampu? Ibu tak mampu nak buat macam tu masa 8 tahun! Dia ringan mulut bercerita kepada kawan-kawan dan cikgu-cikgu betapa ‘best’nya produk dan bisnes Shaklee ini. Dia rajin bercerita hinggakan heboh dikalangan kawan-kawan dan guru-guru, tentang ‘free trip’ Shaklee kami ke oversea setiap tahun. Beg sandang yang kami beli di Disneyland Orlando pun dia buat beg sekolah aje. Siap gantung key-chain Shaklee lagi pada zip beg.
Apa Yang ‘trigger’ Dia Hingga Sangat Proaktif Di Usia Muda?
Pendedahan Kepada Persekitaran Bisnes Yang Positif
Kami selalu bawa anak-anak kami ke setiap kelas yang kami sertai dan anjurkan. Seperti yang selalu kami ‘highlight’, bisnes Shaklee ini bukan bisnes ibu-ibu atau bapa-bapa. Ini adalah perniagaan keluarga. Perniagaan ini dapat diwariskan sehingga ke beberapa generasi. Saya pernah jumpa sendiri pewaris bisnes Shaklee di US yang mewarisi perniagaan Shaklee dari datuknya yang mula berbisnes pada 1950-an lagi.
Pendedahan kepada persekitaran bisnes yang mesra kanak-kanak ini sangat membantu membina jatidiri dan keyakinan anak-anak ini untuk berhadapan dengan dunia luar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini mudah untuk dibentuk bagi menyediakan diri menjadi pewaris legasi kami kelak.
Dunia Kanak-Kanak Yang Sangat Kompetitif
Dunia anak-anak zaman sekarang sangat kompetitif. Budak-budak makin pandai. Kalau dulu beza nombor 1 dan nombor 10 dalam kelas memang ketara. Tetapi dalam dunia tanpa sempadan ini, markah keseluruhan antara murid nombor 1 dan nombor 10 dalam kelas kadang-kadang tak sampai 50 markah pun. Nombor 4,5 dan 6 mungkin sama skor. Lebih-lebih lagi murid di sekolah bandar seperti Aisha.
Ibubapa zaman sekarang juga cenderung untuk membelikan gajet untuk anak masing-masing. Ini akan juga menyebabkan mereka saling banding-membanding antara satu sama lain siapa yang lebih hebat. Situasi penuh kompetitif ini menjadi ‘push factor‘ anak-anak untuk menjadi yang terbaik.
Dalam kes Aisha ini. Dia rasa sangat tercabar apabila ada rakan sekelasnya sibuk mempromosi perniagaan XXX bapanya. Sedangkan dia rasa Shaklee lebih banyak kelebihannya berbanding produk itu. Dahsyatkan persaingan budak-budak zaman ini? Hahaha.
Sebelum Anda Fikir Yang Bukan-Bukan
Nope! Kami tidak memanipulasikan anak sendiri untuk promosi produk Shaklee di sekolah. Malah, kami tidak menggalakkan langsung sebenarnya. Tapi apa yang ingin kami sampaikan ialah pendedahan secara tak langsung yang kami berikan kepada anak-anak ini tentang dunia bisnes, sekurang-kurangnya telah berjaya mencungkil bakat usahawan dan potensi anak seawal usia 8 tahun.
Kehidupan zaman moden ini sangat mencabar. Peluang pekerjaan semakin berkurang. Kos sara hidup semakin meningkat. 50 ringgit pada 2016 mungkin hanya bernilai 10 ringgit dalam masa 10 tahun lagi.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini. Dapat menyediakan anak-anak untuk berhadapan dengan masa depan yang tidak dapat diramal. Atau pun paling tidak, mereka bersedia untuk meneruskan legasi Shaklee yang kami bina bila usia mencecah 18 tahun nanti!
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Shaklee ID : 866551
Hebat! anak yang mewarisi bakat berniaga dari ibubapa yang hebat juga